nuffnang

Saturday, March 28, 2020

CERPEN ~ CINTA DI ATAS PADANG

Perlawanan esok akan menentukan keputusan sama ada kumpulan aku layak atau tak ke peringkat seterusnya. Tapi aku harap sangat kami layak. Dua bulan kami berlatih sungguh sungguh untuk sampai ke tahap ni. Mudah mudahan esok tak ada yang tercedera atau melakukan kesilapan. Sebab dengan kesilapan kecil, pihak lawan akan menang dengan mudah.

     "Dah siap kemas! Yeahhhhhh!!!! Boleh tidur dengan aman sentosa. Jangan esok aku tak sedar bunyi jam sudah. Baik mintak makcik bilik sebelah  ni kejut aku."

     "Assalamualaikum datin...Tak tidoq lagi ka?"
     "Hang ada nampak macam aku tidoq ka saodah oi?" 
Eh makcik sorang nih. Sedap je ubah nama aku jadi Saodah. Mak abah aku bagi nama sedap sedap dapat kat makcik ni jadi Saodah.
     "Memang la aku nampak hang tengah duduk tegak lagi. Tapi hang tu bukan boleh percaya. Sedangkan tengah berdiri pun hang boleh lena."
    "Belum lagi aih. Awatnya? Ni mesti ada benda nak suruh aku buat la tu." 
Pandai makcik sorang ni. memang sahabat dunia akhirat makcik utara ni. Tau je aku memang nak mintak tolong dia. 
    "Tin tolong kejutkan aku esok. Aku ada game. Takut ar tak dengar bunyi jam sebab aku letih sangat hari ni. Sepanjang minggu ada latihan. Nak tercabut rasa tulang-tulang ni." 
     "Ha, ye la ye la. Aku kejutkan. Tapi kalau hang tak bangun jugak lagu mana? Bukan aku tak tau hang tu. Bom atom jatuh pun belum tentu hang bangun." Mak cik Fatin ni kalau dapat berleter, kalah mak aku. 
     "Amboi hanggggggg..kalau dapat menyedas tak pandang kiri kanan dah. Tolong la kejutkan aku sampai bangun. Kalau aku tak bangun jugak, hang tarik aku bagi jatuh ke lantai. Kalau aku sakit mesti aku terjaga kan." Aku sendiri yang bagi idea "bijak" kat Fatin. Mak cik ni memang sentiasa ikut perintah. Nasib la kau Mafawiza.
     "Okeh, hang yang suruh noh. Bukan aku yang nak buat." Tu dia tu dia, mak cik Fatin bagi reminder. Aku angguk je la. Dah aku mintak tolong dia. Memang aku susah sikit nak bangun pagi kalau aku betul betul penat. Bukan sekali Fatin pernah tolong kejutkan aku, dah banyak kali. End up mesti aku bangun lewat jugak,. Puas kawan aku ni renjis air kat muka aku. Setakat air sejuk tu memang tak jalan. Bak kata Fatin, "takkan aku nak jiruih hang dengan air panas pulak".
     Kesian Fatin dapat kawan yang susah bangun pagi macam aku ni. Nasib kau la Fatin. Aku harap kau bersabar dengan perangai aku yang satu ni. hehehehehe.


*********************************************************************************
     "Wei!!!!! cepat la bangun, nanti hang lewat. Hang kata pagi ni ada game. Suruh aku kejut tapi liat nak bangun. Aku pijak perut sat lagi baru nak bangun ka apa.." 
     Sayup sayup je aku dengar Fatin membebel. Aku tak tau ni kali ke berapa dia masuk ke bilik aku. Sakitnya badan-badan aku ni, rasa macam kena lenyek dengan steamroll. huhuhuhuhuhu.
     "Ye la. Aku bangun ni. Thank you tolong kejutkan." Sebelum Fatin betul betul pijak perut aku, lebih baik aku bangun.

