nuffnang

Tuesday, April 9, 2013

Cerpen~Pengantin Gila-Gila Part 4

          Dari mula kereta bergerak sampailah ke rumah, Qaliff tak henti-henti ketawakan aku. Memang hangin satu badan. Banyak kali jugak aku hempuk bahu dia. Geram. Malunya aku depan pekerja-pekerja butik tu. Menangis macam budak kecik, rupa-rupanya Qaliff berlakon semata-mata. Alasan dia mudah..Nak tengok aku mengalah katanya. Tak sangka aku ratu air mata. Memang menguji iman betul suami aku  ni. Macam mana aku terlupa suami aku ni seorang yang sengal. Romantik tu hanya salah satu kelebihan tak terpakai dia aje.

         "Qal drama je la. Qal mana reti nak marah-marah macam tu. Menjadi tak Qal berlakon? Lepas ni boleh jadi pasangan hero dengan Nora Danish." Berbulu aku dengar. Hero taik kucing. Sakitnya hati aku tuhan je yang tahu. Turutkan hati nak je aku gunting halus-halus gaun beribu ringgit tu. Kali ni aku memang tak fikir membazir dah berbanding dengan hati aku yang sakit neh!!! Qalifffffffffff!!!!

          "Tapi Qal memang tak sangka..Hhahahahahhaa..Senak perut Qal tahan gelak. Sorry sangat-sangat sayang. Qal tak ada niat." Tak ada niat dia cakap..Benda dah jadi dia boleh kata tak ada niat. Suami oh suami, awak memang buat saya separuh sasau.

         Sampai di rumah menonong-nonong aku masuk ke dalam bilik. Tanda protes aku pada Qaliff dengan mendiamkan diri. Qaliff ajak makan pun aku tak nak. Padahal perut aku dah berdondang sayang. Ego telah menguasai diri. Aku tak boleh  terima dia kenakan aku macam tu. Umi dengan baba pun tak pernah buat macam tu. Baru kahwin beberapa bulan, dah mula tunjuk belang ye. Tak pe tak pe. Ada ubi ada batas....Niat untuk menjadi isteri derhaka dah nak muncul neh. Astaghfirullah alazimmmmm....Sabar  Yasmin, sabar..kau pun tak kurang sengal juga kan. Kali ni kau maafkan saja suami tercinta kau ni. Tapi bagi sikit pengajaran supaya dia tidak mengulangi perkara yang sama. Yes!!!!

******************************************************************************************
          Qaliff pulak jadi separuh sasau bila aku tak bercakap dengan dia. Siang tadi awak nak menang sangatkan. Taktik kotor!! Now, your turn!  Hehehehehehe...Jenuh dia memujuk aku. Aku ke dapur dia ikut, aku tengok TV dia duduk sebelah sambil goyang-goyang bahu aku. Merengek-rengek macam orang nak minta penampar. Part yang paling aku tak tahan bila dia cuba untuk berlakon sekali lagi. Ingat sekali dah berjaya, kali kedua akan berjaya jugak ke??

          "Aduh..Aduh..Aduh..Min..tolong Qalll..Sakitnya Ya Allah......Minnnnnn....." Qaliff menjerit-jerit panggil aku dari dapur. Mula-mula memang malas nak layan. Tapi bila dia tak berhenti menjerit, aku pergi tengok jugak. Dalam hati dah berdebar-debar tapi disebabkan nak balas dendam punya pasal, aku buat-buat biasa je. Dari jauh aku nampak ada cecair merah atas lantai. Jantung aku ni usah cakap la. Berdenyut mengikut irama lagu James Bond.
        "Jari Qal terkena pisau masa nak potong buah oren." Eh,mana datangnya buah oren. Setahu aku dalam peti sejuk ada buah epal je. Qaliff tunjuk jari dia yang dah penuh dengan darah. Mula-mula aku terkejut jugak..Tiba-tiba gelas jatuh dari belakang Qaliff..Aku nampak air warna merah yang tumpah dari gelas tu. Aku angkat gelas dan tengok air yang tumpah. Warna air tu sama dengan darah yang sedang mengalir di jari Qaliff. Qaliff tersengih macam kerang busuk. 

