Skip to main content

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t

Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =)

Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu.

Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS. Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik. Bagi aku la kan..Tak tau la korang..Part paling best masa dia nak tackle isteri dia. Hahahaha..Memang ayat die, kalau aku pun aku rasa menyampah. Rase nak ketuk kepala je. Tapi cara dia tu memang boleh buat hati perempuan cair la..

Meh aku cite Sinopsis  die sikit...
Haris (Beto Kusyairi) seorang akauntan tapi buat part time as a photographer. One day Haris curi-curi amik gamba Dahlia (Tunku Hanis) masa taman,  pulak tu kantoi dengan si Dahlia. Dahlia mintak Haris bagi semua gamba Dahlia yang Haris ambil. Actually Haris ni suka kat Dahlia. Tapi Dahlia ni jual mahal sikit sebab dia tak kenal pun si Haris ni. Tapi Haris tetap berusaha untuk mendapatkan Dahlia. Dan akhirnya berjaya. Dorang pon kawen pak gebung gebung...

Masalah sebenar timbul lepas kawin. Dahlia disahkan mengandung, tapi dalam masa yang sama dia di sahkan mengidap penyakit Alzhemir. Ala penyakit yang ilang daya ingatan tu. Mula-mula Dahlia tak habaq pun kat husband dia, Sekali nurse call ke rumah nak cakap dengan Dahlia tapi husband die yang jawab. Bila dah tau wife dia tu sakit, Haris ni punya la sayang bini, sanggup benti kerja untuk jaga bini yang sarat mengandung. Paling sedih bila tiba-tiba wife dia terjaga tengah malam, tiba-tiba menjerit marah kat Haris. Dia dah tak kenal husband dia masa tu. Terpaksa la call mak pak dia tengah-tengah malam buta, sebab si Dahlia ni cuma ingat kat mak pak dia ja. Kesian kan kat si Haris tu. Ayo mate aku ni bergenang jugak le menengok kesetian Haris jaga wife die yang ilang ingatan tak tentu masa tu...

Masa kat umah mak pak dia Dahlia bangun tido dia boleh tanya kat mak dia nape dia mengandung. Hahahaha..tima ni nak gelak pon ade.. Mak die pun story la kat dia ni semuanya. Baru la dia faham....tu je yang dapat aku ingat tatkala ini.
Yang selebihnya korang download la kt internet cite tu ye....

Aku suka cite ni sebab dorang ni kira pasangan suami isteri yang bahagia dan romantik. Huaaaawawawawawa..Ciri-ciri bakal suami  yang aku cari macam si Haris tu la..Hahahahahaha..Perasan kan..Perangai sendiri pun macam hantu lagi nak lelaki baik..Watak Haris ni memang best ar sebab dia suami yang penyayang dan bertanggungjawab, isteri sakit bukan alasan untuk dia cari perempuan lain. Sakit pulak bukan sakit biasa, sakit ilang ingatan, tak kira masa dan tempat kalau nak ilang ingatan. Bukak mate je kena marah dengan bini sebab dah tak kenal laki sendiri.. Besar sungguh ujian....

Nak bagi lapan ploh bintang kat cite ni..Over aih sampai lampan ploh bintang.. Dari lima bintang aku bagi 4.5 la... Sebab cite ni memang best ar...Sile la tonton kat internet kalau nak tau cite sebenar macam mana ye.. Aku nak buat kerja neh. Babai...


Comments

Tie HT said…
alaa akak takde kut citra ni..hmm :)
IntaNBerliaN said…
alaa akak xtgk pun...
Golden Rose said…
anda ditag...http://thegoldenrosereturn.blogspot.com/2012/03/saya-kena-tag.html
Zul fattah said…
siyesly.. dari cara crita ko.. aku dpat rasa pengorbanan hari tu.. aku harap one day aku akan dpat buat pengorbanan utk isteri aku

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da