*********************************************************************************
     "Semua dah ada ke?" Ini coach kumpulan aku. Haniz nama dia, berumur lebih kurang 35 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai sepasang anak yang comel. Suami beliau bekerja sebagai doktor gigi. Jadi aku selalu datang klinik gigi suami beliau untuk dapatkan diskaun. hehehehehe. Kami panggil beliau ni kak Haniz je. Orangnya lemah lembut dan baik hati, tapi dalam padang, perwatakan dia boleh berubah menjadi raja rimba.
     "Rasanya semua dah ada. Kalau tak ada pun, bukan orang yang tak ada tu boleh jawab." Kak Haniz jeling aku. Aku sengih je.
     "Kalau tak lawyer buruk dengan akak sehari tak sah hidup kau kan." Aku sengih lagi. Sebelum peha kena cubit baik aku menjarakkan diri dari kak Haniz.
     "Gurau je kak Haniz. Sejak bila akak tak boleh gurau ni??" Aku sengih sengih sambil suap kuih karipap dalam mulut, Karipap ni kak Haniz yang  bawak. Aku tak tau dia beli atau buat. Malas nak tanya. Orang suruh makan, bukan suruh tanya.
     "Semua dah ada kak." Yang ni pulak kapten aku. Nama dia Mastura. Bukan Mastura cerita Ahmad Albab tu. Mastura binti Saiful Ghazali. Seorang akauntan dan telah pun bertunang. Muda dari aku dua tahun. Tapi aku tak izinkan dia panggil aku kakak. Sebab beza dua tahun je. Bukan tua sangat.
     "Okey bagus. Lepas makan ni akak nak semua orang panaskan badan dan buat balingan. Sebab game kita antara yang terawal."
     "Kita lawan dengan siapa dulu kak?" Yang ni partner aku. Nama dia Maisarah. Orangnya comel-comel, lemah lembut dan sopan santun, jauh beza sekali dengan aku. Masih bujang tapi dah ada boyfriend. Handsome pulak tu. Nasib baik la aku ni bukan jenis perampas. Kalau tak, dah lama aku caras boyfriend sarah. Hmmmm...pendek kata, semua ahli kumpulan aku ni dah ada pasangan masing-masing, kecuali aku. Tiap kali ade game, pakwe masing-masing ikut bagi sokongan. Kalau luka sikit, pakwe tolong letak plaster. Nak air, pakwe tolong hulurkan. Aku ni, semua buat sendiri. Jealous tau. Bila aku nak merasa jadi macam dorang semua???

     "Lawan dengan team Marry. Pernah lawan kan dengan dorang sebelum ni." 
     "Pernah kak, yang GD dia kentut depan saya tu. Busuk gila kot."Aku akan ingat kenangan ni sampai bila-bila. Aku tak tau la dia makan apa sampai busuk begitu sekali kentut dia. Selamba pulak tu kentut kuat-kuat. Memang no manners. Harap muka je flawless. 
     Dorang-dorang ni kalau aku ungkit peristiwa tu memang gelak sampai pecah perut. Ye la, sebab bukan dorang yang kena. Cuba kalau dorang yang kena, baru tau rasa nak pitam ke tak. Dah la GD dia jage aku baik punya. Main pijak kaki orang. Main tipu namanya tu.
     "Okey okey, akak faham perasaan Mafa. lepas ni kalau dia kentut lagi, kau balas la kentut dia tu, tapi pastikan kau tak berak seminggu. Akak yakin, mesti GD tu mintak keluar padang." Amboi kak Haniz ni boleh tahan melawak. 
     "Akak ni beragak la sikit. Orang tengah makan kot. Ade pulak cerita pasal berak." Potong stim betul kak Haniz ni. Malu aku kat boyfriend kawan-kawan aku. Dah la aku sebatang kara kat sini. Dorang pun join sekaki gelakkan aku. Hampeh betul. Nasib baik aku dah kenal lama dengan dorang. Malu tu tak ada la menebal sangat.

*********************************************************************************

Alhamdulillah, dua perlawanan yang pertama, kumpulan aku menang besar. Kak Haniz tak habis habis tepuk bahu aku ucap tahniah sebab hari ni tak ada bola yang keluar. Semua bola masuk je. Mana tak semua masuk, sepanjang latihan aku kena denda. Sebiji bola tak masuk dia suruh aku pumping dua puluh kali. Siapa lalu?? Mau tak mau aku kena la usaha sampai bola aku tu sentiasa masuk dalam goal walaupun dari jarak yang jauh. Tapi aku tak salahkan kak Haniz, cara dia tu memang betul. Kalau dia tak buat macam tu mesti aku tak bersungguh sungguh usaha untuk masukkan goal. 

    "Tinggal satu game. Akak harap yang ni pun korang menang juga. Ada sesiapa yang cedera tak? Sebab akak nak kekalkan player sekarang. Akak puas hati tengok korang main hari ni. Tak banyak buang bola, tak ada silly mistake macam selalu." 
     "Alhamdulillah tak ada kak Haniz. Cuma semput sikit." Memang la Tina semput, dia main position Center, berlari satu padang kejar bola. Kalau suruh aku tukar dengan dia, mati hidup balik pun aku tak nak.
     "Tapi boleh main lagi tak? Kalau tak boleh akak tukarkan dengan Jue." 
     "Saya try first half dulu. Agak-agak dah nazak nanti saya tukar dengan Jue."
     "Jue macam mana? Boleh?"
     "Jue ok je kak." 
     "Akak nak ucap tahniah dekat Sarah dengan Mafa sebab hari ni dorang jadi best shooter. Sebiji bola pun dorang tak buang." Semua orang pakat tepuk tangan kat kami. Aku dengan Sarah sengih je.
     "Tak de hadiah ke kak?" 
     "Ni hadiah!!!" Kak Haniz tunjuk penumbuk depan muka aku. Gurau pun tak boleh.


