Skip to main content

Sabtu untuk Berjimba.....

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni 1 June. Kompem semua orang dah gaji kan. Jakel, Kamdar, Nagoya, Gulatis dan yang sewaktu dengannya mesti penuh dengan manusia yang dah mula mencari kain untuk buat baju raye. Aku terkecuali sebab aku dah beli awal-awal. Dah hantar untuk jahit pun. Agaknye dah siap pun.. Over sangat kalau dah siap kannnnn...hehehehehhee..

Aku pun tak ada buat apa sangat hari ni. Sekadar keluar dengan sahabat baik aku Ct Nor Wawa pergi berjimba kat IOI mall. Pukul 12 tengah hari kami keluar pergi mencari maybank utk membuat pembayaran kereta, sekali orang beratur panjang. Terpaksa kami bergerak mencari maybank yang lain. 

Destinasi seterusnya kami ke Tesco Puchong untuk menghabiskan duit gaji hahahah. Selepas pergi tesco baru la kite orang pergi IOI Mall. Tujuan pergi IOI Mall tu nak cari hadiah kahwen. Al-maklum la skang ni kan cuti sekolah. Hari sabtu ahad memang penuh dengan undangan kahwin kawan-kawan mase belajar dulu.

Aku dengan wawa jugak la yang tak di ketahui bila nak merasa naik pelamin =( hehehehehehehe...Dah penat buat pilihan hadiah, kite orang cari tempat untuk isi perut pulak. Rupanya ada restoren baru kat atas tu namenye TEH TARIK PLACE. Restoren tu sangat simple tapi makanan die terbaeeeekkkkk!!!!!!!!! Gambo nan hado okey...

Hampir dua jam kite orang lepak kat situ. Gelak-gelak, sembang perihal dolu-dolu. Aku tengok orang yang masuk same dengan kite orang sume dah keluar. Kite orang je yang tak reti nak berhambus...hehehehehe..

Dah puas mengarut kat situ kite orang pergi mengarut pulak kat tempat lain. Kalau keluar dengan wawa, memang asik gelak je. Macam-macam lawak ado.

Minggu depan kawan baik kite orang kahwin, aku telah di mintak tolong utk menjadi pengapit. Waaaaaaa...First time jadi pengapit.Aku pulak yang over dose berdebar. Macam aku pulak yang nak bersalam dengan tok kadi kan.

Nak jadi pengapit kena le lawa-lawa sikitkan. Aku dah la memang tak pernah makeup. Pegi keje pun pakai lipbam je. Lipstik pun tak ada =( Tadi kite orang beli la alat solek sikit-sikit. Yang WAJIB saje la. Tak de la over dose membeli sebab kite orang ni dua-dua tak pandai bersolek. Pergi kerja pun tempek bedak johson baby je. Betapa simple nye kami.

Dah penat berjalan, kami balik umah. Aku excited nak conteng muka aku. Nak tengok jadi apa. Sebabnya minggu depan tak ada sapa yang aku boleh harapkan utk conteng muka aku. Jadi, aku dengan wawa telah membuat kerja gila di petang hari. Dan hasilnya:

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Inilah hasil solekan kami yang amatur. hahahahaha..Okey tak????

Sekian terima kasih...

Comments

cik tin said…
da bole la jadi make up artist..bole la make up kan saya nanti..hahahaha.....
QasehnyaRania said…
okey sangat

aa`aa.mmg ada panggilan jantan betina tu.
yg janta masa kita buka tu
yg betina masa kita balut nak rebus ketupat tu

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)