Skip to main content

Siapa yang akan bagi tau?????

Assalamualaikum w.b.t. (Entri panjang)

Lately aku banyak dengar dan tengok kisah sedih orang sekeliling. Sama ada dengar dari kawan-kawan, baca kat blog, TV, surat khabar, facebook, macam-macam la.

Dalam banyak-banyak perkara, satu benda yang aku terfikir. Mati. Perkara pertama yang aku fikir, kalau aku yang mati dulu, macam mana dengan family aku? 

Baru-baru ni member aku cite pasal seorang penulis blog yang mengidap sakit kanser payudara. Masa kawan aku baca entri tu, penulis blog telah kembali ke Rahmatullah beberapa bulan yang lalu. (Al-Fatihah).

Banyak benda yang arwah kongsi pasal kanser. Betapa arwah redha dengan ujian Allah s.w.t. Menerima ujian Allah s.w.t dengan penuh kesabaran dengan melihat kelebihan yang Allah bagi dari sudut lain. 

Aku cuba letak diri aku di tempat arwah. Bezanya arwah sudah berkeluarga. Aku bujang lagi. Tiba-tiba teringat kat mak dan abah kat kampung. Walaupun umur aku dah masuk 28 tahun, tapi aku belum bersedia untuk kehilangan salah satu dari ahli keluarga aku.

Tapi kuasa Allah. Tak mampu untuk aku menidakkan. Cuma aku berdoa, andai waktu tu sampai, sama ada aku yang pegi dulu atau ahli keluarga aku yang pergi dulu, redhakan lah hati kami.

Tujuan aku buat blog, mula-mula dulu memang nak cari side income. Tapi lama-lama niat nak cari side income terkubur macam tu ja. Aku tukar niat aku untuk jadikan blog ni sebagai diari harian aku yang boleh di baca semua orang.

Mungkin ramai orang yang tak begitu kenal aku lebih dekat sebab aku di luar dan di rumah mungkin orang yang berbeza. Susah untuk di faham. Banyak perkara yang aku nak sampaikan pada keluarga aku. Yang mana aku tak mampu nak luahkana dengan kata-kata.

Aku tak pasti dorang tau atau tak aku ada blog. Kadang-kadang, menaip atau menulis lebih mudah untuk meluahkan kata-kata atau isi hati. Itulah aku. Aku memang tak pandai nak susun ayat kalau kat depan orang. Sebab tu aku tak suka presentation. 

Walaupun zaman sekarang dah ada banyak teknologi, aku lebih suka tulis surat. Zaman aku tak ada telefon dulu, cara aku berhubung dengan kawan-kawan masa cuti sekolah, melalui surat. Tiap-tiap hari bila tengok posmen datang, aku la manusia paling excited. 

Sampai sekarang aku simpan surat-surat dan kad raye dorang. Kalau balik kampung, sekali sekala memang aku selongkar kotak kecik tempat aku simpan semua harta karun aku. Bila baca balik semua surat-surat tu, memang buat aku tersengeh sorang-sorang. Especially surat gaduh. Memang kelakar habis.

Aku sejak dari sekolah menengah sampai la sekarang, aku yang paling sekejap tinggal dengan mak dan abah kat kampung. Paling lama pun time cuti sekolah. Tak sampai dua bulan pun. Cuti semester pun sekejap je sebab aku buat part time kat kedai makan.

Sampai sekarang pun aku tinggal menyewa sendiri kat shah alam ni. Teringin nak jaga mak dengan abah. Balas jasa dorang, tapi kat kampung tak ada kerja gaji yang macam sekarang. Entah..cuma aku berharap satu hari aku dapat balik  kampung, tinggal dengan mak dan abah, gembirakan dorang, bawak dorang jalan-jalan. Sebab aku tau mak dengan abah tak pernah rasa semua tu. Kami bukan orang senang. Kalau boleh aku nak bagi mak dan abah rasa, keseronokan yang aku rasa. Tapi aku takut tak sempat.

Masa untuk aku makin singkat. Cuma aku nak mak dengan abah tau, walau siapa pun dorang, walau macam mana sekali keadaan dorang, aku sayang dorang sangat-sangat. Semua dosa yang aku pernah buat, aku harap sangat mak dengan abah dapat maafkan aku.

