nuffnang

Sunday, October 6, 2013

Setiap Yang Hidup Pasti Kembali Kepada PenciptaNya

Assalamualaikum w.b.t.

Waktu ni jenazah sedang dimandikan. Hujan turun dengan lebatnya. Aku dah tak nampak Qila. Mungkin menjalankan tugas sebagai seorang cucu buat kali terakhir. 

Semakin hampir dengan urusan pengkebumian, mesti Qila makin sedih. Aku harap Qila kuat dan tabah menghadapi ujian ni. Setiap yang hidup pasti akan kembali pada PENCIPTA YANG ESA.

Wan lalu depan aku dengan air mata yang mengalir. Terlalu sedih, insan yang selama ini menjadi peneman setia puluhan tahun, terlebih dulu pergi. Semoga wan kuat. Mudah mudahan wan bertemu semula dengan bidadari ini di jannah.

Aku kenal wan dan arwah tok since aku dengan qila kenal. Walaupun tak selalu jumpa, tapi family qila baik sangat dengan aku. Semoga Allah s.w.t membalas jasa kalian semua.

Kali terakhir aku jumpa tok, awal tahun hari tu. Tok bagi kat mak dan abah aku kain batik dengan kain pelikat walaupun tak pernah kenal mak dan abah.

Tok masakkan kari kepala ikan untuk kami. Suka tengok tok dengan wan. Walaupun umur dah mencecah 80 an, tapi tetap romantik.

Semoga roh tok dicucuri Rahmat dan tenang di sana.. Al Fatihah..

No comments:

anda mungkin meminati: