Skip to main content

Menjadi Gagah Perkasa Dengan Senaman MetconX.

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat maghrib, sebab aku taip entri ni time maghrib =P Jangan nak buat tuduhan palsu kata aku tak solat maghrib pulok ye.

Pernah dengar senaman MetconX????? Tak kisahlah korang nak sebut macam mana. Memang ejaannya begitu. Balik dari joging tadi, aku singgah kat kedai bawah nak beli air peberet aku. Ternampak tajuk muka depan HARIAN METRO 'Jelitawan Jutawan' Terpampang muka Yuna, Soo Winci, Shila Amzah, Najwa Latif dan Neelofa. Sebab tu aku beli surat khabo ni, kalau tak jangan harap. Lagi pun kat rumah dah tak de paper nak buat lapik. Lapik hape jangan ditanya.

Selak satu satu muka surat, ternampak la tajuk besar 'Kombinasi Pelbagi Senaman' bahagian Ekspresi ye tuan puan. Sape tak buang paper metro die lagi, bolehlah semak semula =P

Apa itu MetCon X????

1. Kurang garam betol, page sebelah die  MetconX. Page sebelah lagi MetCon X. Ejaan yang betol adalah MetCon X okeh.
MetCon X adalah singkatan kepada Metabolic Conditioning Exercise.

2. Secara amnya, latihan metabolik bertujuan memaksimumkan pembakaran kalori ketika dan selepas latihan.

3. Sesetengah kajian mengatakan kadar metabolik akan terua tinggi walaupun 72 jam selepas latihan. Ini akan memberi kesan kepada pembakaranlemak yang tinggi dalam tempoh masa lama.

4. MetCon X beroperasi di enam lokasi iaitu Bandar Utama, Subang Jaya, Putraja, Hartamas, Jelatek dan KLCC dengan hampir 200 ahli aktif dan lebih dari 700 ahli berdaftar.

Kaedah Latihan MetCon X..

1. Latihan berasaskan sukan tempur yan diubahsuai untuk orang biasa.

2. Program latihan yang sentiasa berubah untuk memastikan otot badan sentiasa meneka pergerakan baru (meneka tu bukan aku salah taip ye. Memang wartawan tu yang taip begitu) 

3. Latihan berintensif tinggi dengan pergerakan secara kompaun.

4. Latihan menggunakan 'functional movement'

5. Menggunakan peralatan seperti TRX (adik beradik t-rex ke ape ni?), tactical bag, metcon ball, tali, skipping rope, barpipe dan beg pasir (beg pasir ni digunakan untuk mendenda pelatih masa aku kat kem khidmat negara dulu)

6. Kombinasi dari latihan larian, angkat berat, body weight excercise dan olahraga.

Semua info aku copy paste dari metro okeh. Hehehehehe. Rasa rasa sape nak jadi gagah perkasa boleh la join. Tempat pon dia dah bagi tau cuma contact number je yang tak di baginya. Kalau aku join aktiviti ni, berketol ketol pulak lengan aku. Hilang kesopan santunan.

Gambar tidak dapat disertakan disini kerana 'memory low' kekekeke.. mahap la ye kawan kawan. Hamba nak pergi bersiram sebentar. Selamat memperkasakan diri. Assalamualaikum :-)


Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)