nuffnang

Wednesday, November 5, 2014

Cerpen ~ Pengantin Gila-gila (Part 6)

Gila -Gila Pengantin Part 6

Mulut aku ringan je nak bertanya pada Qaliff pasal Idayu. Lepas habis jamuan tadi kami terus balik rumah. Perut aku dah rasa macam nak pecah sebab terlalu banyak makan. Tapi niat dihati aku pendamkan seketika. Kalau bergaduh dalam kereta payah pulak. Qaliff yang banyak menyoal aku itu ini. Aku?? angguk dan geleng je. Macam biasa la kan. Trademark aku dari kecik. Bak kata mak aku "Angguk geleng, angguk geleng, teleng kepala tu nanti baru tahu."

Lepas membersihkan diri baru aku duduk dekat Qaliff. Nak memulakan soal siasat. Suami aku ni buat muka selamba sebab tak tahu dia akan disoal siasat.

"Qal rapat ke dengan Idayu??" Tak ada mukadimah aku terus terjah je. Memang teruk perangai aku kan. Tak mengapa. Aku tau suami aku jenis redha. Huhuhuhuhu. Qaliff pandang aku. Nak kata terkejut tak, nak kata selamba pun tak. Tak tahu aku nak terangkan macam mana ekspresi muka laki aku ni. Senang kate muka tak ada perasaan.

"Tak adalah rapat sangat. Rapat gitu-gitu je la." Ish tak puas hati betul dengan jawapan laki aku ni.

"Rapat gitu-gitu tu macam mana? Boleh terangkan dengan lebih jelas tak? Min tak faham."

"Kalau bertembung tegur la. Kalau tak bertembung takkan Qal nak pergi cari dia pulak."

"Ye ke? Boleh percaya ke cakap Qal ni?" Aku belum puas hati lagi ni.

"Kenapa tanya pasal Idayu tiba-tiba? Cemburu eyh?" Eh laki aku ni, boleh pulak dia tersengih macam kerang busuk. Apa ke yang seronok sangat aku tanya dia soalan macam ni? Ingat apa? Aku nak izinkan dia pasang lagi satu? Sila langkah mayat aku dulu.

Apa aku nak jawab ni? Kalau ikut rasa ego, jawapannya memang tak. Kalau ikut jawapan jujur, memang lah cemburu. Memang merepek kalau tak cemburu. Perempuan lain datang nak menggatal dengan laki kau.

"Bukan cemburu, tapi Idayu nampak macam nak mengambil kesempatan kat Qal je." Jawapan separuh ego separuh jujur dari aku. Qaliff renung aku dekat-dekat dengan dahi berkerut. Entah apa yang dia nak musykil kan aku pun tak pasti.

"Betul ni tak cemburu?" Dah start la mamat ni nak mendajal aku. Kalau aku mengiyakan mesti dia nak buat sesuatu yang aku tak suka.

"Sikit." Kita tak boleh nampak lemah di depan suami. Kita kena kuat.

"Sikit?? Yakin??" Amboi..mamat ni pun boleh tahan nak menduga aku.

"Habis tu??" Aku tak nak mengalah lagi.

" Kalau macam tu Qal kena amik peluang keemasan ni." Sudah..ape sebenarnye laki aku nak? Nak kena penampo ke hape.

"Memandangkan Min cemburu sikit, Qal nak pergi mengorat si Idayu. Ade tiga lagi kosong." Berderau darah aku Qaliff cakap macam tu. Pulak tu dengan muka yang serius.

"Kalau Min cemburu sikit pun, tak bermakna Min izinkan Qal menggatal dengan perempuan lain. Kalau ye pun cari la yang sopan." Amboi cantik sungguh bahasa aku. Sendiri cari nahas nampaknya. Qalif dah sengih selebar lebar alam. Rasa macam nak kepit pipi dia supaya dia tak senyum macam tu. Senyuman yang menyakitkan hati.

"Owh, maknanya boleh la ni walaupun bukan dengan Idayu?? Okey, calon tudung labuh dah ada. Qal doakan supaya Min dapat payung emas sebesar payung pasar malam tu. Amin.

Huh! Memang betul-betul menyakitkan hati bercakap dengan Qaliff. Malas aku nak layan mamat ni. Tidur lebih baik. Tanya banyak-banyak, lama-lama boleh meninggal kena serangan jantung. Tapi sebelum tidur aku mintak ampun siap-siap. Buatnya memang ajal aku dah sampai, confirm masuk neraka.

Baru aku nak lelap mata, tetiba bahu aku kena pegang. Nak luruh jantung aku di buatnya. Nak buat aksi romantik ke hape laki aku ni? Tak kuasa aku nak romantik-romantik. Mood aku dah ke longkang dengan gurauan kasar die tu. Perempuan sensitip bab kawin dua tiga empat ni.

"Qal bergurau je. Min jangan kecil hati. Qal takkan menduakan Min. Cukup Min seorang aje. Hari-hari Qal berdoa supaya jodoh Qal dengan Min seorang saja, dunia dan akhirat. Tak pernah terlintas di hati Qal untuk menduakan tau mentigakan Min. In Shaa Allah kasih, sayang, cinta Qal untuk Min seorang. Tak ada perempuan lain kecuali mama dan ibu."

Ya Allah, sayunya hati ni bila Qalif cakap begitu. Rasa berdosa sangat-sangat pada Qalif kerana buruk sangka. Cemburu tak bertempat aku ni.

Nasib baik laki aku Qalif. Kalau laki aku orang lain aku rasa mau dah dapat penampo jepun pipi aku ni. Maafkan adinda..huhuhuhu

No comments:

anda mungkin meminati: