Skip to main content

Bila Bangsa Sendiri Menjatuhkan Bangsa Sendiri....

Assalamualaikum w.b.t..

Salam pagi jumaat.....Betul ke tajuk aku kat atas tu? Aku baca macam bunyi pelik tapi tak kisah lah, sebab aku tak tau nak letak ayat yang sesuai. Janji korang paham sudah. Kalau agak-agak salah ayat aku tu tolong perbetulkan ye.

Ni semalam punye cite. Tukar duit dengan bos, before bos datang ade produk baru masuk...bos tanye aku....


bos: die ade daftar dengan xxxxxxxxxx tak?? (nama syarikat terpaksa di rahsiakan untuk kesejahteraan bersama)

aku: dah..dia ade bawak surat sekali...

bos: orang xxxxxx (terpaksa di rahsiakan jugak) ke orang xxxxxxx (terpaksak jugak dirahsiakan)

aku: orang xxxxxx bos..dari taiping.

bos: dua barang ni aje yang dia hantar? (lebih kurang macam tu la ayat bos aku)

aku: aah (sambil mengangguk)

bos: Saya tak paham betul la dengan xxxxxxx ni. Kalau orang xxxxxx dia bagi je masuk barang die, tapi kalau orang xxxxxx susah sangat nak terima. Sepatutnye die kena tolong orang xxxxxxxx...

aku: ye le boss??? (mata dah terbeliak besau)

bos: saya tak tau la macam mana pemikiran dorang. Supplier air xxxxxx, dorang nak buang...

aku: haaaaaaa?????(terkejut) biar betul tapi air tu laku kot bos....


Lebih kurang macam tu la perbualan aku dengan bos. Kalau korang tak paham, korang agak2 sendiri la situasi tu pasal apa eyh... Kang aku suka-suka sebut nama-nama yang bos aku sebut semalam, tak pasal aku tak boleh berblog lepas ni.

Tapi aku pun hairan jugak la dengan syarikat tu..Macam mana dia boleh buat macam tu pada bangsanya sendiri. Yang ni memang aku betul-betul tak faham, konfius dan yang sewaktu dengannya. Tu la kalau terlalu mengejar kekayaan. Sanggup mengenepikan bangsa sendiri yang baru nak bertatih. Sedangkan adalah lebih baik kita mengambil apa yang terang lagi nyata lebih baik dari yang ada. Apa ayat aku neh????Lebih kurang macam tu la maksud aku...

Tak pe la..Apa-apa pun mudah mudahan big bos syarikat besau tu sedar kenyataan neh.. Aminnnnnn

Comments

Tie HT said…
oooo..melayu ke?
hmm kes berat nih
IntaNBerliaN said…
bangsa apa ni.. mlayu ke

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da