Skip to main content

Family wawa memang terbaeeekkkkk!!!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Ape kaba? Di harap kawan-kawan semua sihat walafiat dan ceria-ceria selalu. Pepagi hari aku dah skema. Pedulikkan. Minggu lepas cuti christmas korang pegi jejalan mana? Aku jejalan pegi Batu Pahat. Rumah wawa a.k.a roomate aku. Ayah die ade buat BBQ ahad malam isnin, dia jemput aku datang. Aku kalau bab makan ni memang payah nak menolak.

Gambar aku tak ambik sebab kurang sesuai untuk dipaparkan disini (sila jangan berfikiran kuning hokey). Huhuhuhuhu...Bawa kamera tapi letak dalam beg je. Perjalanan balik ke Batu Pahat mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih rasanya. Oleh kerana jalan jem di area Seremban, kalau tak silap la, sebab sepanjang perjalanan tu aku banyak tido. Hahahahahha...Hujan lebat pulak tu. Jadi tak boleh laju sangat. Sebab semua yang ada dalam kereta tu masih anak dara lagi. Hikhikhik..

Dalam pukul 5 lebih kami sampai. Semua nya lebih sebab aku tak tengok jam. Kami disambut baik oleh mak wawa dan adik-adiknya. Family wawa sangat-sangat ramah, especially ayah dia la. Kejanya nak mengenakan aku. Sampai gigi aku yang tersompet sikit ni pun dia perasan. Wawa yang berkawan dengan aku bertahun-tahun pun tak perasan. Memang teliti sungguh pak cik nih. 

Adik-adik wawa pun friendly jugak, tak de la pemalu. Aku ni dah memang sah-sah tak tau malu, bile org tak malu dengan aku aku lagi la bertambah-tambah tak tau malu. Time makan selamba biawak je aku tambah. Hahahaha..Siap puji mak wawa, sambal yang dia buat tu sedap. Memang sedap pon. Licin sampai terkejut mak cik tu. Dia cakap biasanya dia buat sambal dua hari baru habis. Dah licin baru aku terasa malu. Biaq pi la.....

Hari ahad tu aku tolong dorang bakar ikan. First experience. ..Bak kate pak cik wawa, bukan ikan bakar, ikan terbakar. Rentung. Bakar tak hingat dunia. Tapi still boleh makan. Rase nak terbakar tangan aku. Panas rupanya arang tu..huhuuhuhuhuhuhu..tapi memang terbaeeeekkkkk la. Happening..

Pape pun terima kasih kat family wawa di atas layanan baik dorang kat aku dan qila. Kenyang perut dua hari duduk sana. Hehehehehe.. Tapi ayah wawa cakap kat aku, lepas ni kalau datang rumah dia lagi, pastikan gigi aku dah di tampal. Sabo je le teman...


p/s lepas ni nak pegi sunway lagoon...nak ikut tak???

Comments

IntaNBerliaN said…
wah.. mcm seronok je.. akak pun suka kalu dpt layanann cam oligo ni.. hihii
Zul fattah said…
fulamak best r dapat kawan yg mak dgan ayah sporting gile.. siap dapat buat bakar ikan lg.. bestnya..

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)