nuffnang

Thursday, September 5, 2013

Cerpen ~ Pengantin Gila2 (Part 5)

          Seperti yang telah diumumkan, hari ini aku ikut Qaliff ke jamuan makan malam tempat kerjanya dengan memakai baju yang berharga ribu riban tersebut. Harga je mahal tapi tak selesa pun. Nasib baik suami aku yang bayarkan. Kalau guna duit aku jangan harap aku akan pakai baju ni malam ni. Memang aku  hantar balik kat kedai. Harga mahal tapi kualiti tarak. Tu la masalahnya kalau pilih yang cantik je tapi tak ada jenama. Nak yang berjenama je aku ni kan. Tak baik betul. Bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah.

          Ramai manusia-manusia yang aku tak kenal dok hulur tangan pada aku nak bersalam. Suami aku dorang kenal la. Naik lenguh mulut aku ni asyik tersenyum. Pasal apa ramai sangat yang nak jumpa dengan suami aku pun tak tau la. Kan ramai lagi boss besar kat sana. Kacau daun betul dorang ni. Aku nak feeling romantik dengan laki sendiri pun tak ada peluang.

          "Hai Qaliff...." Wah, siapakah tuan empunya suara manja yang memanggil nama aku tu. Aku terlebih dulu menoleh sebelum Qaliff. Hati ni dah membara bila ada perempuan lain yang berani bermanja-manja dengan suami aku. Memang nak kena ni. Aku peluk lengan suami aku lagi kuat. Dah macam nak kena culik pula. Tapi suami aku rilek je. Bangga la tu ada perempuan nak rebutkan dia. Eh, kalau awak tu bujang, saya tak kisah pun, tapi awak dah jadi suami saya. Mana boleh senang-senang nak bagi kat orang lain. Penat saya tahan perasaan saya dulu tau.

          "Eh, Idayu. Lewat sampai?" Amboi, Qaliff ni pon boleh tahan ramahnya. Ni yang buat aku hangin satu badan. Hangin-hangin pun aku paksa juga mulut ni tersenyum. Tak baik jatuhkan air muka suami sendiri. Perempuan yang bernama Idayu tu tersenyum manis sambil pandang aku atas bawah atas bawah. Apa buruk sangat ke aku malam ni???

          "Oh, sayang kenalkan ni Idayu, officemate Qal. Idayu, ini my lovely wife yang selalu saya ceritakan pada awak." Qaliff memperkenalkan aku pada perempuan kat depan aku ni. Wah, selalu menceritakan pasal aku pada perempuan ni? Apa kes suami aku nak cerita pasal aku pada perempuan ni??? Walaupun dalam keadaan tertanya-tanya, aku hulurkan tangan juga untuk bersalam. Kita kan umat islam. Aku peduli hape kalau kau pandang aku atas bawah. Bukan aku beli baju ni guna duit kau pun.
          
          "Yasmin." Wah, ramahnya aku. Hipokrit semua tu. Dah la pandang aku kerek, ingat aku ada hati nak beramah sangat dengan kau??

          "Ayu." Dia hulur juga tangan pada aku sambil tersenyum. Tak tau la ikhlas ke tak. Hish, tak baik betul aku ni buruk sangka. 

          "Sayang nak makan apa?" Qaliff menyoal aku. Ingatkan dia tak nak makan. Dari tadi asyik bersalam dengan orang sampai lupa nak makan. Perut aku yang sememangnya sengaja dikosongkan dari siang tadi dah berkeroncong dengan rancaknya. 

          "Qal ambil la apa-apa pun. Min tak kisah." Aku mengukir senyuman untuk suami tercinta. Bahagianya diri bila dilayan macam seorang puteri. Sesungguhnya aku memang tak suka nak bergerak kesana kemari dengan baju mahal yang tak berapa nak selesa ni. Terima kasih la wahai suami terchenta.

          "Idayu?" Aik, pehal Qaliff tanya perempuan sebelah aku ni pula?? Gentlemannya suami aku ni. Hati ni rasanya dah macam kena tikam dengan pisau.

          "Qal nak ambilkan untuk Ayu sekali ke?" Hah, menggediknya perempuan ni dengan laki aku. Berani betul dia buat perangai depan aku. Memang perempuan tak sedar diri betul. Qaliff pun satu, mengangguk je. Yang baik hati sangat tu kenapa? Bukan nak menjaga hati aku.

          "Ayu tak kisah. Apa yang Qal ambil, itu yang Ayu makan." Ya ampun, berbulunya telinga aku dengar dia bercakap. Dengan lentok liuk badan dia, dengan suara yang sengaja dimanjakan. Nasib baik aku pakai gaun, kalau tak dah lama aku tendang pinggang kau tu sampai patah. Nak terlentok liuk sangat kan.

          Qaliff dah bergerak ke meja makanan. Tinggal aku berdua je dengan perempuan tu. Aku buat-buat la muka manis walaupun dalam hati ni dah menyampah tahap cipan. Yang perempuan ni tak habis-habis pandang-pandang aku. Juling ke apa?

          "So sekarang you buat apa?" Dia dah buka mulut mula bertanya aku. 

          "Surirumah sepenuh masa menjaga makan minum dan kebajikan suami." Ni namanya jawapan yang penuh dengan kegeraman. Bukan aku yang tak nak kerja. Qaliff yang tak bagi kerja. Tak  baik melawan cakap suami. Umi kata kena dengar cakap suami.

          "OOoooo..patut la you ni nampak berisi. Rupanya tak banyak bergerak. Hehehehe." Umiiii...kenapa perempuan ni cakap macam ni pada Min??? Mood aku memang dah ke longkang. Mulut dia ni tak ada insurans sungguh. Rasa macam nak je aku sumbat mulut dia dengan kasut tumit tinggi aku ni. Tapi aku berlagak selamba. Takkan aku nk bergusti kat sini pula. Menjatuhkan reputasi suami aku nanti. Tak apa, aku nak buat serangan balas.

          "Bukan tak banyak kerja, tapi Qaliff tu yang selalu manjakan saya. Tu yang berisi badan ni. Bahagia sangat. Di layan macam tuan puteri. Tu la, dia ada cakap, kalau kurus sangat...ha, macam badan awak ni la, tak elok katanya. Saya pun okey je la macam ni. Lagi pun dia cakap bukan montel sangat." Aku tersengih menayang gigi aku yang putih pada Idayu. Ambik kau, gatal mulut sangat. Kau ingat aku tersenyum setiap saat aku tak pandai menjawab.

         Aku tengok muka Idayu dah kelat. Sentap la tu. Ada aku kesah, Yang kau tu nak menggatal dengan suami aku siapa suruh lepas tu boleh pula kau nak pertikai kan berat badan aku ni.

          "Ooooo, macam tu ye. Hari tu rasanya Qaliff ada cerita pada I, dia risau tengok berat badan you yang bertambah." Nampaknya perempuan ni memang sengaja nak berperang dengan aku. Nanti tetiba ada nampak perempuan berguling-guling atas tanah, janganlah tanya kenapa. Nasib baik aku bukan jenis suka berguling-guling atas tanah. Tak tau la pulak kalau perempuan ni yang meroyan terlebih dahulu dari aku. Sekarang ni suami siapa yang nak kena caras??

          "Iye????? Qaliff pun ada cakap dengan saya dia nak saya kurus sikit. Nanti baju tak muat. Dah kena beli baju baru. Kan. Tapi dia kata macam ni okey lagi." Kau ingat aku nak percaya dengan apa yang kau cakap? Aku lebih percaya pada Qaliff daripada kau la. Nampaknya Idayu ni ada perasaan pada Qaliff. Aku tahu ini adalah salah satu ujian dalam alam perkahwinan. Aku nampak Qaliff datang sambil menatang dua pinggan. Pasti satu untuk aku dan untuk perempuan tak sedar diri ni.