Sebenarnya ibu jari kaki aku melecet. Sakitnya tuhan je yang tahu tapi aku malas nak bagi tau kak Haniz. Tengok kawan-kawan sekeliling semua berborak dengan pakwe masing masing. Sedih rasa hati sebab aku tak ada kawan nak berborak. Lebih baik aku bukak kasut, tengok ibu jari aku yang dah melecet tu. Nasib baik tak de bau pekong. Kalau tak habis pengsan semua orang. Kat ibu jari kaki aku dah timbul gelembung air. Tapi belum pecah lagi. Kalau pecah mesti lagi sakit. Jadi aku biarkan je la. Ada masa lagi untuk berehat. Sapu minyak sikit kat ibu jari kaki dengan harapan gelembung air tu akan hilang. Aku tak tau teori mana yang aku pakai.

Aku tengok semua orang  buat hal masing-masing. Tiba-tiba aku rasa macam aku sorang-sorang. Bukan dorang tak hiraukan aku. Normallah kalau dah penat, pakwe pulak ada tepi, masing-masing nak bermanja. Aku?? bermanja dengan pokok yang aku bersandar ni je la. Dah la keras. Tengok team sebelah pun sama jugak. Bagus betul pakwe dorang ni, sokong pasangan terlibat dengan sukan. Aku ni bila la nak rasa semua ni. Kesian sungguh dengan diri sendiri.

Aku rasa macam ada orang pandang aku. Nak tengok ke tak. Nanti kalau aku tengok balik, mesti dia kata aku perasan. Tapi kalau aku tak tengok lagi macam perasan. Baik tengok je, betul ke tak perasaan aku ni. Atau aku ni memang spesis kuat perasan?

Memang ada sorang mamat tengah pandang aku. Aku pandang dia semula. Dia senyum, Tapi aku tak pasti senyuman tu untuk siapa. Aku toleh belakang aku, tak ada orang yang tengah pandang dia pun. Aku tengok mamat tu semula. Dia senyum kat aku lagi. Serba salah aku di buatnya. Nak balas ke tak senyuman dia tu. Tiba-tiba dia angkat jari telunjuk sambil tunjuk ke arah aku. Aku telan air liur. Pertama kali. Aku pun angkat jari aku sambil tunjuk diri sendiri. Betul ke dia senyum kat aku? Mamat tu mengangguk. Aku dah tak keruan. Nak balas senyum tak menjadi alih alih aku tersengih macam kerang busuk. Mamat tu gelakkan aku. Malunya aku rasa macam nak menyorok.

Mamat tu masih pandang aku sambil tersenyum. Dia buat isyarat telefon. Maknanya dia nak nombor telefon aku. Betul ke tak ni? Siapa mamat ni yang tiba-tiba nak mintak nombor telefon aku? Aku tak kenal pun dia. Dah la dia duduk kat kumpulan yang aku nak lawan lepas ni. 

Tak pernah pernah sebelum ni ada orang nak berkenalan dengan aku kat tengah-tengah padang, hari ni menjadi sejarah pulak.

     "Hoi!! Kau dah kenapa tetiba jadi bisu ni?" Ya Allah....nak luruh jantung aku kena sergah dengan Alin. Dia ni hobi memang suka segah orang.
     "Alinnnnnnnn..tak boleh ke kau panggil aku elok-elok. Kalau aku mati sape nak shoot? Kau?" Geram betul aku dengan minah kecik ni. Nasib baik comel. Yang dia tau menyengih.
     "Ampun ampun. aku perasan dari tadi kau senyum dengan mamat yang dekat team sebelah tu kan." Hadoiiiii..mulut Alin ni memang tempayan betul. Cepat-cepat aku tutup mulut dia dengan tapak tangan aku. Nasib kau la Alin, tadi aku baru lepas korek hidung.
     "Tak payah la cakap kuat-kuat. Aku tak tau betul ke tak mamat tu senyum dengan aku. Pakwe kau mana? Dah habis serap kasih sayang?"
     "Dah balik. Ada hal. Dah habis serap. Ni aku nak serap kasih sayang dengan kau pulak." Alin ni mula buat perangai mengada-ngada dia. Menyampak pulak aku time time ni dia nak berbaring kat peha.
     "Nak bermanja bukan kat sini ya." Cepat cepat aku angkat kaki sebelum Alin landing kepala dia atas peha aku. Aku jeling mamat tadi, ada lagi atau tak kat tempat dia. Kacau daun betul si Alin ni. Baru nak adjust jodoh. Nasib baik dia ada lagi. Tapi macam mana aku nak bagi nombor telefon kat dia? Macam terdesak nak boyfriend aku ni kan. Tak teresak pun, why not kite try?

