Skip to main content

3 Idiots..

Assalamualaikummmmmm mengkome hoi!!!!!!

Korang tau 3 Idiots ni amende? Aku rase ramai yang dah tau. Aku je yang ketinggalan zaman. Ini ada movie hindustan. Aku tengok cite ni pun sebab dia keluar kat TV3. Hari rabu malam khamis 3 Idiots part 1, malam tadi    3 Idiots part 2. Nape aku sebok bebeno nak cite pasal cite ni????Sebab cite ni memang terbaekkk dari panggung la. 

Asalnye aku ade tengok iklan movie ni akan di siarkan, tapi aku tak ingat tarikhnye bila. Rabu malam tu, aku kurang sihat, aku pun telan la 2 biji panadol. Lepas tu aku tidur. Sejam lepas tu aku terjage sebab rase panas. Jenuh la aku pejam mata nak tido balik. Tapi tak boleh. Aku decide keluar bilik dan tengok tv. Tekan on terus keluar cite 3 Idiots ni. Aku layan je la. Sebab mate pun tak bape nak mengantuk lagi.

Sekali tengok, hamekaw....klako citenye..memang aku gelak tak hingat dunia, sampai laila keluar bilik nak tau ape yang kelakar sangat. Aku pun tak pasti la bile cite ni keluar.  Artis yang aku kenal dalam tu cume Amir Khan dengan Kareena Kapoor je. Yang lain haremmmmm...


Heroin yang tak bape nak heroin sebab ni bukan movie centa sangat....


Cite ni mengisah tentang tiga orang sahabat yang belajar kat Kolej Kejuruteraan yang mana Pengarahnya seorang yang sangat tegas dan hagak jahat la jugak. Ade ke patut pengarah kolej sediakan paper khas untuk bagi student yang die tak suka gagal exam. Kuang asam kan pengarahnye tu. Tau la Kolej tu dia punye. Siap ade student yang bunuh diri lagi. Tapi dorang ni bukan la bodoh sangat, tapi banyak buat perkara yang bodoh dan lawak. Walaupun citenye lawak tapi ade jugak pengajaran yang boleh di ambik. Lawaknye tak de la keterlaluan..tapi ok..kalau dah boleh buat aku gelak tak hengat dunia tu maknanya lawak la kan....




Ni la 3 Idiots...



Dalam cite ni Amir Khan nampak sangat muda dan hensem..Auwwwwwww..jatuh cinte aku kat die..hahahahhaha..Mungkin sebab die rendah kot. Orang kate orang rendah ni memang selalu nampak mude...Ye ke?????Musykil aku..


Ini la pengarah yang tegas merangkap tuan punya kolej 



Aku tau cite ni ade part1 dan part2..Kan aku dah bagi tau tadi ade kua iklan. Jadi semalam aku pun bersengkang mata untuk tengok cite ni. Tapi yang part2 lawak die tak banyak sangat.. Part2 lebih banyak cite pasal Rancho si Amir Khan ni la yang tetibe menghilangkan diri lepas die grad...So, dua orang kawan dia ni pi la cari balik si Rancho ni...Yang sebenarnye Rancho bukan name sebenar Amir Khan (dalam cite ni) Name dia ape tah...Tak reti aku nak sebut dan taip. Yang aku ingat Wangdu hujung namenye...Jadi ape kate korang yang belum tengok, pegi tengok cite neh...Pegi la tengok..best......

Confirm tak menyesal tengok cite ni. Kalau kat panggung memang tak de, Korang download or beli vcd or dvd..Sekiannnnnn....Selamat menonton...renung-renungkan =)
























Comments

L said…
beshkn citer nieh.. huhu
I really like this move though I can only understand it by reading the sub-titles. Thumbs Up!
I like watching this movie though I can only understand the whole conversations through reading the sub-titles.
L said…
biler nk update ag..=)

Jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)