Skip to main content

Saiton ko Pencuri!!!!!!!!

Salam...

Hari ni bagi salam pun ringkas, aku tension tahap karma neh. Memang spoil sungguh mood aku hari ni. Mana tak nya, pagi tadi masa aku nak pergi kerja aku tengok moto aku pelik je rupe die. Kebetulan ade moto yang sama jenis dengan aku kat sebelah. Aku renung moto tu. Apa yang moto tu ada dan apa yang moto aku tak ada. Aku tengok bahagian depan moto aku dogol je. Sah!!!! SIDE MIRROR aku kena curi. Waaaaaa..rasa nak menjerit je satu bangunan.

Kenapa time aku nak pindah ni dia baru nak curi. Memang aku sumpah si pencuri tu tak aman hidup dia. Kau ingat murah ke nak beli side mirror tu wei. Aku baru je ganti lepas eksiden hari tu. Memang hati aku ni rasa macam nak meletop. Tapi nak buat macam mana. Kena redha. Siap tepon mak lagi nak mengadu nasib. Mak cakap syukur la die curi side mirror je..Buatnye die curi sebijik moto, tak ke naye.....

Tak pe la..dah tak da jodoh side mirror tu dengan aku agaknye. Ku lepaskan kau pergi tanpa rela...huhuhuhuhuhu


p/s: kalau aku tau sape pencuri tu memang aku nak langga dia....

Comments

Unknown said…
relax3 . sy sokong kata2 mak awk tu :)
msredcheesecake said…
Istighfar byk2 bila dilanda musibah supaya kita tak mengamuk sakan... Takde apa dapat msred cakap selain sabar....
Salina Mat Isa said…
ada hikmah tu..sabar je la..
Zul fattah said…
sabar oligo.. sabar.. jgan marah2.. ni ujian Allah kat mu
Pondok Usang said…
side mirror pun kene curi.. aduuyaii..

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da