Skip to main content

Life Must Go On...

Assalamualaikum w.b.t

Dah pukul 1.23 pagi. Biasanya aku tak reti tido lambat-lambat macam ni. Tapi memandangkan blog aku dah kembali seperti sedia kala, semangat tu lain macam sikit. Semangat macam bela *tutttt. Nak sebut aku takut, paham-paham sendiri la ye.

Adik aku awal-awal dah berdengkur. Nyampah agaknya tengok aku berjam-jam depan laptop. Mula-mula cakap sorang-sorang lepas tu gelak sorang-sorang. Ni gara-gara aku main game kat kampung chat tu la. Ade ke die tanye soalan kimia..mula-mula tu memang ternyata kehebatan aku, sebab pak cik google tolong bagi jawapan.

Agaknya die tengok aku hebat sangat die terus tuka soklan. Subjek sains. Tapi memang mampus aku tak tau walaupun soalan-soalan yang die tanye tu memang pernah di ajar kat sekolah. Untuk soalan sains pak cik google dah tak berapa hebat nak membantu aku. Jadi aku tengok je la orang lain yang bagi jawapan. Jeles weh. Pasai apa dorang dapat jawab cepat sangat? Ade buku teks ke kat depan mata? Sebab masa yang die bagi tu cume 30 saat je hokey. Nek meroyan aku mencari jawapan kat google. Tu yang jadi menjerit, bercakap dan gelak sorang-sorang. Frust tak dapat jawab soalan.

Dah agak-agak nak kalah, baik aku keluar sebelum aku duduk betul-betul kat tanjung rambutan. Pastu aku edit pulak aku punya blog supaya sejajar dengan usia. Bagi aku sejajar la kot. Itu je yang aku mampu buat setakat ni. Yang sangat hazabedahnye, bila aku nak letak gamba profile, tak bulih-bulih. Sekali keluar ya amat besarnya muka aku. Segala jerawat dan jeragat tersembul keluar.

Daripada mengaibkan diri sendiri, haruslah aku delete dulu gamba tu. Lain kali je lah aku letak. Tak penting pun kan.

Now mate dah macam nak tersembul keluar. Takut terlajak subuh, naye je. Esok banyak lagi perkara yang nak di settlekan. Jadi aku mintak diri dululah. Emmmm...motip tajuk entri 'Life Must Go On????? Sila abaikan. Assalamualaikum...

Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)