     "Guys, pukul 2 kita start semula. So you all boleh makan dan solat siap-siap. Nanti berkumpul semula kat sini. Jangan makan banyak sangat. Nanti tak lalu nak berlari kejap lagi."
     "Okeh coach!!!"

Aku angkat beg, nak ke surau terus. Aku spesis yang tak lalu makan kalau dah bersukan. Tunggu lepas dua jam baru boleh makan. Dia punya tak ada selera makan dah sama level dengan orang putus cinta. Mamat tadi aku dah tak nampak. Hmmmm..melepas lah aku. Muka boleh tahan. Perangai tak tau lagi. So atas alasan itu aku kenalah berkenalan dengan dia. Tapi nampaknya mamat tu macam nak main-main je. Huh, sahih aku ni kuat perasan. baru orang senyum sikit dah tergoda. Makkkkk..tolong la anak mu ini.

*********************************************************************************

     "Guys!!! lagi 15 minit pukul 2..Jom gerak..Kang nak warmup lagi." Sara dah tolong remind. Masing-masing menggelupur ambil beg. Sebelum kak Haniz mengamuk, lebih baik semua orang bertindak cepat. As usual aku la manusia paling last akan keluar sebab kak Haniz bagi amanat aku kena pastikan semua orang dah keluar baru aku keluar. Apa punya amanat tah kak Haniz bagi aku. Dia tak tau ke aku la manusia paling bermasalah kalau berkaitan dengan masa.

Dah la aku orang last yang keluar, lepas tu kena tinggal  kat belakang. Dorang dah menonong ke padang. Kurang asam perangai masing-masing kan.
     "You!" Ha sudah, sape pulak yang panggil aku nih. Time aku nak cepat lah ade orang panggil.
     "Panggil saya ke?" Hah, mamat yang senyum kat aku tadi.
     "Ye. Ade nampak orang lain ke kat sini?" Ewah, boleh tahan lawyer buruk ko kan.
     "Aah..tu sebelah awak." Ni makan dia kalau suka sangat lawyer buruk. Tau pun cuak.
     "Saya Amir. Nak nombor telefon." Kemain berani mamat ni. Straight to the point. Bagus. Aku suka orang macam ni.
     "019-4556215, Mafa" Tanpa rasa serba salah aku bagi nombor telefon aku kat dia. Sebenarnya aku lagi ngeri kalau kak Haniz tu menjerit panggil nama aku dari tengah padang.
     "Nice. I'll text you later. By the way good luck. You are great." Eh menyempat lagi.
     "Thank. I got to go." Aku tak tau nak cakap apa lagi. Aku blah tanpa tengok mamat tu. Kembang bontot bila dia kata aku hebat. Hahahahahaha..

*********************************************************************************

Tournament dah settle. Penat lelah berbaloi. Yes! kami menang. Mamat bernama Amir ada text aku lepas game. Dia pun menang main futsal. Huntonglah.
     "Salam, I Amir, yang mintak nombor phone You semalam. Congrats!" First text dia yang aku dapat.
     "Salam.. Oh hai. Thank you. How about you?" Sekadar berbahasa basi. Orang dah ucap tahniah kat kita kan..
     "Alhamdulillah champion. May I call you?" Spesis malas menaip dia nih.
     "Sure."