          "Qal gurau je." Hah..gurau katanya. Berapa kali entah dia nak bergurau dengan aku. Ini tak boleh jadi. Meh sini aku bagi jari tu betul-betul terputus. Nak sangat. Aku pergi ambil pisau daging dekat sinki. Terbeliak mata Qaliff bila tengok aku pegang pisau pemotong daging yang besar tu. Terus dia lari lintang pukang tinggalkan aku sorang-sorang kat dapur. Air yang tumpah tu, aku jugak yang kena bersihkan. Ada bau sirap yang tak berapa nak sirap. Kalau sirap mesti warna merah-merah nak ke ungu sikit. Sirap aku ni ada bau sos. Aku tengok botol sos dan sirap dah tak ada dari tempatnya. Sahih, ini kerja suami aku. Dia buat eksperimen guna sirap dengan sos semata-mata nak jadikan warna darah. Qaliff, Qaliff. Sanggup buat kerja macam ni semata-mata nak pujuk aku. Sudahnya aku tersenyum sendiri. Aku pun bukannya marah sangat dengan dia. Saja nak kenakan dia balik.

          "Minnnnnnnnn......" Qaliff panggil aku, lembut. Malas aku nak layan. Baca buku lagi bagus. Buku la sangat padahal komik doraemon. Hahahahahahha....Komik doraemon aku kena ambil dengan Qaliff. Aku buat muka geram tapi dia buat muka selamba. Dah berputus asa agaknya nak pujuk aku. Tu la, siapa suruh cari pasal dengan aku.....

           "Marah Qal lagi?" Dia tanya aku marah ke tak. Aku jawab dalam hati je. Tak marah pun...Tapi depan dia aku buat muka seposen dengan mata yang terkebil-kebil macam ayam berak kapur. Dah tak ada taktik le tu nak pujuk aku. Hahahahhahaa..Kali ini aku tak kan bagi belas kasihan pada sang suami yang tersayang. Ni namanya gurauan kasar suami isteri. Korang jangan ikut tau. 

             "Jangan la diam macam ni. Qal minta maaf sangat-sangat. Qal sedar, gurauan Qal keterlaluan. Qal janji tak buat lagi. Tapi tolonglah jangan diam macam ni. Qal takut." Alololololo..kesiannya suami aku ni. Nak gelak guling-guling pun ada. Siang tadi buat aku menangis. Aku pun nak buat dia menangis jugak ke? Macam la dia nak menangis kan. Tak apa. Aku nak dengar lagi ayat pujuk dia...

           "Tak sayang Qal ye? Sampai hati buat Qal macam ni." Tak ada ayat lain ke, sikit-sikit tak sayang, sikit-sikit tak sayang. Tadi kata pandai berlakon. Kalau pandai berlakon mesti la banyak ayat ye tak???

               "Kalau Min tak nak cakap dengan Qal biar la Qal tidur luar malam  ni. Biar nyamuk kat luar tu gigit badan Qal." Cehhh!!!nak buat ayat sedih konon. Nampak sangat menipu. Setahu aku rumah ni mana ada banyak nyamuk. Ingat aku nak simpati la tu. Tetiba idea jahat terlintas kat kepala otak aku. Dengan muka tak bersalah, aku hulurkan bantal dengan selimut pada Qaliff. Kata nak tidur luar sangat kan. Hahahahahahhaha...Kalau umi dengan baba tahu aku buat macam ni kat Qaliff, empat puluh hari empat puluh malam belum tentu habis aku kena tarbiah.

