Skip to main content

Tak Salah Berkongsi kan????????

Assalamualaikum w.b.t

Lepas balik dari Alor Star ziarah nenek Qila meninggal, mood nak taip entri nan-hado. Apatah lagi setting tab aku lari lintang pukang yang menyebabkan aku tak boleh nak skroll dashboad blog aku. Lagi la aku tak ada mood nak menaip. Aku cuma baca blog orang. Apa lagi nak buatkan, nak menaip kat blog sendiri pun tak buleh =(

Sambil promote kain cotton yang aku jual kat facebook, rupenye susah berniaga secara online. Kesabaran haruslah lebih tinggi dari gunung aku rasa. Kalau nak berjaya aku rasa itulah rahsia yang paling besar, berusaha, berdoa dan bersabar. Dalam kepala otak aku ni banyak benda yang sedang difikir. Hopefully aku mampu untuk laksanakan semua nya. =)

Hari ni banyak benda yang aku nak buat tak menjadi. Pukul lima aku dah bangun. Sepatutnya 10.30 pagi aku ada kelas takaful.Tapi bila dah sampai Wangsamaju, boleh pulak aku patah balikkan. Memang suka buat kerja sia-sia aku neh. Haishhhhhhhhh..Membazir tambang KTM jer...Pada hal boleh je decide awal-awal tak nak pegi kelas, sebab masih ada lagi dua tempat yang aku boleh pegi =(

Tetibe perasaan malu muncul dalam diri aku yang menyebabkan aku tak nak pegi kelas takaful tu. Malu sebab apa tak payah habaq la noooo..Tak pa la. Lepas ni aku usaha sungguh sungguh.

Hmmm..alang-alang mood menaip dah kembali, aku nak promote kat korang sejenis produk yang tak merugikan korang pun. Aku pasti kebanyakan korang ni selain daripada blogger, mempunyai pekerjaan tetap. Dan setiap syarikat mesti ada klinik atau hospital panel. Contoh PM Care. Aku bagi contoh panel tu sebab kat tempat keje aku kite orang gune PM Care =P

Tapi untuk pengetahuan korang, cover yang syarikat sediakan untuk kita sebenarnya tak cukup. Mana mana syarikat yang menyediakan perlindungan untuk pekerja dan juga keluarga pekerja, lagilah tak cukup jumlah perlindungan tersebut untuk kita. 

Perkara ni berlaku sendiri pada officemate aku. Dia disahkan oleh doktor ada ketumbuhan dalam otak kiri dan kanan. Yang merisaukan, selepas doktor dapat kesan penyakit tersebut, ketumbuhan tu membesar dengan cepat. Dan dia perlu melakukan pembedahan dengan segera. Dia nak guna la perlindungan yang syarikat sediakan untuk menampung kos pembedahan, tetapi malangnya jumlah perlindungan yang tinggal tak mencukupi untuk cover kos pembedahan dia. Sebab dia dah guna perlindungan tersebut untuk anak.

So, selepas tu ape yang terjadi???? Tak perlu aku cerita di sini. Cuma sebagai kawan-kawan, aku rasa aku perlu sama-sama mengingatkan korang betapa penting perlindungan tambahan. Manusia zaman sekarang ni memang terdedah dengan penyakit. So, aku pun terpanggil untuk menyediakan satu perlindungan tambahan untuk diri aku. Andai kata dah takdir aku mengidap penyakit kronik, sekurang kurangnya family aku tak terbeban untuk menampung segala perbelanjaan.

Aku paham, untuk medicle card memang sumbangan bulanan agak tinggi. Tapi korang masih ada pilihan yang lain. Great Eastern Takaful ada menyediakan perlindungan untuk kematian, 36 penyakit kritikal dan hilang upaya kekal dengan premium bulanan dari RM35 hingga RM300. So korang boleh pilih yang  mana satu korang mampu. Sekiranya korang sihat sampai umur 99 tahun, korang akan dapat balik duit korang tapi bukan semua la, sebab dorang akan tolak upah-upah segala urusan.

Korang boleh tengok quotation. Dia dah culculate siap-siap untuk korang. Kalau korang nak cancel polisi pun boleh tapi nak cancel polisi pun biarlah jadi orang yang cerdik. Nak tau kenapa aku cakap macam tu????? Nanti aku bagi tau.

Kalau sebulan RM35 takkan korang tak mampu kot. Beli rokok sampai ratus ringgit sebulan boleh =P Perokok tegar sile jangan marah aku. Ingatan sebagai kawan-kawan. Ustaz kuliah subuh pagi tadi kata, kite kena SELALU ingat mengingati. Kalau kita ada satu kebaikan yang kita tau, kita share =)

Kalau korang nak tau produk dari Great Eastern Takaful yang aku sebutkan di atas, sile bertindak dengan segera. SMS, atau Whatsapp nombor ni (0165163479). Insyaallah korang akan di bantu. Atau email pon boleh norliamohdyusoff@gmail.com

Ada banyak lagi produk lain yang menguntungkan korang. Perlindungan, pendidikan dan haji. Tengok diri masing-masing dan tanya apa yang korang perlukan. Jangan sombong dengan mengatakan korang tak perlukan apa-apa. Diri aku sendiri mangsa kemalangan langgar lari. Sebulan tak kerja. Masa tu baru pasang niat nak ambil takaful tapi tak sempat.

Tiada paksaan hokeh. Kalau korang nak survey je pon tak pe. Insyaallah korang akan di bantu. Takaful ni konsep tolong menolong. Jadi buat kerja kena ikhlas dan kerana Allah.
Tak rugi ape pun kalau sekadar nak tau =) Sekian perkongsian hari ni. Assalamualaikum...







Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)