Skip to main content

Sesi mensteamboatkan diri di Steamboat Antarabangsa Harbour Place..

Assalamualaikum....

Pernah ke pergi mensteamboatkan diri sendiri? Memang arwah la kalau buat tindakan bijak macam tu. Tajuk entri aku memang suke hati. Hahaha..


Malam semalam lepas balik keje, aku dan mantan mantan pelatih khidmat negara air tawar kampung baru pergi ke Harbour Place Klang untuk merasa steamboat kat sana. Mule mule sebut name tempat tu, konfiden je aku sebut Pearl Hobour. Hahahahaha..Itu pelabuhan dalam buku sejarah tingakatan berapa aku tak ingat...Memang sebut ikut sedap mulut je aku kan.


Kawan aku si gee ni memang penggemar steamboat. Bape bulan lepas kite orang ade pegi makan steamboat kat Tupai Tupai Seksyen 13 Shah alam. Tapi kurang memuaskan. Aku memang kurang berminat kalau steamboat yang rebus rebus ni. Aku suka yang ada grill. Last year masa besday aku, qila belanja aku kat 
Setia City Mall. Pilihan makanan dia memang terbaik dari ladang. 


Harga pon terbaik dari ladang jugak. Hahahaha. Ringgit Malaysia hampir lima puluh jugak la. Aku bundarkan jadik la lima puluh. Insyaallah isnin minggu depan aku pegi lagi dengan warga pekerja company si fulan...ngeeee.

Aku tak ingat la nama restoren semalam, tapi ade perkataan antarabangsa. Sos die memang terbaik dari ladang..Rasa macam makan sambal belacan

Kawan aku si sunio, geleng kepala tengok aku makan, ade aku kesahhhhhhn???

Harga dia berpatutan. Untuk dewasa RM27 seorang, untuk kanak2 aku tak ingat sebab semalan tak ada kanak2 yang kite orang bawak. Masing2 bawak anak tekak je. Hehehehehe..

Tapi kenyang jugak la aku makan, kalau grill tak ada memang tak makan la aku jawabnya.

Kalau di suruh bagi markah, dari lima aku bagi tiga markah je.Tapi kalau nak mencuba tak salah sebab setiap org ade citara sendiri ye dakkk..

Siapa yang nk mencuba, dipersilakan. Restoren dalam harbour place, kat level kedua.




Mereka mereka yang kelaparan..hahaahha


Gambar aku nan hado sebab aku yang amik gamba dorang ni. Apa lagi, selamat mencuba :-)

Comments

cik tin said…
kat mane ni..bg la alamat..leh bawa kak lia next time...

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)