Skip to main content

Cerpen ~ Pengantin Gila2 (part 8)

Subuh-subuh buta aku bangun semata-mata nak buat sarapan special untuk Qaliff. Ni gara-gara rasa bersalah malam tadi. Tak tidur malam aku di buatnya. Aku takut Qaliff betul-betul marah dengan aku. Mesti tahap kesabaran dia dah menipis melayan kerenah bini dia yang mengada-ngada ni. Ya ampunnnnn..
Lepas solat sunat taubat aku terus buka laptop. Google resepi. Aku bukan pandai masak sangat pun. Qaliff je yang beriya-iya puji aku masak sedap. Entah iya entah tidakkkkk...Ishhhh..tak baik buruk sangka pada suami sendiri.

Aku tengok semua resipi yang pakcik google ni suggest, semuanya susah-susah dan rumit. Mana sempat aku nak siapkan dalam masa sejam? Akhirnya aku buat keputusan untuk buat mee goreng mamak. Spesial la sangat kan. Aku harap laki aku nanti sudi la telan. Jangan la dia merajuk lama-lama. Selama ni dia je yang selalu pujuk aku, aku tak pernah sekali pun pujuk dia. Dah asyik aku je yang buat perangai. Memang la dia je yang kena pujuk aku. Aku ingat dia ni hati batu. Rupanya-rupanya tak. Dah kahwin baru nak tunjuk perangai sebenar. Masa bercinta dulu lautan api pun sanggup diredah. Kononnnnnnn.

Dah siap aku punya mee goreng mamak. Tekak aku rasa macam sedap. Tekak Qaliff aku tak pasti. Mintak-mintak dia suka dengan masakan aku ni. Tolonglah wahai suami kesayanganku.

Semua dah ready atas meja. Aku tunggu Qaliff turun je. Tadi masa aku naik atas, dia tengah mandi. Baju dia aku dah letak atas katil. Tali tie dia ja yang aku kena pakaikan kejap lagi. Biasanya aku yang akan pilihkan baju yang dia pakai hari-hari. Mujur  Qaliff tak cerewet. Apa aku bagi dia pakai je. 

Mee goreng mamak dah terhidang dalam pinggan dengan hiasan tomato dan daun bawang. Macam chef hebat sangat. Padahal semua atas belas ehsan pakcik google. Hahahahahhaha.. Luaran memang nampak macam sedap. Belum tau rasa dia lagi.

"Qal, Min buat mee goreng mamak. Qal makan dulu ye." Sopannya aku. Rasa macam hipokrit gila. Tapi laki aku ni macam nak tak nak je layan aku. Sebak pulak hati  ni. Tapi aku tak peduli. Aku nak jugak pujuk dia sampai berjaya. Qaliff cuma mengangguk je bila aku ajak dia makan. Dia tarik kerusi dan duduk. Terus makan. Tak pelawa aku langsung. Memang aku sentap gila. Tapi aku cuba jugak tahan. Air mata memang dah bertakung. Tapi tak macho la kalau mengaku kalah terlalu awal. Baru aku tau susahnya nak pujuk orang yang tengah marah. Selama ni aku cuma pandai buat orang marah. Dari kecik sampai dah berlaki. 

Qaliff makan sampai licin  tapi tak ada pujian macam selalu. Dia letak sudu, lepas tu terus bangun macam tu je. Seolah-olah aku  kat tepi ni tak wujud. Air yang aku tuang pun dia tak minum. Sepatah pun dia tak bercakap dengan aku. Sampainya hati Qaliff buat isteri dia macam ni. Kali ni aku memang mengaku kalah. Aku tak pernah rasa sedih macam ni. Air mata dah keluar macam air terjun. Aku terus kejar Qaliff. Aku tarik tangan dia dan minta ampun. Dah macam telenovela sepanyol aku rasa. Kalau di tadah air mata ni aku rasa dah boleh buat siram pokok bunga.

"Qal, Min mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Min tau, Min banyak sakitkan hati Qal, Min tak dengar cakap Qal, Min nak Qal je ikut cakap Min. Min mintak ampun. Qal jangan la sisihkan Min dari hidup Qal." Semua dialog drama televisyen yang aku tengok hari-hari aku sebut. Lantaklah Qal nak ketawa ke ape. Yang penting tu semua ikhlas dari hati aku. Aku memang cepat terpengaruh dengan drama televisyen. Semua ahli keluarga dah sedia maklum dengan tabiat kurang normal aku tuh.

"Min tak nak susahkan Qal lagi. Min nak duduk rumah je. Tak nak buat apa-apa. Min janji lepas ni Min akan ikut cakap Qal. Qal ampunkan Min. Min takut untuk tanggung dosa. Kalau ibu dengan baba tau mesti dorang malu. Qal ampunkan Min ya." Habis baju Qaliff basah dengan air mata dan hingus aku yang dah meleleh. Aku dah tak peduli la itu baju kerja dia. Aku boleh seterika yang lain. Bukannya baju kerja dia ada sehelai tu je. 

Qaliff tiba-tiba pegang bahu aku. Dia kesat air mata aku yang dah basah satu muka. Dah macam orang  baru lepas ambil wudhuk. Baru nampak dia tersenyum sikit. Senyum sebab apa tah? Seronok agaknya tengok aku meroyan macam orang gila.

"Qal tak marah Min. Cuma Qal nak Min sedar. Apa yang Qal cuba lakukan, semua tu untuk kebaikan Min. Sebab Qal tak nak Min susah dan penat. Biar Qal sorang yang cari rezeki. Itu memang tanggungjawab Qal." Dah dapat point. Qaliff memang tak nak aku bekerja langsung sebenarnya. Kalau aku bekerja dari rumah sekali pun, satu hari aku akan sibuk juga. Waktu tu mungkin masa untuk kami bersama akan terhad.

