Skip to main content

Etika Diet Rasullullah Part 1

Assalamualaikum w.b.t

Selamat tengah hari Khamis. Kepada kengkawan yang membaca entri aku ni harap maaf dengan penggunaan tatabahasa aku yang memang tunggang langgang. Ikut dan aku je nak ucap selamat kan..hehehehhee..Tak pe yang penting salam ada....salam tu terbaik dari ucapan selamat yang lain ye tak...

Ade sesape yang berniat nak mengecilkan saiz perut? Dengan bahasa lainnye adalah DIET? Kalau ada, hari ni aku nak share dengan korang Etika Diet Rasullullah S.A.W yang di baca dari BLOG RASULLULLAH...ni memang blog peberet aku. Hari-hari ade email masuk sampai tak sempat nak baca. Mudah-mudahan ilmu yang aku dapat hari-hari di berkati Allah. Bukan ape, membaca waktu kerja, kire curi tulang jugak kan...Huhuhuhuhhu..Takut pulak aku...

Tapi aku still nak share dengan korang ape yang aku baca...Sila baca dan amalkan ye..jangan malu-malu...=D


Antara tatacara permakanan sihat Rasulullah S.A.W:


1) Rasullulluh tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.


2) Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.


3) Rasulullah tidak minum susu ketika menjamah ikan.


4) Rasulullah tidak minum susu ketika memakan ayam.


5) Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.


6) Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.


7) Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.


Ni baru sikit. Ada banyak lagi info yang aku nak share. Kalau taip semua dalam satu entri ada yang pengsan pulak nak membacanya. Jadi tunggu entri seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut....=)

Comments

lieynanilaz said…
tq sudi kongsi tapi bukan mudah tau untuk ikut...itu sayalah..haha.
fizafantagiro said…
perkongsian yg bagus =)
IntaNBerliaN said…
mmg elok ikut diet rasullullah ni..
msredcheesecake said…
Msred mmg tak minum susu..... Tapi kalau nak minum susu bila masa yg sesuai...
Cikrosecute said…
WAKTU PAGI MEMANG ELOK MINUM SUSU...TAK PAYAH MAKAN APA2 DAH...

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da