nuffnang

Sunday, January 18, 2015

Cerpen ~ Pengantin Gila-Gila (Part 7)

Dah lama aku jadi surirumah tangga. Tak pernah-pernah rasa bosan, tiba-tiba hari ni datang rasa bosan. Memang la Qalif bagi duit tiap-tiap bulan. Tapi teringin nak buat kerja macam dulu-dulu. Badan pun boleh tahan gedempol. Qalif belum bersungut apa-apa lagi. Dalam hati tak tau la macam mana. Orang lelaki mana boleh tengok bini dia gemuk sikit. Astaghfirullah al azim. Tak baik aku buruk sangka pada suami sendiri. Rasa macam nak cari kerja. Tapi Qalif izinkan ke tak? Tak apalah, dia balik nanti aku tanya. Kalau dia bagi, Alhamdulillah. kalau dia tak bagi, terpaksa aku akur. Kalau tak dengar kata dah jadi isteri derhaka nanti. Nauzubillah.

"Sayang....." Part nak memujuk memang aku pandai mengayat. Bersayang bagai. Cuba kalau tak ada apa-apa, memang tak ada maknanya aku nak romantik. Qalif yang tengah baca buku tak pandang pun aku. Entah dengar ke tak aku panggil dia. Aku dah pegang tangan dia, takkan tak terasa kot. Kalau tak terasa, nampak sangat laki aku ni tak normal.

"Min nak mintak kebenaran Qal." Tak ada respon jugak. Rasa menyirap darah kat kepala. Macam cakap dengan kepala katil.

"Qal dengar ke tak Min cakap ni?" Akhirnya aku tanya la jugak suami aku ni, dia dengar ke tidak. Tapi dengan nada suara yang paling sopan. Kalau umi tau aku kurang ajar dengan Qalif, memang menempah maut namanya. Setahun belum tentu habis umi berleter pada aku.

Baru lah Qalif tutup buku dia dan pandang aku sambil tersenyum. Itulah suami aku. Murah dengan senyuman. Macam mana la orang perempuan tak meroyan. Murah sangat dengan senyuman.

"Ye sayang, Qal dengar. Apa dia? Min nak apa?" Qalif tarik tangan aku lepas tu cium banyak kali. Lantak Qal la. Tadi Min makan sambal belacan kaw punya. Bau pun tak  hilang lagi. Hidung dia tersumbat agaknya.

"Min nak mintak izin Qal untuk cari kerja." Straight to the point. Dengan suami aku tak payah nak berkias-kias. Buat buang air liur je.

"Kat rumah ni dah tak banyak kerja ke sampai nak cari kerja lain?" Selamba je muka laki aku ni kalau bertanya. Sampai aku sendiri tak pasti ini soalan yang serius, jenaka atau menyindir.

"Qal ni, Min serius la. Bukan dalam rumah ni tak ada kerja. Min bosan tinggal rumah sorang-sorang. Qal kadang-kadang outstation. Min ni tercanguk je kat rumah macam tunggul." Berterus terang lebih senang. Qalif cuma angkat kening. Kalau tengok dari tingkah laku Qalif, dia macam tak nak bagi aku kerja. Macam mana ni??

"Okey la tu macam tunggul. Kalau macam lain macam mana?" Wah wah wah, pandai dah laki aku ni lawyer buruk. Mana belajar entah?

"Boleh tak?" Dah macam orang tak paham bahasa aku rasa, soal banyak-banyak kali. Kalau orang lain mau dah kena pelempang siam. 

"Kenapa nak buat kerja yang susah? Qal lebih suka Min tinggal rumah. Qal masih mampu untuk cari rezeki untuk keluarga kita. Qal tak nak Min susahkan diri. Qal tak nak Min penat. Kalau suatu hari nanti Min dah mengandung, macam mana? Bukan Qal tak nak bagi tapi berat hati Qal nak lepaskan Min pergi kerja sedangkan Qal masih lagi mampu. Min faham kan."

Ambik kau. Sikit aku tanya panjang lebar aku dapat jawapan. memang kelu lidah aku untuk menidakkan apa yang Qalif cakap. Telan air liur je la yang aku boleh buat masa ni. Nampaknya aku dah kalah. Sedih pulak tiba-tiba. Rasa macam nak meraung kuat-kuat. Qalif tak faham macam mana tahap kebosanan yang dah merasuk dalam kepala otak aku. Kalau dia ada dengan aku 24 jam, tak apalah tak bagi aku kerja pun.

Qalif gosok belakang aku. Pujuk la tu. Dia tau aku sedih kot sebab aku cuma diam lepas dia cakap macam tu. Aku tau memang betul apa yang Qaliff cakap. Aku ni yang terlalu ikutkan perasaan bosan aku tu. Dah elok duduk rumah sibuk nak pergi kerja. Nanti dah bekerja merungut penat. 

"Min jangan kecil hati dengan apa yang Qal cakap tadi. Tapi Qal harap Min faham. Qal sayang Min. Kalau Min rasa bosan, cuba buat perniagaan online. Cari apa yang Min suka buat dan mulakan dari rumah. lama-lama hilang bosan tu." Qalif bagi idea. Betul jugak apa yang dia cakap. Buat dari rumah, tak ada sapa yang nak marah aku. Paling teruk pun aku bergaduh dengan pelanggan.

