Assalamualaikum w.b.t.
Ni aku nak habaq kat semua orang, hari ni bos aku tak de, pegi Myanmar...Horreeyyyyy!!!! (pekerja berantu) Di kesempatan ini, boleh la aku mengambil kesempatan yang bersempat-sempat untuk layan blog sampai ke petang. Bukan selalu aku dapat peluang macam ni. Sekali-sekala je tak pe kot...Suka-suka hati aku je tak pe kot.
Aku buat kerja jugak ni. Sambil menyelam minum air. Tak berkat gaji aku nanti kalau terlampau mengambik kesempatan kan. Aku taip dua tiga kerat lepas tu aku buat keje. Fair and square. Hahahahaha..
Lantaran aku dah kerja part time balik sekarang ni, so tak de banyak masa sangat nak diluangkan untuk berblog macam dulu-dulu. For your information, sekarang ni aku tak kerja buat insurans kereta dah. Tapi aku suka kerja tu walaupun bos aku stress nak mengaja pekerjanye yang lambat pickup neh.
Selepas eksiden hari tu aku decide untuk cari kerja yang dekat sikit dengan rumah. Alhamdulillah dapat. Tapi aku pulak kena pindah rumah. Cari yang dekat-dekat tak jumpa. Dapat yang jauh nun di sana. Secara tak langsung rumah sekarang dengan tempat kerja masih lagi jauh. Bezanya dengan dulu, jalan tak jem. So boleh lagi la kalau nak mencilok...
Tapi kos kehidupan dah bertambah. Sebab tu la kena buat kerja part time balik. Kebetulan bos petronas tu memerlukan orang dan dia panggil aku kerja semula dengan dia. Setelah difikir-fikirkan, aku pun bersetuju walaupun letih menguasai diri ini. Demi anak-anak yang berderet (PTPTN, sewa rumah, motor, perut, bil air, bil api, keperluan harian, makan minum) yang perlu di tanggung...
Aku nak buat kerja. Ok Bai...Opsss..sebelum terlupa aku nak habaq neh. aku join segmen INTAN BERLIAN FIRST GIVE AWAY..Sape nak join klik je link tu. Okebai....
Comments
btw, pasal background akak tu.. akak tmpat lah dik.. tempah org suh edit blog..hihii