Kadang-kadang aku nak kongsi semua perkara dengan mak dengan abah. Macam orang lain. Tapi bukan semua yang aku boleh kongsi dengan dorang. 

Kawan-kawan aku boleh kongsi kisah cinta dorang dengan parents. Aku memang tak lah. Abah punya la garang. Temasuk aku, kami lima beradik perempuan dan sorang lelaki. Memang abah kontrol habis. Kalau dia tahu kite orang ade kawan dengan lelaki, siap kauuuu..Tapi yang paling hardcore, kakak aku dua ketoi tu. Berdating siap bawak aku lagi. 

Mak sporting, cuma mak selalu bagi nasihat. Tapi aku tak pernah share dengan mak, dengan sape aku bercinta. Pernah aku bawak kawan-kawan khidmat negara aku datang beraya, jenuh kena soal siasat dengan mak. Lepas kes tu memang aku tak berani ajak kawan lelaki datang rumah. Kawan-kawan aku pun pelik. Tak pe la. Aku tak sanggup nak tanggung risiko. Hahahhahha

Kadang-kadang bila duduk dalam bilik sorang-sorang teringat semua kenangan masa remaja. Masa mula-mula sambung belajar. Masa mula-mula jatuh cinta, putus cinta, jumpa ramai orang, berdepan dengan perkara yang selama ni aku cuma tengok kat tv je. Macam-macam. Semua perkara tu mengajar aku untuk menjadi matang. Apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat.

Semua perkara tu mengajar aku untuk menjadi orang yang sabar walaupun aku bukanlah penyabar sepenuhnya. Semua orang akan ada masa di mana kita rasa betul-betul down atau pun sedih. Atau pun terasa rindu yang sangat-sangat. 

Indah perasaan tu semua. Memang betul, masa lalui saat susah tu, rasa terseksa sangat, tapi part yang paling best bila kita dah keluar dari rasa susah. Rasa leganya tuhan yang tahu.

Apa yang aku rasa, aku rasa macam nak share dengan mak dan abah. Nak share dengan family aku. Tapi aku orang yang berbeza bila depan dorang. Aku lebih banyak kongsi dengan kawan-kawan aku. 

Aku rindu arwah opah, arwah chik, arwah tok. Kalau masa boleh diundur, aku tak nak ulang semua kesilapan yang dah berlaku. Aku nak semua dalam keadaan baik, bahagia, harmoni. Aku tak tau sama ada aku mampu kembalikan semua tu atau tak sebab masa makin singkat.

Sejujurnya, saat ni, aku terlalu rindu pada Rashdan. Walaupun aku dah redha dan ikhlas menerima apa yang dah jadi, tapi aku tak boleh tipu, aku selalu ingat dia. Walau mana dia ada, aku cuma doakan yang terbaik untuk dia. Aku tak berharap untuk jumpa dia semula, sebab mungkin semua tu mustahil. Cuma aku harap Allah gantikan dia dengan yang lebih baik untuk aku.

Perasaan cinta itu indah. Tapi kalau cinta sesama manusia tu kita sandarkan pada cinta Allah pasti lebih indah perasaan tu.

Dengan kawan-kawan aku yang tak mungkin aku dapat jumpa semula, tak tahu macam mana aku nak minta maaf kat dorang. Entah dorang kat mana sekarang. Amy, Jiji, Ashraf, Oya, Wawa, Fiza,...Aku harap dorang semua maafkan semua dosa-dosa aku.

Perjalanan aku makin singkat. Arah tuju dah tau tapi cara untuk sampai belum tahu lagi. Dah nampak atau aku yang buat-buat tak nampak. Dah nampak atau aku yang malas untuk berusaha. Semuanya atas aku.

Andai sampai masanya, aku harap sangat aku akan pergi dengan kalimah indah La Ila Haillallah. Andai sampai masanya, siapa yang akan bagi tau semua yang aku rasa? Siapa yang akan bagi tau apa yang aku nak bagi tau? Siapa yang akan bagi tau?

Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)