nuffnang

Sunday, May 26, 2013

Sepatutnya 3 jam dah sampai, tapi sekarang masih lagi tak sampai-sampai.....hmmmmmmm

Assalamualaikum w.b.t

Rupe-rupenye cuti tiga hari pun ramai orang balik kampung kan. Aku sendiri masih lagi salam bas sambil menaip entri INI. Perjalanan yang sangat panjang di sebabkan oleh jem di setiap trafic light. Sepatutnya pukul 8.30 pm dah sampai. Sekarang dah pukul 9.10 pm aku dan bas masih lagi kat mana atas jalan raya yang aku pun tak tau kat mana sebab aku dah malas nak tengok sign board. Nak tido pon mata tak mengantuk....

Nasib baik aku keluar dari rumah awal. Rupa-rupanya depan rumah aku pun jem. ALmaklum la, ade jambatan sempit, dengan insan-insan yang tak tahu bersabar, yang hanya tahu potong barisan. Sepatutnya tak perlu jem beriya dah jadi jem beriya-iya.

Nasib baik broadband aku berfungsi dengan baik dalam bas. Tak ada pulak dia nak tersangkut2 macam selalu. Bagus bagus.. Tapi ahzab sikit la menaip dalam bas ni. Aku dah la tak boleh menaip dalam bas, serta merta kepala aku akan pening dan terasa mcm nak muntah. Driver bas ni pon dah bawak macam orang kurang sihat. Bayangkan la macam mana keadaan aku menaip dalam bas dengan keadaan bas yang bergoyang sana bergoyang sini. Laptop memang aku tekan kuat-kuat tas riba, takut terlepas kat lantai bas..huhuhuhuhuhu..

Aku tak tau la siapa yang biadap sangat merokok dalam bas. Kalau tingkap bas boleh di buka x mengapa la jugak. Ni bas yang ada air cond. Lemas aku. Si driver ni asik bersiul je. Entah lagu apa yang dia nyanyi aku tak fhm Bukan bahasa melayu ok. Kalau sedap tak mengapa. Bantai la...Nak buat macam mana, dah kau yang bawak bas ni. Kalau aku yang bawak, memang aku halau kau turun dari bas...

Agaknya si driver ni tahu semua penumpang kesunyian, skali dia pasang radio dalam bahasa dia. huhuhuhuhuhuhuhu.. Mak peningggggggg...Kami tak perlukan radio anda. Awak dengar sorang-sorang dah la..

Cepat la sampai..Mal dah tak lalu duduk dalam bas ni..=(


2 comments:

NUR FATIN said...

kak lia dah jadi mak ke?hehehehe

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...oligo,

macam2 kerenah orang dah bas kan...hehehe sabar aje lah...

mselim3

anda mungkin meminati: