Skip to main content
Assalamualaikum w.b.t.

Ni aku nak habaq kat semua orang, hari ni bos aku tak de, pegi Myanmar...Horreeyyyyy!!!! (pekerja berantu) Di kesempatan ini, boleh la aku mengambil kesempatan yang bersempat-sempat untuk layan blog sampai ke petang. Bukan selalu aku dapat peluang macam ni. Sekali-sekala je tak pe kot...Suka-suka hati aku je  tak pe kot.

Aku buat kerja jugak ni. Sambil menyelam minum air. Tak berkat gaji aku nanti kalau terlampau mengambik kesempatan kan. Aku taip dua tiga kerat lepas tu aku buat keje. Fair and square. Hahahahaha..

Lantaran aku dah kerja part time balik sekarang ni, so tak de banyak masa sangat nak diluangkan untuk berblog macam dulu-dulu. For your information, sekarang ni aku tak kerja buat insurans kereta dah. Tapi aku suka kerja tu walaupun bos aku stress nak mengaja pekerjanye yang lambat pickup neh. 

Selepas eksiden hari tu aku decide untuk cari kerja yang dekat sikit dengan rumah. Alhamdulillah dapat. Tapi aku pulak kena pindah rumah. Cari yang dekat-dekat tak jumpa. Dapat yang jauh nun di sana. Secara tak langsung rumah sekarang dengan tempat kerja masih lagi jauh. Bezanya dengan dulu, jalan tak jem. So boleh lagi la kalau nak mencilok...

Tapi kos kehidupan dah bertambah. Sebab tu la kena buat kerja part time balik. Kebetulan bos petronas tu memerlukan orang dan dia panggil aku kerja semula dengan dia. Setelah difikir-fikirkan, aku pun bersetuju walaupun letih menguasai diri ini. Demi anak-anak yang berderet (PTPTN, sewa rumah, motor, perut, bil air, bil api, keperluan harian, makan minum) yang perlu di tanggung...

Aku nak buat kerja. Ok Bai...Opsss..sebelum terlupa aku nak habaq neh. aku join segmen INTAN BERLIAN FIRST GIVE AWAY..Sape nak join klik je link tu. Okebai....

Comments

aReLaN said…
saya pon macam nak tukar keje tapi seyes malas bila pikir bab nak cari rumah,pastu pindah pe sume tu.hmmm
Ammar said…
Sambil menyelam minum air...heeee
IntaNBerliaN said…
adoiiii.. nsb akak xkeje..hihii

btw, pasal background akak tu.. akak tmpat lah dik.. tempah org suh edit blog..hihii
QasehnyaRania said…
perangai awak mcm ciksu msa kje cmpny construction dulu....bos xda mulalah buat hal...hhahaha..

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)