Skip to main content

Pagi- hari lagi Aznil dah buat aku mengilai sorang-sorang....

Assalamualaikum....


Hallo hallo hallo (apakah tetiba hallo) Selamat pagi Khamis nan indah  kepada semua warga Malaysia (semangat tak hengat) Alhamdulillah hari ni bernafas lagi aku kat muka bumi Allah s.w.t yang luas ni. Ni nak habaq la kan macam mana aku boleh jadi ceria tak hengat dunia. Lepas solat subuh pagi tadi, aku pun on la televisyen. Amboi..over aku neh..nak jugak taip televisyen yang panjang lebo tu..Bukan nye korang tak paham kalau aku taip TV je pun, ye dak. Ha, x pe abaikan la....


Mula-mula aku dengar lagu nasyid. Syahdu sungguh hati aku ni bile dengar lirik-lirik dakwah yang dorang nyanyikan. Tetibe terasa insaf tapi time tu je la kan. Lagu habis insaf pun lesap entah ke mana. Huhuhuhuhu...Lepas siaran nasyid tu habis, aku tukar channel. Aku tak ingat la ape name channel kat astro tu. Yang aku tau nombor die 109. Aku bukan bese sangat dengan astro ni. 


Kebetulan Macam-macam Aznil baru je start. Aku pun duduk la depan TV tu. Tak ada apa nak buat pon kan. Sambil seterika baju sambil tengok TV. Kang kalau ade baju hangus lagi padan muka diri sendiri.


Topik si aznil pagi tadi pasal bola sepak. Tetamu jemputan dia Anding dengan Khalid Jamlus. Pemain bola sepak tu la. Aku ingat rancangan tu baru lagi. Sekali dia ade sebut tahun, rupenye tu siaran tahun 2005. Aku baru terhegeh-hegeh nak tengok. Ye la, astro kan suke ulang cite yang same 28 juta kali...Rancangan zaman aku anak dara dulu-dulu. Hahahaha..Sekarang ni pun anak dara jugak.. Tapi dulu anak dara lagi muda dari sekarang la. Remaja gitu.


Memang pecah perut aku tengok gelagat si pak nil tu. Ade je lawak spontan yang dia buat. Pepagi hari aku dah kacau jiran tetangga yang nak berdengkur. Aku ni kalau gelak mana boleh slow-slow. Tak puas, rasa tersangkut nafas kat dada. Boleh bagi alasan bongoks macam ni??? Hahahahaa.. Tak kisah la kan. Janji aku dapat gelak kuat-kuat. Time kasih la pak nil sebab dah tolong buat aku ketawa pepagi hari. Awet muda aku lepas ni kan. Hehehehehehe..Jangan jeles..


p/s bos tak de hari ni..yehaaaa!!!!!!!



Comments

lieynanilaz said…
cerita macam-macam aznil memang best...saya tak jemu walau dah ulang banyak2 kali...:)
msredcheesecake said…
Anak dara takleh gelak kuat2.... Nanti ilang sweet... Hheee....
ShahzCudin said…
elok la tu gelak kuat2..boleh kjut jirn2 solat subuh..
IntaNBerliaN said…
hihi.. akak mmg sk pk nil ni..
Cikrosecute said…
hehehe..pagi2 dah gelak sorang2 ya...angkara pak nil...
Unknown said…
macam-macam aznil @15..memang best gila kot
Zul fattah said…
sengal la ko oligo.. gelak sampai tak ingat dunia.. huuhu
aamalinaazman said…
hhehehehe
pak nillll mang smp ke tua menghiburkan :))
L said…
sebab tu L xpasang astro kat umah buat nyemak jer.. haha

jom tgk falsafah ni kejap//
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/kekasih-hati.html

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da