Skip to main content

Tak Payah Naik Pangkat Pun Tak Apa

Assalamualaikum w.b.t

Salam Maulidur Rasul. Walaupun dah terlambat sehari, aku nak jugak bagi salam maulidur rasul. Ye la cuti duduk rumah je, dah name pun pengguna harta syarikat sdn bhd, memang tak de entri la waktu cuti kan. Kalau rajin pergi CC baru le nampak bayang entri hari cuti.

Ni pun mengambik kesempatan bila bos tak ada, kalau dia ada bermimpi di siang hari la aku nak taip-taip macam ni. Maunye kena sergah dari belakang macam dulu.

Actually aku rasa kejelesan dengan kawan-kawan yang bercuti hari ni. Hagaknye company aku ni je yang berkerja. Waaaa..menyampah betol. Patutla aku telepon HQ tadi tak de orang yang sudi jawab. Rupenye semua bercuti. Aku jugak yang terhegeh-hegeh buat kerja kat opis neh. Nak kena tadah telinga lagi. Lepas ni kalau sape yang kenal aku tengok aku macam kurang sehat je, itu adelah kerana tekanan tempat kerja ye tuan puan.

Ye!!! Saye dengan ini ingin mengumumkan saya tak berapa nak berminat dengan kerja sekarang. Stress nyahhhhhh..Mane tak stressnye kalau dah kena bebel je tiap-tiap hari. Nasib baik tak sepanjang hari. Aku rasa kalau sepanjang hari kena bebel mau bernanah telinga aku.

Tak tau la kenapa aku je yang selalu kena bebel. Buat kerja pun kena bebel tak buat lagi la kena bebel. Aku ni pulak bukan la jenis yang suka menjawab, kalau menjawab kang makin panjang lebar pulak. Jadi biarlah aku mendiamkan diri je mase kena bebel tu walaupun kadang-kadang bukan salah aku. 

Memang aku dengan bos tak de chemistry. Tak ngam langsung. Ade je yang tak kene di mata dia. Cakap dengan aku macam singa betina lapar. Dengan orang lain bukan main lemah lembut sopan santun suaranya. Kalau macam ni la gayenye...KALAU TAK NAIK PANGKAT PUN TAK APA.  Aku rela meresignkan diri sendiri daripada mengalami simptom simptom kemurungan dan sakit hati yang berpanjangan.

Aku tak kesah kerja yang aku buat tu susah asalkan aku happy. Aku tak kisah kerja lebih masa asalkan tak de yang menyakitkan hati. Letih mak nyahhhhh..Hari-hari nak tadah telinga. Ni la susahnya kalau jadi orang bawahan. Kadang-kadang orang atasan yang bagi arahan entah hape-hape, alih-alih kite pulak yang di salahkan. Susah nak cari orang yang boleh mengaku kesilapan sendiri ye tak.

Mak redha nyah..Demi anak-anak mak yang sentiasa ingat nak makan je...Biarlah mak bersabar sikit lagi. Hahahahaha..Anak la sangat kan. Anak tekak aku ni memang suka makan. Kegemukan pun bertambah tanpa segan silunye. 

Hopefully bos aku tu berubah lah hendaknye satu hari nanti. Jangan menyesal di kemudian hari sudah (menyesal ke dia?) Tak pe la. Aku cuba menyabokan diri untuk beberapa lama lagi. Mudah-mudahan benteng kesabaran aku ni kukuh lagi perkasa. Insyaallah.. 

Sape-sape yang dapat bos baik hati tu, bersyukyur la. Kerja betul-betul dan jangan curi tulang tau..Aku nak sambung buat kerja neh. Babai..

Comments

Liyana Anuar said…
Saya pun keje gak ari ni..sedih gak lah~~

Bersabarlah menghadapi bos awk ye :)
IntaNBerliaN said…
sabar je la dgn bos yg sak bebel ni...


p/s : cntik background :-)

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)