"Tapi andai satu hari nanti, takdir Allah dah tentukan untuk Min bekerja, Qal izinkan. Untuk masa sekarang ni, Min berehat puas-puas kat rumah k." Qaliff pujuk aku jugak akhirnya Nampak sangat aku tak ada bakat untuk memujuk orang. Menyakitkan hati orang aku pandai.

Lega hati ni bila Qaliff terangkan semuanya. Hilang segala keinginan untuk bekerja. Cukuplah kerja rumah yang dah ada ni. Lepas ni kerja aku lap habuk tiap-tiap hari. Confirm rumah aku yang paling bersih kat Malaysia.

"Qal tak marah Min lagi kan?" Qaliff geleng kepala sambil senyum. Terus aku peluk dia. Tidur malam tadi aku peluk bantal. hahahahhaha.. 

"Mee tadi sedap tak? Selalu kalau Qal makan, Qal puji sedap." Baru aku teringat amee goreng mamak yang aku masak. Aku nak tau jugak sedap atau tak mee aku tu. Qaliff dah gelak besar. Mesti dia tak sangka aku boleh tanya pasal mee goreng dalam keadaan macam sekarang ni.

"Nak jawapan jujur ke jawapan tipu?" Qaliff tanya aku balik. 

"Mesti la nak jawapan jujur."

"Jawapan jujur dia, alhamdulillah sedap sikit dari yang sebelum ni." Cissss!!! Jawapan Qaliff memang buat aku hangin.

"Sebelum ni pernah ke Min buat mee goreng mamak?" Aku rasa memang tak pernah.

"Eh, tak pernah ke?" Qaliff soal aku balik. Nampak sangat dia nak menjaga hati aku.

"Cakap je la tak sedap. Min tak kisah pun." Aku jugak yang kena terus terang. Qaliff dah gelak dulu..

"Tak apalah. Yang penting Min berani cuba. Lepas ni boleh buat lagi. Lama-lama mesti lagi sedap 
daripada mee goreng mamak yang kat kedai mamak tu. Mamak pun nak belajar resepi Min agaknya nanti." 

Pandainya la laki aku ni buat lawak yang menyakitkan hati. Tapi dia jugak yang sentiasa bagi 
semangat pada aku. That's my husband.

"Qal tak kerja ke hari ni?" Pelik pulak aku. Dah dekat sejam kite orang berpeluk kat dapur ni. Macam hari minggu pulak.

"Macam mana nak kerja? Baju dah kena hingus Min. Tengok ni, dah basah kuyup." Qaliff angkat lengan dia ke muka aku. Gurauan biadap ni.

"Ala...Min boleh iron baju lain." Qaliff peluk aku semula.

"Qal cuti hari ni." Qaliff berbisik kat telinga aku. Rasa macam nak tumbuk muka suami sendiri. Apa ke motif dia pakai baju kerja kalau dia bercuti. Sengaja nak tunjuk tanda protes. Dia ni memang teringin agaknya nak kena tumbuk kat perut kuat-kuat.

"Dah tak ada kerja eh, dah tau cuti yang pergi pakai baju kerja ni kenapa?"

"Sebenarnya Qal pun lupa Qal cuti hari ni. Bila hingus Min dah melekat kat baju baru Qal teringat."

Ishhhh..sabo je la dengan Qaliff ni. Nasib baik aku ni bini, dia tu laki. Kalau tak dah lama aku tunjalkan dahi dia tu. Geram pulak aku, suka sangat memainkan perasaan wanita aku ni.

"Min, Qal nak minta satu perkara lagi." Wah..tetiba pulak dia ni jadi serius. Ngeri pulak aku tengok.

"Apa dia?"

"Qal nak Min jadi isteri solehah dan ibu mithali." Tertelan air liur aku dibuatnya. Apakah maksud di sebalik kata-kata Qaliff?

"Mmmmm..maksud Qal?" Aku tak paham, jadi aku kena tanya supaya jelas apa yang Qaliff nak aku jadi sebenarnya. Selama ni tak cukup solehah ke aku? Nak jadi ibu mithali, aku belum ada anak lagi. Setakat ni baru ada anak tekak dengan anak mata je.

"Jangan panggil Qal dengan panggilan nama." 

"Habis tu nak panggil apa?" Apakah soalan aku yang lurus bendul ni? Aku memang tak paham atau saja-saja buat tak paham. Qaliff tersenyum bila tengok kedunguan aku terserlah di depan matanya. Tapi dia tak cakap apa-apa. Nak suruh aku paham sendiri la tu.

"In shaa allah. Min harap abang bantu Min untuk jadi isteri dan ibu mithali." Qaliff tersenyum lebar. Badan aku yang dah gemuk dia peluk erat. Semoga ikatan perkahwinan ni akan di redhai hingga ke syurga. 

Terima kasih Ya Allah kerna menguriakan aku seorang suami yang  baik,
Pintaku semoga ikatan ini berkekalan hingga ke jannah,
Aminnn...

Tamat.


p/s: Terima kasih kepada yang sudi singgah untuk membaca cerpen ni. Segala kritikan membina di alukan untuk menambah baik mutu penulisan saya. Segala cadangan akan dipertimbangkan mengikut kemampuan saya. sekiranya terdapat kekhilafan didalam karya penulisan saya harap di maafkan. sekian, terima kasih.



Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)