Skip to main content

Die kate aku macam raksaksa?????

Assalamualaikum w.b.t...


Pernah tengok raksaksa? Pernah rasa macam mana jadi raksaksa? Mesti korang tak pernah kan....Tapi aku pernah....Memang ohsem sungguh bile jadi raksakse neh..Rase nak pijak perut orang je...Aku jadi raksaksa minggu lepas...Masa kat kampung.


Last week aku balik kampung. Rindu kat ayahanda dan bonda serta sister-sisterender sekalian. Tak kisah lah penat sekali pun asalkan dapat jumpa dorang semua. Balik pun sebulan sekali je..Aku awal-awal lagi dah suruh kakak aku masak nasi ayam hainan untuk aku, muahahahahahaha..bukan selalu kan..lagi pon barang semua aku yang beli. Die cume tolong masak je. Sampai je stesen bas Teluk Intan kakak-kakak ku dan anak-anak mereka datang menjemput. Destinasi pertama bukan rumah dulu tapi supermarket TF Value Mart yang menawarkan harga barang yang murah kepada para pelanggannya. Borong barang-barang keperluan dulu lepas tu baru balik rumah.


Punye la kepenatan dan keletihan. Hilang rindu kat anak-anak sedare dua orang tu. Rindu kat mak-maknye kurang sikit. Hahahaha..Sori le kakak-kakakku..termengumpat korang kat sini pulak. Aku yang kepenatan tidur awal. Terbongkang kat depan TV...Mula-mula tengok Adnan Sempit 2 dengan anak sedare aku. Entah bila masa aku tertido aku pun tak perasan. 


Aku terjage tido bile aku rase rambut aku kena tarik. Punye la aku hangin. Dah la sakit. Aku ni celik mate sambil menjerit. Idung pulak tercium bau ayam. Rupenye mak aku, kakak aku, adik aku dan anak buah aku buat kenduri kat kepala aku. Bertuah sungguh..


Aku pandang la orang yang tarik rambut aku. Bengang gila aku. Mak aku suruh aku makan nugget. Aku diam sebab tengan mamun... Tetibe ade suare kecil bersuara "Mak yang ni macam raksaksa la" Mula-mula aku tak paham ape yang die cakap sebab pelat. Tapi mak dengan kakak aku dah pecah perut gelak....Sabo je la bila dapat anak buah yang baik hati macam ni. Ade ke patut die cakap mak cik die macam raksaksa....


Ni la budak yang cakap aku macam raksaksa tuh!!!!

Puteri Ika

Die ni kalau posing memang over...



Tapi marah dalam hati je la. Sayang wei budak gumok neh. Tu yang menyebabkan tiap-tiap bulan nak balik...Lagi sorang budak kurus yang menyebabkan aku nak balik tiap-tiap bulan die ni la.......


Kak Long & Adik Umairah


Ni la buah hati aku. Yang baju hijau tu la kate aku macam  raksaksa.  Sabau je la..Seb bek kau comel..Kalau tak memang lame dah kena pijak dengan raksaksa neh tauuuuu...Ok aku chow cin chaw dulu..Papai..

Comments

Zul fattah said…
haha.. ni mesti rambut ko mengembang kan? sebab tu dia cakap raksasa.. entah2 ada air liur basi yg menempet kat pipi masa tu..?
IntaNBerliaN said…
hihii blh plak ckp gitu..
Cikrosecute said…
HIHIHI NAK GURAU MANJA KOT...

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da