Assalamualaikum....
Hallo hallo hallo (apakah tetiba hallo) Selamat pagi Khamis nan indah kepada semua warga Malaysia (semangat tak hengat) Alhamdulillah hari ni bernafas lagi aku kat muka bumi Allah s.w.t yang luas ni. Ni nak habaq la kan macam mana aku boleh jadi ceria tak hengat dunia. Lepas solat subuh pagi tadi, aku pun on la televisyen. Amboi..over aku neh..nak jugak taip televisyen yang panjang lebo tu..Bukan nye korang tak paham kalau aku taip TV je pun, ye dak. Ha, x pe abaikan la....
Mula-mula aku dengar lagu nasyid. Syahdu sungguh hati aku ni bile dengar lirik-lirik dakwah yang dorang nyanyikan. Tetibe terasa insaf tapi time tu je la kan. Lagu habis insaf pun lesap entah ke mana. Huhuhuhuhu...Lepas siaran nasyid tu habis, aku tukar channel. Aku tak ingat la ape name channel kat astro tu. Yang aku tau nombor die 109. Aku bukan bese sangat dengan astro ni.
Kebetulan Macam-macam Aznil baru je start. Aku pun duduk la depan TV tu. Tak ada apa nak buat pon kan. Sambil seterika baju sambil tengok TV. Kang kalau ade baju hangus lagi padan muka diri sendiri.
Topik si aznil pagi tadi pasal bola sepak. Tetamu jemputan dia Anding dengan Khalid Jamlus. Pemain bola sepak tu la. Aku ingat rancangan tu baru lagi. Sekali dia ade sebut tahun, rupenye tu siaran tahun 2005. Aku baru terhegeh-hegeh nak tengok. Ye la, astro kan suke ulang cite yang same 28 juta kali...Rancangan zaman aku anak dara dulu-dulu. Hahahaha..Sekarang ni pun anak dara jugak.. Tapi dulu anak dara lagi muda dari sekarang la. Remaja gitu.
Memang pecah perut aku tengok gelagat si pak nil tu. Ade je lawak spontan yang dia buat. Pepagi hari aku dah kacau jiran tetangga yang nak berdengkur. Aku ni kalau gelak mana boleh slow-slow. Tak puas, rasa tersangkut nafas kat dada. Boleh bagi alasan bongoks macam ni??? Hahahahaa.. Tak kisah la kan. Janji aku dapat gelak kuat-kuat. Time kasih la pak nil sebab dah tolong buat aku ketawa pepagi hari. Awet muda aku lepas ni kan. Hehehehehehe..Jangan jeles..
p/s bos tak de hari ni..yehaaaa!!!!!!!
Comments
pak nillll mang smp ke tua menghiburkan :))
jom tgk falsafah ni kejap//
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/kekasih-hati.html