           Muka Qaliff terkejut beruk. Tak sangka agaknya aku akan buat macam ni. Lambat-lambat dia ambil bantal yang aku bagi. Aku nampak tangan dia mencengkam bucu bantal. Kali ni mesti dia betul-betul geram. Aku pula buat tak reti. Sebenarnya bukan aku betul-betul nak suruh dia tidur luar. Berdosa tau. Kan aku dah kata gurauan kasar suami isteri. Hahahahahaha....

            Qaliff keluar dari bilik. Aku tak pasti dia tidur kat bilik yang mana. Jangan dia terbongkang depan pintu bilik kami dah. Karang tak pasal-pasal ada orang kena pijak. Lima belas minit selepas tu aku keluar. Penat aku kenakan dia lama-lama. Kesian suami aku. Aku masuk bilik tamu. Tak ada orang. Aku masuk bilik lagi satu. Pun tak ada orang. Habis tu dia tidur kat mana? Aku keluar dari situ, nak cuba tengok bilik di tingkat bawah. Pun tak ada orang. Alamak! mana suami aku pergi ni. Jangan kata dia tidur dalam kereta. Kalau dia tidur dalam kereta memang betul-betul kena gigit dengan nyamuk la. Boleh tahan juga mamat ni kalau merajuk. Tiba-tiba.....

            "Warggggggghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!" Seekor jerangkung telah menyebabkan aku terperanjat. Aku rasa jantung aku ni tak lama lagi boleh terputus sebab terkejut yang amat sangat. Mamat tu dah gelak macam langsuir.

             "Cari siapa?" Soal Qaliff selamba sambil bersandar di dinding. Bantal yang aku bagi tadi di peluk erat.
              
            "Carik pasal!!!!!" Aku jerit kuat-kuat kat telinga Qaliff. Geram punya pasal sebab kena jerkah dan kena tipu lagi. Kali ni aku memang malas nak layan mamat neh. Tak mustahil kalau aku tertipu untuk kali ketiga.
             
       Qaliff dah ketawakan aku. Dia peluk bahu aku. Tangan gatalnya mencuit-cuit pipi aku yang kembung ni. Suka sangat la tu dapat mengenakan aku. Ye la. Mana ada insan lain dalam rumah ni untuk dijadikan bahan gurauan selain dari aku kan.
               
          "Sampai hati suruh Qal tidur luar kan." Qaliff letak dagunya atas bahu aku.
                
          "Gurauan semata-mata. Tak ada kena mengena dengan sesiapa." Aku menjawab selamba.
             
       "Gurauan???? Qal report pada umi dengan baba baru tau. Umi dah bagi mandat pada Qal, kalau Min degil dan nakal, sila laporkan pada beliau dengan kadar segera." Qaliff gertak aku. Ingat aku takut???? 
            
         "Qal gurau macam tu boleh, takkan Min gurau sikit tak boleh???" Aku jegil mata pada Qaliff. Dia macam biasa la. Tersenyum tengok fiil aku.
            
       "Qal tu lagi teruk, sampai buat Min nangis depan orang ramai. Malu tau tak." Aku membebel. Qaliff hanya tersenyum. Menadah telinga apa yang aku bebelkan.
              
         "Qal janji tak bergurau macam tu lagi. Lepas ni Qal fikir cara bergurau yang lain pula." Tengok perangai sengal dia dah datang. Aku hempuk dada Qaliff dengan bantal. Suka sangat menyakat aku. Apa-apa pun aku minta ampun balik pada Qaliff. Takut berdosa. Huhuhuhuhuhu......
             
         "Lain kali kalau nak hukum Qal, jangan la suruh tidur kat luar. Tak boleh tidur kalau tak peluk isteri Qal ni." Qaliff tarik aku naik tangga. Aku jelir lidah dekat dia. 
             
           Lepas adegan bergurau kasar, kami berbual sampai dua pagi. Dah la suami aku berkerja esok. Boleh pulak aku ajak dia berborak sampai ke pagi. Dia pun macam redha je, tak pe la. Bukannya aku yang paksa dia berbual dengan aku. hahahahha..
         

To be Continue..

           



No comments:

anda mungkin meminati: