Skip to main content

~Ucapan Selamat Malam~

Asssalamualaikum........

Mata dah mengantuk tapi hati rasa nak meluahkan perasaan sambil layan lagu Maher Zain yang rasenye second time kot aku dengar. First time aku dengar, rasa macam tak sedap. Entah macam mana malam ni, dok mencari resepi untuk breakfast pagi esok, tetibe muncul lagu ni dari blog teratakdhia.blogspot.com sedap di dengar. Dah memang pesen aku suke dengar lagu  yang sama banyak kali sampai pekak kan...Memang selagi aku tak tido, lagu ni akan berkumandang kat telinga. Mau cair najis telinga. Konon sopan la guna perkataan najis tu...

Selepas berbalas komen dengan kengkawan di pesbuk, selepas post kata-kata maaf di pesbuk, hati ni rase sayu tetibe. Dan dan kan..tau la tengah dengar lagu Maher Zain.. Lagu ni tak sedih sebenarnye, tapi hati rasa sayu bile teringat kisah-kisah silam...Dosa-dosa dulu...Entah berapa lama lagi usia kat muka bumi ni. Sempat ke bertaubat??? Semua soalan terlintas kat kepala.

Rasanya banyak benda lagi yang aku tak buat. Terutama sekali kat mak dengan abah la. Tak tau sempat ke tak..Mudah-mudahan segala niat murni di permudahkan. Bila tengok kejayaan orang lain, hati ni teringin nak jadi macam dorang. Tapi tak tahu dari mana nak di mulakan. Usia yang makin meningkat mengingatkan pada asal-asul. Tambahan pula ada kawan-kawan yang telah di jemput kembali kepadaNYA..

Terkeliru juga dengan urusan di dunia. Sedar akhirat perlu di utamakan. Kadang-kadang,  kesusahan telah menyebabkan aku lupa tujuan hidup di dunia dek kerana ceteknya ilmu dan nipisnya iman. Hanya mampu berdoa dan berharap semoga mendapat petunjuk dariNya..

Jadi sebelum tido, aku mohon ampun dan maaf pada kawan-kawan semua...semoga hari esok lebih baik dari semalam..mata pun dah semakin layu....Semoga di beri kesempatan untuk menaip lagi..Insyaallah....Assalamualaikum..


Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)