Skip to main content

I'm Back!!!!!!!!!

Assalamualaikum.......

Dah lama aku tak menaip kat dalam blog setelah bertukar tempat kerja...Tu la kalau selalu guna harta syarikat untuk kepentingan sendiri..La ni tak buat semua tu dah....

Punya la upgrade blog ni skang sampai aku tak tau nak guna macam mana. Tak pasal-pasal terpaksa la aku merangkak perlahan-lahan tengok apa yang patut di tengok, lihat apa yang patut di lihat..Banyak juga info yang aku tertinggal..Kawan yang dulu mengandung dah beranak rupnye..Punya la aku menyepi dari dunia blog ni..

Maunye aku tak rindu...Dalam kepala otak ni dah ada macam2 plan....Dengan rezeki yang di kurniakan Allah pada aku, Insyaallah aku akan menambah ape yang patut dalam blog ni..Mudah-mudahan niat murni aku dapat redha Allah...Ape niat murni tu..tunggu je...tengok je la blog aku yang tak seberapa neh.. Saspen je lebih, kang tak jadi naye je.Doakan la semoga aku boleh buat yang terbaik untuk blog ni. Aminnnnnn

Lepas ni kalau terlebih banyak entri aku tiap2 hari jangan korang muntah pulak nak baca..Memandangkan esok aku ade induction, so aku terpaksa berhenti merapu,,,Kang ade yang tak bangun pagi esok sebab mengantuk.....Doakan la aku tak mengantuk pagi esok..babai...

Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da