Skip to main content

Kita Hanya Mampu Merancang..............

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...... Siapa pergi bersih 3.0 semalam angkat tangan!!!!!!! Aku tak pegi sebab aku tak suka pada kesesakan yang boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri =)

Sebenarnye aku bukan nak cite pasal bersih tu pun...saje menggatalkan jari sendiri nak taip perkataan  "BERSIH"   Ah, ngade2 lah kau!

Dah lame aku meroyan nak menaip entri tapi tak kesampaian. Sebelum aku mengarut panjang-panjang aku nak inform awal2 kat korang entri aku hari ni panjang berjela =) Banyak perkara yang nak dikongsikan tapi disebabkan kekangan masa menghalang niat murni ku itu...

Actually aku dah resign dari company berpuaka tu hujung bulan Mac hari tu. Aku cuba tahan sampai hujung tahun tetapi rupe-rupenye aku tak mampu. Elok je Audit ISO settle, bos aku kembali ke perangai asalnye yang suke marah2 tak tentu pasal. Padahal selepas aku hantar surat resign bulan Februari hari tu dia dah x marah-marah. Cakap dengan aku elok je. Siap tak bagi aku nak resign. Rupe-rupenye itu semua lakonan semata-mata. OK fine, aku resign dengan rela hati. Aku dengar cite sekarang ni kakak-kakak yang sedepartment dengan aku pulak yang selalu kena marah. Hehehehhe...Kesian dorang...Dulu asik aku je yang kena marah...Sekarang bagi dorang rasa pulak...Kuikuikuikui.......

Aku pun keje la sepenuh masa di Stesen Petronas untuk menyara diri aku dan anak2 tekak....Hari tu aku ade pegi interview kat Shah Alam, tapi aku tak mengharap aku dapat jawatan tu sebab rase macam x layak je...Tetapi rezeki Allah siapa yang tahu, pada hari selasa date aku dah tak ingat, pagi-pagi hari ade dapat call dari nombor yang tak di kenali. Satu kerja pulak aku kena cover suare serak bangun tido aku tuh. Kalau die tau aku baru bangun, mak aiiii...malunye..jatuh maruah....hahhahahaahahaha. Kompem-kompem die chop aku yang rajin ni anak dare pemalas...Die cakap kat aku lebih kurang macam ni la..


Pemanggil: Cik Oli (name tipu)

Aku: Ye saye.

Si Pemanggil: Saya Saghul Firdaus dari Company A....Cik di tawarkan jawatan B....Hari tu ada apply kan?

Aku: Ye ade..(rasa nak meloncat sebab tak percaya)


Lebih kurang macam tu la perbualan kite orang..Tak larat pulak aku nak taip semuanya dengan keadaan keyboard yang tak berapa nak sehat neh..Rasa macam tekan butang kayu je...Aku bersyukur sangat2 sebab dapat kerja kat situ. Aku harap kerja ni sesuai dengan aku dan akan berkekalan la hendaknye. Tapi x di nafikan ade perasaan nebes nak memulakan keje baru di tempat yang baru dan dengan kawan-kawan baru. Aku tak tau macam mana penerimaan dorang terhadap aku sebab aku rasa dorang semua hebat. Aku ni ape la sangat. Aku harap sangat majikan aku kali ni baik dan lembut hati, di kelilingi kawan-kawan yang baik dan boleh bagi tunjuk ajar. Aminnnnn....

Bile dapat kerja ni pengorbanan yang aku kena buat adalah berhenti kerja part time kat Setesen Minyak sebab waktu balik aku tak menentu. Rasa sedih jugak sebab keje kat sini enjoy dan tak tension. Kalau tension pon disebabkan oleh customer yang tak paham bahasa dan perangai bangla yang memang nak merasa makan kasut aku..hahaahahaaha...Lagi pun Shah Alam dengan Puchong bukannye dekat. Hari ni aku dah membanting tulang empat kerat aku menghangkut barang ke rumah baru di Shah Alam...Aku tinggal dengan bestfriend aku  masa belajar dulu. Rasa macam tak percaya aku dengan dia dapat duduk serumah. Aku memang nak dekat dengan kawan-kawan yang boleh nasihatkan aku, boleh tegur aku kalau aku salah, kawan yang boleh bawa aku lebih dekat dengan Allah. Mudah-mudahan niat suci kite orang ni di berkati.


Last year aku tak merasa nak solat terawikh dan berbuka puasa kat rumah sebab kerja. Mudah mudahan tahun ni aku dapat rebut balik peluang tu. Banyak benda yang aku rancang. Aku nak sambung degree...Tapi macam yang aku katekan tadi, aku hanya mampu merancang.Mudah-mudahan segala niat baik aku di permudahkan..Aminnnn..Banyak sangat mudah aku kan......Tak kisah la...Aku dengan rasa rendah diri nak mintak tolong korang doakan supaya apa yang aku hajat ni jadi kenyataan...TQ =)



Comments

cik tin said…
insyaallah...mudah2 mudahan...amin... :)
Zul fattah said…
fuhh.. behenti kerja.. terus dpat kerja .. terbaik..
Alhamdulillah..
QasehnyaRania said…
mudah-mudahan...ke mana menghilangkan diri wahai oli-go =)
sebok kat kje baru errkkk?

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da