Aku angguk je la tanda bersetuju dengan cadangan Qalif. Bila dia dah senyum maknanya tanda seronok la tu. Aku nak jadi isteri solehah, suka atau tak kena akur dengan perintah suami. Kalau tak ikhlas kena ikhlaskan jugak. Umi, ampunkan anakmu ini kerana tidak mendengar kata.

"Min minat apa?" Terus Qalif tanya aku minat apa. Nampak macam dia yang terlebih excited. Menyampah pulak aku. Ada ke patut dia cadang aku jual sparepart kereta. Ni siapa yang nak buat busines? Dia atau aku? Bila aku marah dia bantai gelak macam nak pecah perut.

Demi isteri kesayangan, Qalif sanggup ambil pen dan kertas. List kan apa perniagaan yang aku boleh buat. Nampak tak tahap kemalasan aku di situ. Semua suruh laki yang buat. Eh, aku tak suruh pun, dia yang pegi ambil sendiri. Hehehehehehe..Macam mana tak gedempol, malas nak bergerak. Nasib baik dapat laki penyayang, yang terima seadanya bini dia ni.

Kalau ikutkan minat, memang banyak. Hampir 50 senarai yang Qalif dah tulis atas kertas. Macam-macam soalan dia tanya aku, dah macam pegawai polis pulak laki aku ni. Dia cuma nak pastikan aku buat benda yang aku betul-betul minat. Nanti tak adalah bisnes tu cuma buat separuh jalan.

Terharu pulak aku rasa tengok sikap Qalif. Dia tak nak menyusahkan aku dan dalam masa yang sama tak nak aku bersedih. Walaupun siang dia penat buat kerja, malam kena layan kerenah bini dia yang sentiasa tak faham bahasa ni. Tak mampu aku nak jadi macam umi. Umi lemah lembut orangnya walaupun dia suka membebel pada aku. Tak pernah aku dengar umi buat lawak lawyer buruk dengan baba. Entah perangai sape yang aku ikut. Buat malu umi dengan baba je. Berbuih dah mulut umi menasihatkan tapi aku ni agaknya memang jenis tak makan saman. Nasib baik ade orang nak buat aku jadi bini, kalau tak jadi andartu la jawabnya.

Listing dah siap. Lepas ni nak buat pemilihan, mana satu yang aku akan buat. Sebenarnya aku tak pernah berniaga. Laki aku yang bagi cadangan, aku ikut je. Kalau tak menjadi bukan salah aku. Hehehehehehe. Tapi tengok dari listing yang die buat semuanya macam tak kena dengan aku. Padahal aku sendiri yang kata aku minat. Memang cari pasal betul ni. Kang hangat-hangat taik ayam. Qalif dah offer nak bagi modal. Ish rase bersalah pulak. Dah la aku mintak yang bukan-bukan, lepas tu dia jugak yang keluar modal. Padahal aku ada je duit simpanan sendiri.

Lepas satu-satu dia tanya aku yang mana satu aku betul nak buat bisnes. Semua aku geleng. Sampai list yang terakhir pun aku menggeleng. Qalif mengeluh dah. Die nai angin dengan aku ke? Tak pernah sebelum ni dia mengeluh melayan perangai aku. Agaknya kali ni dia  hilang sabar dengan aku yang tak reti bersyukur ni. Cuak jugak aku tengok muka serius Qalif. Selalu dia buat lawak bodoh je kan, hari ni dia hidangkan kat aku muka bengis dia.

"Qal, Min minta maaf. Sebab menyusahkan Qal. Tapi memang Min tak minat dengan semua ni. Min takut Min tak boleh buat. Tak apalah. Min duduk rumah je Min ikut cakap Qal. Maaf Qal." Menggeletar kepala lutut. Ambik kau. Tu la mengada-ngada sangat. Orang dah bagi senang lenang duduk rumah, gatal nak berkerja.

Qalif senyum tawar je aku tengok. Tak de respon. Aku rase memang kali ni kesabaran die hilang. Tak pernah dia merajuk bagai sebelum ni dengan aku. Pelik juga. Ke dia ada masalah kat tempat kerja. Ish, aku ni pun, mementingkan diri sangat. Sampai tak ambil tahu laki ade masalah ke tidak. Asyik fikirkan diri sendiri je. 

"Qal marah Min? Min minta ampun, minta maaf pada Qal. Min janji, Min takkan susahkan Qal lagi lepas ni. Min ikut cakap Qal. Min tak akan ungkin Min bosan tingga kat rumah sorang-sorang." Sebak tetiba bila suami tak endahkan diri kita. Berjurai-jurai air mata aku. Memang aku betul-betul insaf bila tengok Qalif berdiam diri. Jadi pengajaran buat aku peristiwa malam ni.

"Qal, tak marah Min. Qal penat sikit. Qal maafkan Min. Kalau betul Min tak nak semua ni tak apalah. Qal tak paksa. Dah lewat malam, jom tidur." Rendah nada suara Qal. Dia senyum kat aku tapi tak senyum macam selalu. Betul la. Dia balik kerja, penat, aku pulak menyusahkan dia. Kesia Qalif. Malam ni aku tidur dengan linangan air mata bersalah. Qalif pun tak banyak cakap dengan aku macam selalu.

Memang sah dia marah kat aku. Pertama kali sepanjang perkahwinan kami Qalif dingin dengan aku, Ngeri untuk aku membayangkan perasaan aku saat ni.

To be Contonue...


No comments:

anda mungkin meminati: