Skip to main content

Pengidap darah tinggi pada usia 15 tahun...

Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar? Tajuk entri pasal penyakit terus tanya khabar. Entri sebelum sebelum ni tak pernah rasanya bertanya khabar. Apa-apalah, asalkan semua sihat walafiat.

Perkara ni memang betul-betul terjadi pada anak sedara aku yang berumur 15 tahun. Cantik orang nye. Tapi tu la, ada darah tinggi, tak tau la apa yang dia makan.

Sekarang ni penyakit kalau nak datang, dia tak kira umur. Tau-tau dah stage ke tiga, stage ke empat. Mau tak semput nafas dibuatnya. Kalau mak pak ade kilang beras ke, kilang gandum ke, pejam mata je dorang keluar duit untuk ubat penyakit anak. Tak okey kat Malaysia, dorang bawa pegi luar negara. Itu cerita orang berduit, berharta, berada dan segala "ber" lah. Tapi macam mana dengan insan-insan yang kurang berkemampuan??

Bergolok gadai mak pak cari duit untuk ubat penyakit si anak. Sebenarnya zaman sekarang dah banyak syarikat perlindungan yang berasaskan syariah di Malaysia yang di panggil sebagai TAKAFUL Cuma orang melayu kita yang kurang kesedaran. 

Zaman sekarang, takaful dah menjadi keperluan kepada semua orang. Ada orang cakap "eh, mahal sangat la, x mampu, lebih baik simpan kat ASB" Atau pun ada yang kata "kalau aku mati bukan aku dapat pun duit tu." Ini alasan yang biasa di dengar. Sebenarnya kita kena berfikiran jauh. Dulu aku pun bagi alasan yang sama, tapi bila dah terkena batang hidung sendiri, baru sedar betapa pentingnya perlindungan diri. Ni bukan cita pasal taekwando atau karate do noh. Ampa jangan nak buat leceh, aku tengah cita pasal takaful neh.

Contoh, bila kita dah disahkan mengidap penyakit kritikal, agak agak masa tu kita masih mampu bekerja tak? Awal awal memang masih boleh berkerja, dan pastinya kita akan dibekalkan dengan bermacam jenis ubat yang perlu dimakan setiap hari untuk melambatkan penyakit merebak, betul x? Tapi bila penyakit semakin kritikal, kita dah x mampu untuk bekerja, duit simpanan ASB dah habis digunakan untuk rawatan dan ubat, habis, siapa yang nak tolong bagi duit makan, minum, bil api, bil air, bil astro, cukai pintu dan segala macam bil? Sebab tu bila kita ada takaful, sekurang kurangnya duit simpanan masih selamat. Sebab rawatan untuk sakit dan bil hospital, takaful yang tanggung.

Simpan ASB memang bagus, tapi kalau kita disahkan mengidap penyakit kritikal, boleh tak rasenye kite mintak keluarkan semua duit tu untuk membiayai kos perubatan?? Gunung  yang ditarah pun lama-lama akan habis. Betul ke tidak pepatah aku ni. Ah bantai je lah.

Kalau korang nak tahu, takaful ni ade macam macam jenis. Tapi lebih baik ambil yang ada simpanan dan pelaburan, itu lebih menguntungkan peserta. Ambil lebih awal, lebih murah caruman bulanan. Dan nilai caruman bulanan tidak berubah sehingga umur tamat tempoh polisi. Jadi, sesiapa yang ada anak kecil, lepas je dapat my kid ataupun surat beranak, fikir fikirkanlah untuk buat perlindungan takaful untuk mereka. Kita tak tahu bila ajal kita akan sampai. Andai sudah tiba masanya kita menghadap Illahi, sekurang kurangnya, kita ada meninggalkan kemudahan pendidikan dan perlindungan untuk anak-anak.

Panjang nau entri takaful ni. Memang tak habis kalau nk cerita. Insyaallah nanti aku share lagi pasal takaful.


Aku dah ada, korang bile lagi???

Kalau nak tahu lebih detail, jangan segan silu untuk menghantar email ke norliamohdyusoff@gmail.com atau wassup ke 0165163479. Jangan risau, kerana tiada paksaan untuk memiliki polisi ini. Sebagai sesama insan, ini hanyalah perkongsian bersama =)

Cukup rasenye setakat hati ni. Esok lusa aku hupdate lagi pasal takaful dan kepentingannya. Orang yang pernah eksiden, macam aku, tau la macam mana hazabedahnya bila tak bekerja pastu nak bayar bil . Tambah pulak yang kena langgar lari, transport rosak memang kena tanggung sendiri la. Walaupun dapat gaji penuh bulan tu, semua habis untuk repair transport.

Renung renungkan, selamat beramal. Assalamualaikum..




Comments

Tengkubutang said…
done follow sini no.135
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang@gmail.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da