Skip to main content

~INDUCTION PROGRAM~ BOSAN..BOSAN...MENARIK....

Assalamualaikum w.b.t...

Seperti yang telah di war-warkan malam tadi, hari ni aku ade INDUCTION PROGRAM untuk semua staff baru. Akulah tu salah sorang insan yang terpilih. Bertempat di EASTIN HOTEL, me and my best friend, keluar rumah dalam pukul 7.45pagi...

Hari ahad ni jakan tak de la jem macam hari bekerja so boleh drive laju-laju sikit. Actually kami tak tau pun hotel tu terletak kat mana...Aku tau tapi bila google, dia tunjuk jalan yang berlainan daripada apa yang aku tau. Jadi untuk mengelakkan kesilapan jalan pada hari ini, kami telah menggunakan GPS PERODUA MYVI..Dan Alhamdulillah kami selamat sampai sehingga ke parkir kereta dengan jayanya. Terima kasih PERODUA sebab bagi kami kemudahan..hehehehehhe..

Masuk je dalam dewan, aku syak mesti aktiviti hari ni mengantuk gila..sebab kerusi di susun sebaris semuanya. Maksudnya tak ada perbincangan dalam berkumpulan. Aku dah standby 100 plus awal-awal, konon nak tambah tenaga tapi hampeh...kalau dah mengantuk ubatnye cume tido...

The best part is bile kite orang berkenalan dengan seorang akak neh. Dia staff Selayang. Muka ayu gila, senyum pon manis he...tetapi korang jangan percaya dengan apa yang aku lihat..Kakak yang bernama kak Wan ni sangat-sangat la gila, Nak pecah perut kite orang gelak tengok gelagat die..Memang sempoi dan sangat seronok..Aktiviti pagi memang sangat mengantuk apatah lagi aku yang tidor jam empat pagi memang rase macam nak berguling je atas lantai dewan tu.

After lunch pun still bosan...Dengar orang HR department berceloteh tapi apa yang dorang bagi tahu memang berguna untuk kami. Lepas ni kalau tak kenal company sendiri tak tau la. Rugi je air liur dorang bersembur-sembur dok explain kat kami pasal kerja dan segala-galanya. Aku memang sah-sah dah hilang fokus. Dalam kepala otak aku cuma ingat bantal dengan tilam je dah....

Lunch time, aku la yang paling bersemangat. Hilang mengantuk hilang bosan..Tapi aku makan pun tak banyak sebab risau mengantuk makin menjadi-jadi. Aku cuma amik salad dengan kek je..Tu pun dah kenyang...Elok je lepas makan, perut aku mula buat hal. Dengan sopannye aku mintak diri untuk meninggalkan meja dan kawan-kawan yang lain sebab bilik termenung dah memanggil-manggil...Hehehehehehe...

Lepas lunch la perkar yang paling membosankan yang terpaksa aku and the gang terpaksa hadapi, siap ade yang tertido..Dah la kantoi..hahahahhhaa..aku tak tau la sape insan "bertuah tu" Bile dorang tengok kite orang dah mengantuk, dorang buat game untuk kite orang hilangkan mengantuk. Kak Wan awal-awal dah tau macam mana game tu di jalankan. Di sebabkan ade aksi tarik menarik aku dari awal memang tak join..tak sanggup mak kena tarik-tarik nanti...hhahahahaha...sape yang menang dapat la sorang satu coklat..hokey la tu kan daripada aku yang tak dapat apa-apa ni..

Game kedua kena pegang tangan pastu dok pusing2...aku pun tak tau nak main macam mana, dah la orang sebelah aku orang lelaki...Tak kan aku nak pegang tangan dia kot?????? Aku nampak pensel kat atas lantai, aku terus amik pastu aku suruh orang lelaki tu pegang pensel. Kak Wan bantai gelak kaw kaw kat aku....Macam nak gila dorang gelak kan aku. Syarat game tu tak boleh lepas tangan, aku pikir kalau aku pegang pensel konfem terlepas..Tanpa di suruh Aqilah terus ambil shawl yang memang di bawa untuk mengelakkan diri daripada kesejukan, dia bagi kat aku. Aku balut tangan aku dengan shawl pastu baru boleh mula game..Haram nak pegang tangan lelaki bukan muhrim..Orang cina pulak tu....Kak Wan gelakkan aku lagi....Tak kesah janji menang tapi tak memang pon..Hahahahahahaha

Waktu minum petang, Mr Kuek dok suggest kat kite orang try biskut butter yang di sediakan..Pergggghhhhh...memang terbaik dari ladang..Perangai tak senonoh masing-masing mula datang, sorang-sorang pi amik tisu, nak bungkus bawak balik biskut tu..Nak pecah perut kami ketawa sebab Kak Wan dok ketaq lutut..Padahal dia yang buat dulu. Orang dok usha ja kami gelak macam orang gila....Nadd tak padan dengan mak buyungnya, gelak sampai meleleh air mata. Masing-masing sorok biskut dalam tudung. Bila dah masuk semula dalam dewan, semua pakat seludup dalam handbag. Teruk sungguh..Pada hal baru je lepas explain pasal INTEGRITY....

Lepas sesi minum petang kami sambung balik..Slot yang terakhir ni memang aku tak fokus sikit pun. Aku tak tau dia cerita pasal ape..Kalau CEO tanya memang aku nganga je la jawabnye..Esok ada lagi satu sesi. Sesi soal jawab dengan CEO....First time nak tengok CEO depan-depan..Before ni tengok kat dalam gambar dan skrin je....Jadi, nak tido awal malam ni supaya esok aku tak tersengguk-sengguk lagi..=) Mintak diri dulu ye...Babai...


P/S: Sedekahkan Al-Fatihah pada pejuang-pejuang yang telah terkorban di Lahad Datu..Semoga mereka di tempatkan bersama dengan golongan beriman..Dan Al-Fatihah juga kepada arwah Yusniza (rakan sekolah) yang telah kembali ke rahmatullah pada 27 February lalu..Al Fatihah..

Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da