nuffnang

Sunday, January 8, 2012

Bila Dato' AC Mizal Berlakon Gerak Khas semula........

Assalamualaikum w.b.t

Berzaman aku tak hapdet blog sebab kerja sekarang tak berapa nak bz dan tak berapa duduk sangat depan komputer. Dari pagi sampai ke petang round production. KETIBAS. Tapi aku suka sebab boleh kurangkan lemak-lemak tepu yang mengelilingi aku sepanjang masa ni =D Hari ni ada peluang aku pun apa lagi......laju je nak menaip ape tah lagi bila ada benda yang aku nak share dengan korang semua..hehehhehehe


Korang percaya tak dengan tajuk entri aku tu? Jangan mudah percaya dengan tajuk entri. Alkisahnye petang semalam aku tengok cite GERAK KHAS THE MOVIE 1 kat Astro. Dato' AC la jadik hero dalam tu. Dalam masa yang sama aku tengok ulangan MAHARAJA LAWAK MEGA kat Astro jugak. Hos Dato' AC. Dari situ aku tengok la perbezaan beliau mase muda dan sekarang ni. 


Tengok die berlawan dengan Rosyam Nor dalam Gerak Khas, waaaaaa..memang terbaik, terbang sane-sini, terpelanting kat diding, kena sepak terajang (aku memang suka tengok filem aksi) dan macam-macam lagi la. Dato' AC ni berbakat. Dan aku suke bile die berlakon. Lawak pun boleh, aksi pun boleh. Tapi aku rasa filem aksi die kurang. Jadinye aku terfikir la, kalau la die berlakon balik dalam cite GERAK KHAS alangkah bagusnye. Sebab lepas die tak berlakon dalam GERAK KHAS aku memang dah tak tengok cite tu sampai sekarang. Siarannye entah hari apa dan pukul berapa pun aku tak tau.


Kalau die berlakon semula jadi INSPEKTOR MAZLAN, mau aku duduk depan tv tiap-tiap minggu nak tengok drama GERAK KHAS =D 


Itu je sebenarnye yang aku nak share dengan korang. hehehehehe...sape setuju Dato' AC berlakon drama GERAK KHAS, angkat ibu jari kaki kanan sekarang =P..

3 comments:

IntaNBerliaN said...

hihii.. akak pulak xtgk cite gerak khas tp mak mentua wajib tgk... cite fav..hihi

Munnafendy said...

kekuatan gerak khas dlu kat pasangan ac dan abby..sy skrg pun dh xtgk gerak khas...mcm xbest dh

Zul Fattah said...

erm.. sama la oligo.. aku pun dah lama x layan gerak khas ni.. ada lg ke skrang cite tu?

anda mungkin meminati: