Skip to main content

Lantak Ko la Bos..Aku Nak Resign!!!!!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t

Setelah difikir semasak-masaknye, aku membuat keputusan untuk meletak kan jawatan hujung bulan neh. Sambil menyusun barang aku dok pikir nak berhenti ke tak nak. Waaaaaaa..kalau ingat kan balik, aku menyesal sebab resign keje lama dulu. Padahal aku dah bahagia buat insurans tu.Padan la muka aku. Dah tau perangai bos aku ni macam mana still nak kerja dengan dia lagi. 

Tak pe la. Anggap je aku dengan company ni tak ada jodoh. Bak kata kakak aku, kalau penat tapi hati seronok buat kerja tu tak pe jugak, ni dah la gaji tak sebesar mana pulak tu sakit hati, memang lama-lama boleh duduk kat tanjung rambutan. Aku pun tak kisah kerja susah asalkan hati aku seronok. Rase macam nak duduk kampung lepas tu bercucuk tanam, tapi tanah pulak tak ada. Kalau ada tanah memang dah lama aku usul kan niat tu kat bapak aku. 

Good bye la kos bos. Bulan depan ade Audit ISO. Ko buat la sendiri. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kate, sekarang ko rase. Hengat aku ni tak de perasaan, cakap memang ikut sedap mulut je. Pape pun aku nak ucap terima kasih jugak la kat ko bos sebab aja aku yang tak sebanyak mana ni. Aku hargai.

Seb bek aku tak dapat offer letter lagi. So boleh bagi notice 24 jam. Aku doakan company ko ni akan maju dengan perangai ko yang macam ni. Tapi aku yakin, bos aku ni dengan aku je die jadi SINGA BETINA. Dengan orang lain die okey je. Tak paham sungguh. Entah ape la yang die tak berkenan sangat dengan aku ni. Agaknye tunggu aku buat pembedahan muka jadi macam muka orang Korea baru die nak suka aku kot.

Cukup la aku mengarut untuk hari ni. Jap lagi Singa Betina tu sampai, mau bernanah telinga aku. Korang buat kerja tau. Jangan mengular. hehehehehe.Babai..

Comments

Munn Jaafar said…
alahai marah benar ni.....kalau hati hari2 sakit better berenti je lah..
QasehnyaRania said…
r u sure dear ?
dah fikir semasak-masaknya ke nk resign nih?
ika alwee said…
dalam dunia ni mmg ade sikap pilih kasih..
saba je la..mesti ade ganjaran lebih besar dr tu...
ok noli....:-)
IntaNBerliaN said…
alahaiii.. siannya oligo dpt boss camgini..
indahhiasan said…
ye..memang dah pikir semasak2nye untuk resign..sbb tak pasti sampai bile boleh tahann dengan sikap bos tu..
Nadia said…
sabar ye..biasa lah kerja kan..
aduhh.. mujurlah akak dpt bos yg baik hati.. syukur sgt2.. lom pernah lg dpt bos yg mcm tu..
moga dpt kerja & bos yg lebih baik lepas ni ye..

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da