*********************************************************************************
     "Assalamualaikum, Mafa, Amir here." Aku tau la kau Amir. Bukan dah bagi tau ke tadi kau nak call aku. Ape lah mamat nih. Lagi pun aku bukannya banyak skandal sampai tak kenal sape yang call.
     "Waalaikumsalam. hai Amir." Itu je la yang mampu aku cakap. Hahahaha.. Tak tahu nak mulakan perbualan dari mana.
     "I ganggu ke?"
     "Nope. Kalau ganggu I dah bagi tau awal-awal tadi. Sebelum kite bercakap lebih lanjut, You dah kahwin ke belum? Boyfriend or tunang sesape ke? Bukan apa, I taknak terlibat dengan mana-mana skandal atau tetibe I kena serang dengan orang yang I tak kenal" Dia ketawa bila aku tanya dia macam ni.
      "Hahahahaha.. Laju betul. Jangan risau. I bukan dari semua golongan yang You sebut tu."
      "Boleh percaya ke? Takkan you tak pernah ada kawan perempuan sebelum ni?"
      "Yes I do. Tapi kawan je la. Macam kite sekarang ni la. Kawan."
Aduhhh..terkena aku. Dah nampak macam aku perasan dia nak tackle aku. Ape ke gelojoh sangat soalan aku nih.
     "Memang la kite kawan. Tapi better bertanya terlebih dahulu sebelum perkara yang tak diingini berlaku."
     "Betul. You pulak macam mana? Dah kahwin? Dah ada boyfriend atau tunang?"
     "Semua belum."
     "So, kite kawan?"
     "Tengok la macam mana. Kalau you pelik sangat tak nak la I kawan dengan you."
     "Hahahahhahhaa...Kelakar jugak you ni kan. Inshaallah I tak pelik. I manusia yang normal."
     "Tadi you kate you ade je kawan perempuan. Dah tu kenapa nak kawan dengan I pulak? Tak cukup kawan perempuan yang you ade?"
     "Wow soalan you! Menusuk di dada. Tak baik you cakap macam tu. I tak ada niat yang tak baik pun kat you. Normal la kite nak kenal kawan baru."
     "Cliche nye jawapan."
     "Haahhahahaha..you ni memang garang eh? Lahir tahun harimau ke ape?"
     "Dah tu still nak kawan ke?" Sakit pulak hati aku dengan mamat ni.
     "Sure! Sabtu ni free? Jom keluar." Waaaaaa..dasat betul mamat nih. Cepat bertindak. Dah ajak aku keluar dating.
     "Not sure. Kena tengok jadual dulu." Jadual ape tah yang aku nak tengok. Padahal hari sabtu kalau tak ada tournament aku membongkang je kat rumah.
     "Okeh tak pe. Kalau macam tu I confirm dengan you semula on this Friday. Tapi I harap you free la sabtu ni."
     "Kalau i free, you nak ajak I pergi mana?"
     "Makan, wayang, bowling..Mana yang you suka. Since I pun tak tau apa yang you suka. So ni la masanya I nak kenal you." Hish pelik pelik mamat nih.
     "Okeylah, kalau macam tu hari jumaat I confirm semula dengan you." Sebenarnya jawapan aku yes. Saje buat jual mahal. Nanti dia kata aku ni jenis perempuan yang pantang di ajak pulak.
     "You dah nak letak phone ke?"
     "Ye la.. dah tu?" Ape punye soalan dia bagi kat aku nih?
     "Nanti la kejap. You ni kan, dah la garang macam harimau. Ada banyak benda yang I nak tanya." Eeeehhhhhh dia ni, mulut boleh tahan celupar.
     "You nak tanye ape dengan harimau garang nih?"
     "Hahahahahahahahahhahahahha." Dia boleh gelak berdekah dekah pulak.
     "Sorry, you ni memang sesuatu la. Dalam garang-garang you, you pandai jugak buat lawak."
     "Tak payah nak sesuatu sangat lah. Ape yang sesuatu sangat tah?"
     "Sesuatu yang tak di jangkaaaaaa.." Dia menyanyi pulak dah. Rase macam nak lempang. Annoyingnya dia nih.
     "Sekarang ni you nak cakap atau you nak menyanyi?" Aku dah start bosan bila dia asyik gelakkan aku je.
     "Okey sorry. Tak nyanyi dah. Please jangan serius sangat. I jadi tak tau nak berkomunikasi dengan you macam mana." Dia tetiba jadi serius. Aku pulak yang cuak.
     "Dah tu kenapa nak berkenalan dengan I?"
     "Tetiba rasa nak berkenalan dengan you."
     "Macam tu je? Tak logik langsung jawapan you nih."
     "Ye..I serius. I tengok you main netball semalam."
     "Dah lame ke you tengok?"
     "Lame jugak la. Court kite kan sebelah je. You tak perasan eh?"
     "I bukan jenis yang kuat perasan."
     "Hahahahaha.. hadoi..Maksud I bukan you yang kuat perasaan, you tak perasan ke court futsal sebelah court netball?"
Alahhhhh..terkena lagi aku. Tu la mulut ni main jawab je. Bukannye nak tapis-tapis.
     "Perasan. I saje je cakap macam tu." Aku bagi jawapan untuk tidak menampakkan kebodohan diri aku. Dia cuma gelak. Pening agaknya berkenalan dengan manusia macam aku nih.
     "Mafa, you jangan salah faham dengan niat I untuk berkawan dengan you. I ikhlas untuk kenal you."
    "Bergantung pada you punye ikhlas."

