nuffnang

Tuesday, December 27, 2011

Jauh Perjalanan Aku Hari ni...=)

Assalamualaikum.... =D

Nak sengeh lebo-lebo sikit, nak menunjukkan yang aku happy sangat hari ni walaupun kesihatan tak bape nak ok. =D Yang sebenonye, idak le happy sangat. Ade cite yang tak bape nak sedih di sebalik senyuman aku yang lebo ni...

Semalam mase nak balik keje, tayar aku pancit. Waaaaaaaaa!!!!! Dah la hujan lebat gile. Aku terlanggar lopak. Aku tak tau pun ade lopak kat situ sebab ade air. Salah aku jugak sebab aku nak potong kereta kat depan. Tetibe motor bergoyang. Aku bagi signal ketepi. Aku turun tengok tayar motor dah melepek (tak de angin) terpaksa la aku sorong moto sampai ke rumah. Nasib baik dah nak sampai. Dah nak sampai pun tapi sakit jugak kaki tangan aku ni. Letihnye..ya ampunnnnnnnnn....

On the way nak balik, ade pulak anjing menunggu kat depan. Hadoi..apa la nasib..dah la kena simbah denga air. Ade pulak sorang manusia yang tak tau nak memperlahankan keretanya bila lalu, nasib baik aku tak tertelan air hujan.

Ingatkan dah selamat dari anjing, rupa-rupanya kat depan menunggu lagi sekor. Tetibe je keluar dari pokok-pokok yang menjadi penghalang kubur orang india yang ada kat situ. Dia pandang je kat aku. Kebetulan situ kawasan bukit. Aku pun hape lagi, aku nek je moto yang bergoyang tu. Lantaklah perlahan pun janji tak kena baham dengan anjing. 

Seb bek anjing tu tak de niat nak keja aku yang dah macam orang nak naik ke bulan ni. Memang mengerikan.  Dah la mase lalu kubur tu ade dengar macam orang bace mantera, tak tau la ade orang mati ke tak. Nasib semalam hati cekal sikit. Kalau tak mau aku meraung tepi jalan sorang-sorang. Dah la jalan sunyi. 

Sampai je rumah, aku terus parking motor. Rupa-rupanya bukan tayar pancit tapi sport rim bengkok. Ape la nasib. Baru je tukar sport rim lepas eksiden hari tu. Duit lagi. Agaknya gaji aku ni memang untuk sara moto je kot. Huhuhuhuhuuhu...Tak pe lah. Aku anggap ini semua dugaan untuk aku. Kena redha..ye dak..

Jadinye hari ni aku pergi bekerja naik bas buat pertama kalinya selama aku tinggal kat Puchong ni. Subuh-subuh sepiie aku dah keluar rumah. Tak pe la, keluar peluh jantan. Dah lama tak keluar peluh. Asik duduk memerap je dalam opis. Lemak pun dan terkumpul. Termengah-mengah aku jalan nak masuk opis sebab tempat bas berhenti jauh kat luar. Jadi untuk dua tiga hari ni kurang la sikit lemak aku kan. Hehehehehehe.. Sape yang rase kurang lemak, nak aku transfer lemak kat korang???Aku dengan berbesar hatinye nak buat amal jariah. Hahahahahaha...

Okey lah. Tah hape-hape aku mengarut. Moh buat kerja. Babai..=)

1 comment:

ika alwee said...

so hikmah nye di sini, ko belajar cara naik bas...hehehe

anda mungkin meminati: