Skip to main content

KEADILAN DALAM PEMERINTAHAN

Assalamualaikum w.b.t

Terpanggil untuk berkongsi ilmu yang aku terbaca dalam Terjemahan Al-Quran Resam Utmani keluaran Karya Bestari.

Allah s.w.t berfirman: Wahai orang yang beriman! Janganlah ada suatu kaum yang mempermain-mainkan kaum yang lain, (kerana) boleh jadi kaum yang dipermainkan itu lebih baik daripada mereka, dan jangan pula ada golongan perempuan yang mempermainkan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang dipermainkan) itu lebih baik daripada mereka. Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang  buruk (jadi fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, mereka itulah orang-orang yang zalim. 

Surah: Al-Hujurat 49:11

*********************************************************************************

Tafsit Ibnu Kasir: 
Allah s.w.t berfirman seraya memerintahkan untuk mendamaikan antara dua orang atau dua kelompok muslim yang bertengkar. Allah SWT masih tetap menamakan mereka orang mukmin  walapun mereka berperag satu sama lain. Berdasarkan hal ini, Imam Bukhari dan yang lainnya mengambil kesimpulan , bahawa kemaksiatan yang dilakukan orang mukmin, tidak akan mengeluarkannya daripada keimanan atau dia menjadi kufur, walaupun besar kemaksiatan yang dilakukan.

Demikian juga dengan kitab Sahih Bukhari  daripada hadis Abi bakrah , diterangkan bahawa pada suatu hari Rasullullah  SAW berkhutbah di mimbar, sedang Al-Hasan bin Ali berada di sisinya. Dalam khutbahnya baginda kadang-kadang memandang Al-Hasan dan kepada orang-orang dan bersabda "Sesungguhnya anakku ini adalah sayyid (pemimpin) dan semoga Allah akan mendamaikan dua kelompok besar kaum muslimin dengan tangannya." Terbuktilah sabda Rasullullah SAW itu, bahawa Al-Hasan dapat mendamaikan penduduk Sham dan Iraq, setelah melepasi peperangan yang cukup panjang.

Firman-Nya, Jika salah satu dari kedua-duanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. 

Iaitu kembali kepada perintah Allah SWT. Iaitu mendengarkan dan mentaati Al-Haq, Sebagaimana ditetapkan dalam hadis sahih, daripada Anas r.a bahawa Rasullullah SAW bersabda, "Tolonglah saudaramu yang zalim dan dizalimi." Aku bertanya, "Wahai Rasullullah, jelas, aku faham menolong orang yang dizalimi, tapi bagaimana cari menolong orang yang zalim?" Baginda bersabda, "Cegahlah daripada kezalimannya, itulah cara kamu menolongnya." 

Firman-Nya. "Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara kedua-duanya dengan adil dan berlakulah adil. Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil."

Iaitu berlaku adillah kamu diantara mereka dalam memutuskan persoalan yang menimpa mereka.
(Ibnu Kasir, Tafsirul Qur'ani'l Azimi, Jilid 13, 1421 H/2000 M:150, 152.



p/s: Info ini hanya dari pembacaan semata. Sila rujuk kepada yang lebih pakar untuk keterangan lebih jelas supaya tidak timbul kekeliruan. Sebarang teguran sekiranya terdapat kesilapan amatlah dialukan. Semoga Allah s.w.t merahmati insan-insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan berkongsi dengan orang lain. Amin. Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da