Kami berbual panjang untuk pertama kalinya. Sabarnya dia melayan kerenah aku. Eleh, mula-mula je. Kite tengok esok. Agaknya dia hilang dari radar. Bila tau perangai aku yang dingin macam ais nih. Nasib kau lah. Nak berkenalan sangat kan. Aku kalau setakat berkawan ni tak ada masalah. Jangan nak merapu sangat. Tak ada masa aku nak layan. Sebab tu agaknya aku tak ada boyfriend. Beginilah aku kalau ada orang nak kenal. Tak reti aku nak tergedik-gedik acah acah sopan santun dengan lelaki. Dah sah sah jalan pun bersepah. Bila si mamat ni berkenalan dengan aku, aku jadi musykil. Mana dia letak mata dia agaknya ye. Punya ramai perempuan melayu terakhir masa kat padang hari tu, aku yang jadi pilihan dia. Ape ke buruk beno taste die nih? Aku konfius. Lantak kau lah Amir. Jangan cari pasal dengan aku sudah. Kalau kau sengaja nak main-mainkan perasaan aku, memang muka kau cacat lepas ni kena simbah dengan asid.

*********************************************************************************
First dating, berjalan dengan lancar. Kan aku dah bagi tau aku memang free hari sabtu. Sengaja buat jual mahal. Kami lepak kedai makan. Nasib baik Amir bukan jenis skema. Orangnya relek. Tak merapu sangat. Easy going punye manusia and friendly. Walaupun layanan aku sedingin ais ketul di dalam gelas. Murah dengan senyuman dan suka ketawa plus kuat membahan. Kalau dah lama kenal mau lebam bijik mata dia makan penumbuk aku. Tak apa, akan ku kumpul semua kau punya bahan untuk aku balas semua jasa ko nih Amir. Kau tunggu, hari pembalasan akan tiba jua.

Aktiviti seterusnya, kami tak pergi tengok wayang pun sebab tak ada cerita yang aku rasa nak tengok. Main bowling pun tak sebab aku menyampah bola aku asik masuk longkang je. Jadi aku ajak dia ke kedai buku. Duduk bersila dalam tu sambil baca buku. Tak baca pun sebenarnya. Banyak bersembang.

Amir sebaya dengan aku. Bekerja sebagai salesman dekat showroom kereta. Kebetulan hari ni turn dia off, so dia ambil peluang untuk keluar dengan aku. Dia kata dia orang kampung. Asal Pahang. Awal-awal ni, kau dengar je boleh, percaya jangan sekali-kali. Entah-entah dia membongak, siapa yang tau. Anak ke empat dari lima orang adik beradik. Semua lelaki. Ayah cikgu, mak pun cikgu. Selalunya anak cikgu ni pandai-pandai. Pehal kau kerja salesman kereta, bukanya doktor atau jurutera? Ni mesti kes nak cepat kaya. Jual kereta komisen kan tiptop.

Katanya tak ada special girlfriend lagi. Bila aku tanya kenapa, dia cakap belum jumpa dengan yang sesuai. Halah halahhhhh...Cliche nye jawapan! Bila aku cakap dia try and error je untuk kenal dengan aku, dia sengih je. Betul lah tu. Kalau dia kata cinta pandang pertama, memang confirm dia ni buta. Aku ni kalau cantik, confirm follower kat ig berpuluh ribu. Ni follower aku budak-budak opis dengan kawan-kawan masa sekolah. Boleh nampak tak perbandingannya di situ?

Yang paling aku geram, semua soalan yang aku tanya dia, semua patah balik kat aku. Senang betul keje dia. Copy paste je. Amir ni tak adalah annoying sangat. Dia okey je. Tapi kita tengok lepas pertemuan pertama ni apa yang berlaku. Adakah nombor phone aku akan di block dan Amir hilang dari radar?

*********************************************************************************

Kak Haniz dah siap daftar ahli kumpulan. Kami semua dah siap warmup dan passing bola. Apelah nasib hari ni. Menang ke kalah. Semua orang nak menang. Mana ada orang nak kalah. Tapi bila tengok player team lain, tetiba kepala lutut menggeletar. Itulah masalah aku setiap kali tournament.
     "Korang, alert eh. Game korang yang ke empat tau. Dah boleh tengok team grouping korang main macam mana."
     "Baik cip!"
     "Banyak la korang punye cip" Bertabahlah kak Haniz dapat player yang annoying macam kami nih.

