nuffnang

Monday, December 12, 2011

Bakal bapa mertua tak suka aku...

Assalamualaikum....

Seperti tajuk entri di atas, memang begitu la keadaannya. Sedihkan. Nak buat macam mana. Aku redha dengan ketentuannya. Dah bukan jodoh aku. Dua hari lepas BF bawak aku pegi umah dia yang jauh beribu batu. Memerlukan kapal terbang kalau nak pergi umah dia tu. Entah apa la nasib aku dapat BF jauh-jauh ni. Hati tu dah gembira bukan main nak jumpa bakal bapak mertua dan mak mertua. Dari awal kenal dia aku dah rasa kurang enak. Ye la, die tu anak orang kaya, aku pulak bukan kaye sangat, di tambah lagi tahap kecerdikan dia yang jauh lebih tinggi dari aku, membuatkan aku rasa memang akan di reject awal-awal.

Bila sampai je kat umah dia, sambutan agak baik. Tak seperti yang aku jangka, tapi telinga aku dah mula dengar bunyi kurang enak dari saudara-mara dia. Tapi dia tetap yakin kan aku yang dia sayang aku. Terpujuk sikit rasa sedih tu. BF bawak aku pergi jalan-jalan, senang cite pergi dating la. Waktu tu aku masih belum jumpa dengan ayah dia. Rasa macam aku la orang paling bahagia kat dunia time tu.

Keesokan harinye mak dia datang untuk jumpa aku. Punya la aku ngeri. Kompem kena maki hamun tapi rupenye tak kena maki hamun pun.. Mak dia cantik sangat dah la lemah lembut. Siap peluk cium aku lagi. Tetibe bapak dia datang dengan muke yang bengis. Yang ni memang aku yakin sangat la kena reject. Memang tak banyak cakap, dia terus cakap kat BF, aku tak layak jadi menantu dia. Die suruh BF anta aku balik. Aku cakap tak pe la, aku boleh balik sendiri. Dah la first time naik kapal terbang. Beli tiket kapal terbang pun tak pernah. Aku asik pegang je tiket kapal terbang tu. Tak tau bile nak naiknye..

Sedih bukan kepalang aku time tu. Aku tengok cahaya matahari kat luar. Nampak ceria je. Tapi nape mate aku rasa berat je? Aku tengok jam kat tepi. OOO..dah kol 11 pagi rupanya. Patutla aku tak gerak-gerak lepas dapat tiket kapal terbang, rupanya aku mimpi..Hahahahahha.. Mimpi yang kuang asam sungguh. Ade ke patut mimpi macam tu.. Mintak di jauhkan. 

Entah sape la BF aku tu ye. Muke die pun aku tak nampak. Kui Kui Kui..Sorry le korang kalau rase tertipu. Aku tak de niat nak tipu pun. Tapi bile aku ingat balik mimpi tu, rase macam nak tergelak. Kurang asam btol.. Hahahahahhahahhahhahahhahha...Tu yang nak share dengan korang.. Tak boleh blah kan..

6 comments:

Naz said...

kalo betul, mau frust guling2..haha

oli-go said...

may be jugak kot..hahahaha

IntaNBerliaN said...

adehhh ingat ke betoi tadi... excited je baca.. hahha

Munnafendy said...

isy3...dah kena la ni??

hahah kalau betul tu mmg agk frust la..ada lg bapak yg cenggitu eh? hehe

aReLaN said...

adoiyai...tekun je baca smpi ke habis.alih2 mimpi je.aiyaaa...hahaha

nur fatin said...

hahahaha...ingatkan tadi da betul ade bf... :)

anda mungkin meminati: