Skip to main content

JODOH???? On The Way Kotttttttttt...

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama-tama sekali nak ucapkan selamat berpuasa kepada umat islam di seluruh dunia. SELAMAT BERPUASA!!!!!!!!! Yang sebenonye, aku tak tau pun bile start puase, esok ke luse???? Kang tak memasal waktu lunch aku bantai pegi makan kat food court belakang opis time bulan puasa. Tak pe, jap lagi kol mak, tanya.

Dah lama tak menaip, nak kata malas tak, mungkin disebabkan keletihan, jadi blog ni dah jadi macam pondok usang. Topik nak mengarut memang banyak. Seperti yang telah di beritahu, keletihan. Aku lebih banyak blogwalking. (berdaah sgt, minggu lps baru pulun blogwalking =P)

Jadi hari ni nak cite sikit pasal jodoh. Ye la, memandangkan sekarang ni aku asyik di ajukan soalan "ko bile pulak?" itu adalah soalan kawan-kawan aku yang dah berkahwin. Memang pala nak kena sekeh sorang-sorang. Hangpa dah kawen dok diam-diam la, toksah la dok tanya kat aku pulak. 

Mak dengan abah aku pun dah bagi hint, tapi aku ni je yang buat tak reti, ye la, kakak2 aku menamatkan zaman bujang mereka umo 25 dan ke bawah, tapi aku dah lepas target tu...Korang hagak la umo aku bape, maunye orang tua aku tak risau.

Bukan aku yang tak nak berkahwin. Gila tak nak kahwin, sunnah Nabi s.a.w tu. Nak murah rezeki pun kita di suruh berkahwin. Nak masuk syurga pun di suruh berkahwin. Betapa banyaknya kelebihan berkahwin. Tapi seperti yang aku ckp la, jodoh aku on the way kottttt...

Bila dah bagi tau on the way, telinga ni dengar pulak soksek soksek "jangan memilih sangat". Memang la kena memilih, takkan main serkap jarang je. Kalau letak Fahrin Ahmad kat depan aku, memang aku sauk. Yang spesis ni tak pe nak serkap jarang....

Aku tak memilih tapi pintu hati ni belum terbuka lagi. Tak berjumpa dengan orang yang betul-betul sesuai agaknya. Kawan-kawan aku ckp kalau jodoh kita dah sampai, hati jadi mudah untuk terima orang tu. Hati aku ni memang susah nak terima orang tambah pula fobia putus cinta. Fobia la sangat kan. Orang putus cinta tak lalu makan, aku putus cinta mengkedarah lagi banyak ada la.

Lagi satu kita kena selalu bersangka baik pada Allah s.w.t. Macam situasi aku sekarang, aku okey je, aku serahkan jodoh aku pada Allah. Bukan bermakna aku tak berusaha langsung. Tapi aku sendiri perlu perbaiki diri aku kalau aku inginkan seorang lelaki yang beriman menjadi suami aku nanti. Kalau kita nak suami seperti Nabi Muhammad s.a.w, kita perlu menjadi  Siti Khadijah terlebih dahulu. Lebih kurang begitulah maksud aku. Mungkin jodoh belum sampai sebab ada kesilapan dan kelemahan yang perlu di baiki. Contohnya dari segi agama, dari segi akhlak, dari macam-macam segi lah senang cita.

Satu je aku harapkan, kalau di takdirkan jodoh aku tak ada, aku harap sangat supaya cinta aku pada Allah tak berkurang sebaliknya bertambah. Insyaallah...

Jadi lepas ni jangan tanya lagi bila nak kawen...Hokehhh????
Assalamualaikum....

Comments

anumuchan said…
Salam ramadhan & selamat berbuka :)

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da