          "Sayang." Qaliff hulurkan pinggan pada aku. Nasib baik masa dia panggil sayang, dia pandang aku dan bukan pada perempuan tu. Hahahahahhaha. Aku nampak Idayu dah mengetap bibir. Kenapa la dalam ramai lelaki suami aku juga yang kau nak. Dia dah ada aku. Kau bukannya tak cantik. Cuma kena kurang tahap kegedikan kau tu je.

           Setakat itu je komentar dalam hati aku. Kalau aku cakap depan-depan memang tudung aku kena tarik dengan Idayu. Qaliff nak patah balik pergi meja, mungkin nak ambil makanan untuk dia pula. Aku tarik tangan Qaliff. Kongsi dengan aku sudah. Kesian pula kat dia. Aku senang lenang makan, tapi abaikan suami sendiri.

          "Kongsi dengan Min, lagi pun banyak ni. Min nak diet sikit." Sengaja aku kuatkan perkataan 'DIET' supaya sampai ke telinga Idayu. Qaliff mengerutkan kening sambil tersenyum.

          "Diet?? Kan Qal dah kata, dah okey macam ni, Qal tak kisah pun isteri Qal ni montel.Boleh cubit pipi montel hari-hari." Bahagianya hati aku dengar Qaliff cakap macam tu. Jangan ingat aku nak percaya apa yang Idayu cakap pada aku tadi. Dia dah dengar sendiri dari mulut Qaliff. Jadi jangan pandai-pandai nak mereka cerita. Aku cuma tersenyum. Tak nak la menyakitkan hati Idayu lebih-lebih. Aku harap dia pun berhenti menyakitkan hati aku.

          "Awak datang sorang ke Ayu? Yang lain-lain mana?" Qaliff soal Idayu yang nampak terkulat-kulat. Segan dengan aku ke? Tu la, tak baik suka mereka cerita. Nasib baik aku bukan jenis yang suka memanjangkan cerita, kalau aku pun spesis macam Idayu, huru hara la jamuan makan malam ni dengan pergaduhan kita orang.

          "Tu la, tengah tunggu dia orang la ni. Tapi I nampak You tu yang datang melepak sini dulu. Cantik baju wife you. Siapa yang pilih?" Soal Idayu ramah, Amboi, tadi masa Qaliff tak ada, tak ada pulak kau nak tanya pasal baju aku kan. Sengaja nak menyindir aku. Nampaknya dia ni memang spesis manusia yang suka mencari masalah.

          "Really? Mesti la suami kesayangan dia yang pilih." Hahahahahaha..Aku suka ayat Qaliff. Terima kasih sayang sebab  membantu Min menyakitkan hati kawan awak ni. 

          Aku nampak wajah Idayu sedikit berubah. Awak tak kenal dengan suami saya Idayu. Tak baik awak reka cerita pasal dia. Sob sob...

          "Oooo..Nice." Itu sahaja yang keluar dari bibir Idayu. Tak menyangka kot baju yang aku pakai ni Qaliff yang pilih. Aku gelak kuat-kuat dalam hati. Fadan muka awak. Hahahahahahahhahaha..

          "Baju awak pun cantik juga." Aku sengaja memuji walaupun tak ikhlas. Hahahahahahahaha..Qaliff mengangguk-angguk mengiayakan kata-kata aku. Cantik ke baju dia yang tak cukup kain tu? Buat dosa je aku ni. Ish.....menyesal aku puji. Daripada aku layan dia,baik aku makan satay yang dah ada depan mata. Qaliff pun dah tak pedulikan Idayu. Makanan dah diambilkan, takkan nak kena berteman pula, kalau Qaliff temankan kau sape pulak yang nak teman aku?

       "Qal, I pergi jumpa Joe dulu. Dorang semua dah sampai." Bagusnya perempuan ni dah nak pergi. Aman hati aku.
          "Owh ye ke? Okeylah kalau macam tu." Qaliff pun tak menghalang. Yehaa!!!


to be contonue...




No comments:

anda mungkin meminati: