Skip to main content

Kena marah hari-hari..

Assalam......

Hari ni aku saje nak menukar alignment kat blog. Nak berubah sempena tahun baru. Pirahhhh..dah terlambat...tahun baru pun dah nak habis...baru kau nak berubah...
sekarang ni aku agak sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak bace blog orang lain. Sedih tu memang la sedih. Tapi nak buat macam mana.. Dah nama pun menggunakan harta benda syarikat. Padan la muka kau.....

Keletihan pun dah terlampau. Lagi penat daripada kerja dulu walaupun dulu aku buat dua kerja. Tu yang memusykilkan aku. Macam ade jin bertenggek pulak. Mintak disimpangkan la. Huuhuhuhuhu...Dan kerja sekarang ni menyebabkan aku terpaksa menjadi orang yang keras hati, sebab boleh di katakan hari-hari kena marah dengan bos. Waaaaa...seperti yang aku jangka. Tapi dah ni pilihan aku, so kena terima seadanya. Bos aku ni memang spisis singa betina dah nak monopos..Aku kenal dia sesangat..Tapi mase die interview aku hari tu cakap bukan main lembut. Rupa-rupanye telahan aku salah sama sekali.

Dia masih singa betina yang aku kenal dulu. Mula-mula kena marah memang terasa macam nak meraung bila dah lama-lama aku jadi lali. Boleh buat muka sengal lagi depan dia. Bak kata pak cik operator, bila dia membebel, kite senyap je. Jangan melawan. So aku pun ikut la nasihat pak cik operator. Setakat ni telinga aku boleh tahan lagi la ape yang die cakap tu. Len kali tak tau la kan...

Mengumpat bos pulak aku hari ni. Sorry ye bos. Saye buat kerja sekarang. Ok babai..

Comments

IntaNBerliaN said…
alahaiii siannya... kdg2 tensen gak kan..
L said…
huhu.. tensen dia kene marah dgn bosh.. huuu
jom renung2kan sebentar..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/kenapa-ilmu-itu-penting.html

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da