nuffnang

Tuesday, March 13, 2012

"Salah Orang Lain kadang2 kite terpaksa mengaku itu salah kite..."

Assalamulaikum w.b.t

Sape setuju dengan title aku kat atas neh sila angkat tangan macam aku (gaya usop wilcha). Mesti ade yang tak setuju le tu. Sebelum tu aku nak mengambik kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada boss aku sebab die memberi peluang kepada aku menaip entri waktu bekerja. Ni namanya ambik kesempatan. Kalau bos ade neh komfem mampus kena luku kepala.

Berbalik kepada tajuk asal. Memang kadang-kadang kita terpaksa mengaku kesalahan orang lain sebagai salah kita. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

1. Tidak ada bukti yang menunjukkan kita tak salah.
2. Bukti yang ada menunjukkan kita yang bersalah walaupun ingatan kita kukuh mengingati kita memang tak buat kesalahan tu. 
3. Bila petunjuk terakhir memang terkena batang hidung sendiri.
Memang nampak tak logik alasan tu tapi kita kena akuinya. Kalau dah memang bukti yang ada menunjukkan kita bersalah, tak guna nak bertikam lidah mengatakan kita tidak bersalah walaupun pada hakikatnya kita memang tak bersalah. Hanya Allah saje yang tahu bahawa kita di pihak yang benar.
Sanggup ke korang nak menuding jari ke muka orang lain semata-mata nak menegakkan kebenaran. Dan orang yang korang tuding jari ke muka dorang tu adalah kawan-kawan korang sendiri? Kalau aku memang aku tak sanggup walaupun aku tau mungkin salah tu dari dorang.
Cuma, kadang-kadang rasa terkilan dengan sesetengah orang yang hanya tau menyalahkan orang lain tanpa usul periksa. Apatah lagi bila ada kes kes berat sebelah. Memang orang yang disayangi je la yang akan selamat walaupun die buat salah kan.
Kepada insan-insan yang menghadapi situasi macam ni, aku doakan korang menjadi kuat dan tabah untuk menghadapi kes yang macam ni. Anggaplah semua tu sebagai ujian untuk kita. Mudah-mudahan ada hikmah disebaliknya yang kita tak tau. Wokeh korang...
 Aku nak sambung buat kerja. Aku buat kerja part time balik sekarang. Anak ramai nak kena tanggung.. Hehehhee..Ok bai..
p/s: apa yang aku taip dalam entri ni adalah semangat untuk diri aku sendiri...=)

4 comments:

Cik Kay Jue said...

biasa la tu.. kadang2 kita tak dapat buat ape pun.. hanya Allah je yang tau.. huhu..

bukan tak nak tegakkan kebenaran kalau tak de bukti yang kukuh, kang tak fasal2 bergaduh.. lagi teruk kan? so yang boleh buat. sabar.. huhu..

faiz fakhirin said...

anggaplah masalah tu sbgai pemangkin untuk mengenali kehidupan lebih details.

fieda said...

realiti kehidupan...

Cik Rose Cute said...

BETUL KATA FIEDA REALITI KEHIDUPAN TAK BOLEH NAK ELAKKAN...BUMI KITA BULAT SEKEJAP KITA KAT ATAS...SEKEJAP KITA KAT BAWAH...

anda mungkin meminati: