Skip to main content

SUKARELAWAN KE KUALA KRAI

Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang dijanjikan, entri hari ni berkisar tentang perjalanan sukarelawan ke Kuala Krai. Salah seorang ahli sukarelawan adalah aku sendiri.

Selepas mendapat perlepasan daripada CEO, team kami bergerak ke Kuala Krai pada hari selasa malam bersamaan 6 Jan 2015 dan dijangka pulang semula pada hari sabtu bersamaan 10 Jan 2015


Barang-barag keperluan sedang di masukkan ke dalam lori
Membaca doa sebelum memulakan perjalanan.


Tepat jam 10 malam, kenderaan 4 wheel telah bergerak dulu untuk melihat keadaan jalan yang akan di lalui. Kami memang tak tau langsung keadaan kat sana. Macam mana dengan tempat tidur, ada air dan elektrik atau tak, semua tu memang belum tau lagi. Jadi masing-masing bawak baju lebih sebab tugasnya nak mencuci sekolah.

Makanan dan air bersih dibawa siap-siap dari KL. Peralatan untuk mencuci jugak dah di beli siap-siap untuk di bawak ke Kuala Krai. Masing-masing tawakal dan redha dengan apa yang kami akan hadapi nanti.

Pukul 6 pagi kami dah sampai kat Gua Musang. Berhenti jap untuk solat subuh. Aku tengok kawasan kat situ kering je. So aku tanye orang kedai, kat situ banjir tak, die cakap kawasan bandar je yang banjir. Bandar yang mana satu aku tak pasti pulak.

Alhamdulillah lebih kurang pukul 9 pagi kami sampai kat Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi. Atau pun nama kampung tu kampung Pahi berdekatan dengan Manek Urai, salah satu kawasan yang terjejas teruk.

Kami akan tinggal kat sekolah ni sampai hari jumaat. Sekolah tu antara yang terselamat dari banjir dan menjadi tempat pemindahan mangsa banjir. Masih ada lagi mangsa banjir yang tinggal dalam dewan sekolah sebab rumah dorang rosak teruk atau hilang terus. Kami yang kesuntukan masa memang tak dapat nak berbual lama dengan orang kampung.

Alhamdulillah asrama yang kami akan tinggal tu ada bekalan air dan elektrik. Ada askar yang tinggal kat situ. Kami di beritahu akan ada sukarewalan lain yang akan sampai.

Lepas settle letak beg, perkara pertama yang kami kena buat ialah cuci dewan makan yang kami akan guna untuk memasak dan makan sepanjang berada di situ. Team kami bawak tukang masak sendiri. Nak cari kedai makan kat situ belum tentu ada. Orang kampung kat situ pun kekurangan makanan.

Lepas makan tengah hari baru kami bergerak ke sekolah rendah yang akan kami cuci nanti.
Gambar di bawah ni serba sedikit keadaan sekolah yang rosak. Buku, surau, meja, almari, semua dah tak boleh pakai.



Kalau tengok depan-depan memang tak mampu team kami nak membersihkan seluruh kawasan sekolah. Rasa nak pitam tengok sampah sarap bersepah. Bau lumpur usah di kenang. Tapi dah nama pun sukarelawan. Itu semua tak jadi penghalang kepada kami.

Walaupun ditimpa hujan lebat, team kami tetap teruskan kerja sebab masa yang kami ada sangat suntuk. Memandangkan sekolah akan dibuka semula pada 12 Januari.

Tak dapat nak bayangkan macam mana budak-budak ni nak mulakan sekolah dengan keadaan sekolah yang tak lengkap, baju sekolah tentu-tentunya tak ada. Buku, meja apatah lagi. Paling kesian, budak-budak yang akan menghadapi exam.





Macam ni lah keadaan kami sepanjang tiga hari membersihkan kawasan sekolah yang dah di agihkan kepada beberapa team yang lain.

Walaupun terpaksa bermain dengan lumpur, terpaksa berhujan tapi pengalaman jadi sukarelawan memang best. Tambah pulak dapat team yang memang semua ramah dan baik hati serta tolong menolong. Penat memang tak terasa langsung. Yang aku rasa penat bawak beg yang berat sebab dah bawak terlebih baju.




Gambar kat atas ni, keadaan lepas siap di cuci. Kami buat apa yang termampu. Pihak bomba dengan DBKL pon ada datang membantu.

Hari jumaat iaitu hari terakhir kami sebelum gerak balik ke Kuala Lumpur, mengikut perancangan kami akan ke Manek Urai untuk menghantar barang-barang yang dikirik kepada mangsa banjir.

Tapi disebabkan terlalu ramai orang datang menghantar bantuan, jalan jadi jem dan bas tak boleh masuk. Nak masuk jalan kaki, menurut kata cikgu yang jadi pemandu pelancong kami, terlalu jauh. Memang kena naik kereta.

Selepas berincang, team leader kami bersetuju untuk patah balik semula ke kampung Pahi. Sebab kampung Pahi pun terjejas teruk juga.

Gambar di bawah keadaan rumah dan orang kampung Pahi.










Kesian dan sedih. Apa yang mampu kami tolong, kami tolong. Selebihnya datang daripada Allah s.w.t. Kepada semua mangsa-mangsa banjir, kami harap anda tabah dan kami mendoakan anda semua selamat dan dalam lindungan Allah s.w.t.

Banyak lagi cerita-cerita yang nak di kongsi. Tapi cukup setakat ni dulu. In Shaa Allah, bila ada kelapangan aku akan update mana yang tertinggal.

Team kami.


Hari terakhir kami. Semoga pertolongan kecil kami dapat mengubati kesedihan penduduk kampung Pahi. In Shaa Allah.

Terima kasih sudi membaca entri panjang hari ini. Assalamualaikum

Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)