*********************************************************************************

     "Mafa!!!!" Sape pulak yang jerit nama aku ni? Aku ni bukan glamor sangat kat sini sampai ade orang nak jerit nama aku. Nak toleh pun aku tak berani. Takut salah dengar.
     "Mafa!!!!" Lagi sekali dia jerit nama aku. Kali ni confirm aku tak salah dengar.
Amir?? Dia buat apa datang sini?? Eeeeee..geramnye aku. Aku dah la tak suka orang yang aku kenal datang tengok aku main.
     "Sape tu Mafa? Ooo..dah ade pakwe taknak bagi tau. Senyap senyap je eh..." Mula dah makcik makcik bawang team aku nih.
     "Bile masa pulak aku ade pakwe. Tu kawan aku masa sekolah lah. Tetibe nak datang usha awek katenye." Briliant tak idea membongak aku. Eeeee..siap kau Amir. Dah la datang tak bagi tau. Ingat surprise sangat ke?

*********************************************************************************
     "Kenapa datang?" Aku call Amir.
     "Tak boleh ke?" Jawab tanpa rasa bersalah.
     "Memang tak boleh. I tak suka orang yang I kenal datang tengok I mase game."
     "I tak tengok you la."
     "Habis tu you tengok sape?"
     "I usha awek kat situ la. Kan ramai tadi. Cun! Betul la jawapan yang you bagi kat teammate you tu tadi." Dia kenakan aku balik.

Tak taulah kenapa aku rasa sakit hati sangat dengan jawapan dia ni. Tetiba aku rasa tak ada mood nak bercakap dengan Amir. Asalnya aku cuma nak tanya kenapa dia datang aje. Aku terus putuskan line. Tak kuasa nak borak. Hilang mood. Tengah period, hormon tak stabil la ni.

Amir call aku semula tapi aku tak jawab. Memang aku betul-betul tak ada mood nak bercakap dengan dia. Sakit hati betul aku dengar jawapan dia tadi. Memang jenis kaki perempuan. Buat koleksi ke apa. Eh, kenapa aku beremosi sangat ni?

*********************************************************************************

     "Omak kau!!" Ya Allah, ape mamat ni buat kat sini? Drama apa pulak pagi ni? Dia tak keje ke? Ponteng barangkali.
     "Assalamualaikum...."
     "Waalaikumsalam....."
     "Kenapa semalam tetiba letak phone?" Aduhhhh..lembutnya dia cakap dengan aku. Sepanjang tiga bulan aku kenal dengan dia, memang mamat ni spesis yang lembut orangnya. Bukan lembut nyah tu ye. Yang ni aku tak tahan nih. Tak kuat iman makcikkkkk...
     "Terputus. Line tak ok la malam tadi." Ayat kelentong aku untuk hari ni.
     "Kenapa I call semula you tak jawab?" Nampaknya ayat kelentong aku tak berapa nak bijak.
     "I dah tido."
     "Cepat betul you tido. Dalam masa beberapa saat je?" Hahahaha.. Nak nangis ke nak gelak kerana kebodohan diri sendiri.
     "I letih. Semalam kan tournament. Banyak team dalam satu group." Menipu lagi keje aku.
     "You marah I sebab I datang tengok you main?" Ha tau pun.
     "Tak."
     "Atau you marah sebab I cakap I nak usha perempuan lain?" Yes. Eh..pelik. Something wrong la hati aku ni.
     "Lagi la tak. Kenapa pulak I nak marah you nak usha perempuan lain? Hak you kan. You pun tak pernah nak larang I usha lelaki lain."
     "Siapa cakap I tak pernah larang you usha lelaki lain?" Aku telan air liur sendiri. Aku tak tahu apa situasi sekarang. Aku jeling jam kat tangan aku. Takut terlewat pergi kerja.
     "I la yang cakap." Makin ngeri aku nak jawab soalan mamat ni.
     "I larang you usha lelaki lain dan I larang you untuk keluar dengan lelaki lain." Eh mamat ni lebih lebih pulak. Ingat dia bapak aku. Nak renung muka dia lama-lama aku tak berani. Sebab mamat ni lain macam pulak kali ni. Macam harimau nak terkam mangsa dia. Biasanya aku yang macam harimau. Saka dah masuk dalam badan dia agaknya.

