Skip to main content

Semoga Rohnya Tenang DISANA

Assalamualaikum w.b.t

Semua orang pun tau Izwan Pilus telah kembali ke rahmatullah Jumaat lepas di hospital ampang. Aku tau pagi sabtu, masa tu nak beli breakfast, jeling-jeling kat rak surat khabar. Mula-mula tak ada hati pun nak beli. Lepas terbaca tajuk kecik kat kepala paper harian metro, terus aku sambar satu. 

Sampai kat opis, aku terus buka mukasurat lapan. Memang betul Izwan Pilus dan meninggal dunia. Tetiba rasa sedih. Aku bukan peminat fanatik dia, tapi aku suka tengok muka dia yang menyejukkan hati. (memang la menyejukkan hati, sebab arwah hensem). Suara dia pun sedap.

Hari Ahad tengok kat melodi pulak, lagi la sedih hampir-hampir aku menangis. Tapi di sebabkan adik beradik aku semua ada, aku terpaksa cover air mata. Kang kena perli pulak. Tapi memang aku betul-betul sedih. Pemergian arwah memang mengingatkan aku pada diri sendiri. Entah bila pulak turn aku, tapi bekalan untuk kesana tak cukup-cukup lagi. Itu la yang membuatkan aku risau sangat-sangat.

Teringat pada saudara aku yang meninggal beberapa minggu sebelum raya tahun lepas. Arwah baru berumur 19 tahun. Itu pun aku rasa macam tak percaya. Kebetulan minggu lepas ayah arwah ada balik kampung. Aku ternampak gambar family kat rak pinggan mak cik. Hati aku pulak jadi sayu. Teringat kat arwah opah, chik dan chu. Bagaimana keadaannya di sana. Mampu ke aku bila sampai waktu aku nanti. Aku hanya mampu berdoa dari sini. Semoga roh arwah insan yang aku sayang berada dalam golongan orang yang beriman...Aminnnnnnn



p/s kakak aku punye pasal, sape suruh letak video izwan pilus kt facebook...

Comments

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)