Skip to main content

Lelaki berkahwin dua, nafsu atau tanggung jawab?? Isteri pula harus redha dengan ketetuan Illahi atau meminta cerai?

Assalamualaikum w.b.t.

Tajuk entri memang tak menahan kan, mengalahkan tajuk perbincangan hal ehwal islam. La ni aku suka nak share apa yg terlintas dlm kepala ni. Pertama sekali aku mintak maap la sebab terpaksa menggunakan banyak short form, sebab aku menaip menggunakan tab,jadi aku amat la tak hebatnya dalam menggunakan benda alah ni. Nescaya banyaklah typing error yang aku lakukan sekiranya aku menaip perkataan penuh. Tak apa la noh nak wat cam na, dah natang ni ja yang aku ada sekarang, bersyukur lah dengan apa yang ada. Alhamdulillah.

Berbalik kepada topik di atas, sebenarnya benda ni aku terfikir masa insan terpilih yg aku nk ceritakan kat sini dtg beraya ke rumah aku minggu lps. Beliau ini telah berumah tangga dan menjadi isteri kedua. Last year raye husband dia ada datang sekali, tahun ni tak ada pulak. Mak aku tanya la kat anak dia ni "ayah mana?" Aku tak tau la dia jawab apa sebab aku tengah bizi membuta ketika itu. Aku denga tak denga je perbualan dorang. Haahhaahha, kurang asam sungguh tuan rumah, org dtg beraya aku boleh bantai membuta. Penat basuh pinggan weyh.

Masa nak balik tu aku dengar beliau bercerita, dia dah berbaik dengan madunya tu a.k.a isteri pertama. Dari situ aku terfikir, dulu aku selalu fikir isteri kedua ni jahat. Sebab kalau dalam tv tu selalunye isteri kedua selalu menghasut suami ceraikan isteri pertama, jadi salahkan tv ye.haha

Tak semua isteri kedua tu jahat. Kalau yang ikhlas berumah tangga kerana Allah s.w.t mesti dia boleh terima kehadiran isteri pertama. Isteri kedua yang jahat ialah apabila dia menyuruh suami menceraikan isteri pertama dengan alasan tak nak berkongsi. Sedap je suruh org bercerai berai, dia rampas suami orang ada ingat.

Bagi isteri pertama, mesti susah untuk terima bila kasih dikongsi dengan org kedua. Tapi sekiranya suami masih menjalankan tanggungjawabnya dengan adil dan saksama, mengapa perlu bercerai. Memang sakit bila diduakan. Ceh, gaya aku cakap macam orang pernah berkahwin pulak.

Bagi lelaki pulak, ni aku punya pendapat, jadi tak semestinya betul.
Yang mana berkemampuan tu, janganlah berkahwin hanya kerana telah jatuh cinta dengan wanita lain sehingga mengabaikan anak dan isteri. Zaman sekarang ni memang banyak hal sebegini yang berlaku. Bila dia dah mula suka dekat perempuan lain, mula la dia memburuk-burukkan isterinya. Ini tak betul, itu tak betul.

Perkara macam mi berlaku di sekeliling aku, ada diantaranya, kawan aku sendiri yang berhadapan dengan situasi ni. Bermacam ending ada. Yang benar2 nak mendirikan rumah tangga, Alhamdulillah. Poligami dibenarkan dalam islam. Sekiranya seorang lelaki mampu untuk berkahwin empat dan niatnya kerana Allah, why not????

Tetapi...................lelaki zaman sekarang ni memang la mampu berkahwin empat tapi mampu ke dorang nak membimbing isteri2 dan anak2 mereka menuju akhirat Allah s.w.t??????

Kalau suami yang macam ustaz azhar idrus insyaallah..hehehehe. maaf la kalau serius nau entri ni. Series ke? Aku taip sambil tersengih2 ni.

Kesimpulannya, tak salah poligami asalkan niat dalam hati tu betul =) Babai. Assalamualaikum

Comments

Zul fattah said…
salam.. slamat hari raya..

erm.. tajuk ni, memang kena dgan keadaan aku skrang ni, jadi orang tengah utk kahwinkan kawan aku duda dgan janda.. tp org smua duk crita yg si laki tu dah ada isteri.. adoi.. pening kpala kena fitnah je kerja..

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da