     "Suke hati I la nak keluar dengan siapa pun. You siapa nak halang I. Lagi pun kite kawan biasa je."
     "Sebab I nak you jadi hak I selamanya." Aku terdiam. Aku salah dengar ke apa ni? Tak tahu nak respon pada mamat ni macam mana. Nak melompat ke, nak menjerit ke, nak marah semula ke.
     "You dengar tak apa I cakap tadi?" Amir soal lagi sekali. Macam tau tau je apa yang ada dalam kepala aku.
     "I nak you jadi milik I selamanya." Dia ulang lagi ayat yang sama. Confirm aku tak salah dengar. Dah macam drama akasia pukul 7 aku rasa.
     "You tak sihat eh?" Itu je yang aku mampu balas. Mamat tu ketawa. Lawak sangat ke aku ni.
     "Itu je you reply?"
     "Habis tu you nak I jawab apa?"
     "Kite kahwin?" Mamat ni memang tak sihat aku rasa. Nak je aku hayun pelempang ke pipi beliau.
     "Confirm you tak sihat. Amir, I nak pergi kerja ni. Dah lewat."
     "I rasa you yang tak sihat. Hari ni cuti."
     "You yang tak sihat, nak cakap orang pulak. Hari ni hari isnin. Bukan hari ahad."
     "Memang hari ni hari isnin, tapi hari ni cuti umum sebab semalam Hari Wilayah. You jeles dengan I sampai tak tau hari ni cuti ke?" Amboi mulut mamat ni. Tadi kemain lembut. Bila dah geram, kau sembur habis ye.

Macam mana aku boleh tak perasan semalam Hari Wilayah? Hish teruk betul aku ni. Tournament semalam kan memang sempena Hari Wilayah. Alah alahhhhh.. Mamat ni dah senyum mengejek kat aku.

     "Nak pergi mana tu?"
     "Sambung tidur la. Nak buat apa lagi?" Makin geram aku dengan mamat ni.
     "Soalan I you tak jawab lagi."
     "Soalan apa?" Aku dah tahap hentak kaki sebab geram dengan dia ni. Dah la malu tadi tak habis lagi. Dia tanya pulak soalan mengarut. Dia ingat sel-sel otak aku dah berhubung ke pagi pagi nih.
     "Kite kahwin. Meh jari." Aduh, dia ni nak prank aku ke ape? Siap bawak cincin bagai. Jantung aku ni dah nak luruh. Adekah ini petanda bahawa jodohku telah tiba.
     "I tau you suka kat I tapi saje jual mahal kan." Eh eh mamat ni konfiden level dia boleh tahan. Tapi sebenarnya memang betul pun. Tetiba perasaan pelik ni muncul dalam diri.

     "You jangan risau. Cinta you pada I bukan bertepuk sebelah tangan. I fall in love with you dulu. Tapi I tak nak nampak I ni gelojoh sangat walaupun kalau ikutkan hati I, I nak je berterus terang masa I mintak nombor phone you. So, I just go with the flow. Takut kalau I gelojoh sangat, you pun takut. Nanti melepas la I. Its okey kalau you cakap you nak buat solat istikharah dulu, sebab I dah tau result dia apa. But I still nak ajak you kahwin. As soon as possible. So kite start bercinta lepas nikah. Masa tu dah boleh pegang-pegang, peluk-peluk, ehem-ehem."

Eeeeee..dia punya angan-angan, rase macam nak cepuk je kepala dia. Aku tak sangka dan terkedu. Lidah pun kelu nak bercakap. Rasa macam tak percaya. Rasa macam kena prank. Macam mana aku nak pastikan semua ni benar?

     "Jangan nak mengarut boleh tak? You dah buta eh pilih I jadi wife you."
     "I tak mengarut. I serius dan ye I memang buta sebab pilih you jadi wife I. Cinta tu kan buta." Eeeee..panas pulak hati aku dengar jawapan mamat ni.
     "Stress la I layan you ni. Suka hati you lah. I nak masuk sambung tidur." Aku dah nak angkat kaki masuk rumah tetiba dia tarik lengan aku. Berani betul dia kan.
     "Sorry sorry. I bukan sengaja nak pegang you. I tak main main la. Kalau you tak percaya jom datang rumah I."
     "What? You memang dah gilakan nak bawak I balik rumah you? You nak kahwin free eh?"
     "Eh bukannnnnnn. Ya Allah susahnya nak jinakkan harimau nih. I nak bawak you jumpa parents I. Dorang dah ada kat rumah. Dorang suruh I ajak you datang rumah pagi ni" Tetiba aku rasa nak pitam.

*********************************************************************************
Finally we got married. Tak sangka jodoh jumpa atas padang. Jodoh rahsia Allah yang kita tak tau bagaimana cara dia datang. Sentiasa perbaiki niat, Inshaallah Allah hadirkan pasangaan yang baik buat kita.

-Done-
















No comments:

anda mungkin meminati: