Skip to main content

DIGI, MAXIS, CELCOM, UMOBILE, MANA SATU YANG TERBAIK???????

Assalamualaikum w.b.t

Entri hari ni bukan penerangan tentang semua jenis jenama di atas. Aku yang nak tanya pendapat korang tentang yang mana bagus untuk digunakan yakni murah dan berpatutan dan kadar kelajuan internet yang memuaskan.

Bukan ape, semalam lepas balik keje punye la payah aku nak connect internet. Hari selasa tu ok je. Rase macam nak  buat amukan puaka. Setakat ni aku gune digi. Tapi prepaid je la. Kalau nak pakai bil takut overdos guna. Tapi bila aku dah subscribe, internet still x bole guna. Buat rugi kredit aku je. Lepas tu boleh pulak pukul 1.53 pg aku dpt msg dari digi suh aku topup. Aku rasa sebelum tido aku check baki ade lg tujuh ringgit. Bile aku check baki sekali lagi dah tinggal 12 sen je ko tau. Memang hangin aku di buatnya. Konon nk berjimat dgn menggunakan prepaid, sekali hamik kau, habis kredit aku kena songlap.

Kalau boleh nak yang ade line kat semua kawasan termasuk la hutan banat. Melampau aku punye request. Service nk tiptop tapi bayar ciput je. Memang menyerah diri untuk di maki namenye.

Patutkah aku menggunakan line ataupun broadband? Bulan lepas aku baru je terminate aku punye broadband celcom sbb mhl nau. Lari bajet bulanan aku. Tapi guna tanpa ada masalah la, kecuali kt kampung, panjat pokok kelapa sekali pon belum tentu ade line.

Jadi apakah resolusi yg terbaik????? Tolong bg pendapat. Tq

Comments

cik tin said…
pakai wifi la kak..unifi..laju gler..tp mahal la sket bln2...
Zul fattah said…
gunalah broadbnd celcom yg jenis topup.. hnya rm18 sminggu.. nk guna bru topup.. jimat skit.. unlimitted tau

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)