Assalamualaikum w.b.t
Akhirnya sampai la episod terakhir entri aku pasal Sungai Petani. Sape yang belum baca part 1, part 2, dan part 3, sila lah baca. Jangan malu-malu. =D
Hari Ahad adalah hari terakhir kami kat Sungai Petani. Memang letih gila, dengan tak cukup tidurnya, dengan kurang rehat tapi masih ada hati nak menjelajah satu Sungai Petani. Pagi-pagi lagi (pukul 10 pagi sangat ke?) kami dah bangun untuk melaksanakan plan yang terakhir sebelum balik semula ke Puchong. Sebelum bergerak pergi UiTM tempat kami study dulu, kami pergi rumah pengantin untuk breakfast dan salam peluk cium sebelum balik. Ada nasi lemak, ada roti canai dan pengantin bagi kami makan kek yang tak sempat di potong semalamnya. Kenyang jugak la. Sebab masa tu pun dah pukul sepuluh lebih. Dah nak masuk makan tengah hari. Lepas makan kami bertolak pergi UiTM lalu jalan Sungai Lalang.
Aku la manusia paling excited sekali bila masuk UiTM. Kami risau guard tak bagi kami masuk sebab UiTM Kedah tak sama dengan UiTM Shah Alam. Dia akan tanya nak masuk ke kawasan kampus untuk apa, tapi guard kali ni ok. Die bagi je kami masuk. Kami pusing seluruh kawasan UiTM, naik kereta la. kalau jalan kaki memang basah ketiak di buatnya. Ada banyak bangunan-bangunan baru dan jalan berbumbung untuk pelajar. Masa aku dulu tak ada pun semua ni. Kalau hujan, kau tunggu la sampai hujan berhenti tak pun basah kuyup la kau sampai ke bilik. Lepas tu ada tambah lagi satu hostel untuk pelajar perempuan. Dewan makan melampau sungguh. Bak kata Laila macam R&R. Tapi kat ceruk. Hahahaha.. Belakang tu masih ada banyak lagi pokok getah dan haruslah bau getah yang dahulunya selalu buat aku sakit kepala setiap pagi masih ada.
Fakulti aku pun nampaknya makin meriah. Che Zaire cakap lecturer pun dah ramai. Masa aku study dulu ada belas-belas orang je. Sekarang dah ada 40 orang lecturer. Sebab dah ada course lain dalam fakulti tu. Belakang fakulti dah ada masjid dan jugak bangunan baru. Tapi tak sempat nak jenguk lebih-lebih sebab nak kejar masa. Aku jumpa Kak Zila pun kejap je. Kak Zila tu coach netball aku. Menggila men net ball dengan dia. Suara dia satu UiTM tu boleh dengar kalau dia menjerit. HEP pun dah berpindah ke bangunan baru bersebelahan dengan dewan makan pelajar lelaki. Pendek kata UiTM Kedah dah makin lawo...
Kali ni tak dapat nak ambil gambar sebab bateri kamera low, charger pun tak ada. So tengok dan simpan dalam kepala je la. Sedih. huhuhuhu..Keluar je dari UiTM, kami bergerak ke destinasi seterusnya. Gedai Cendol Pulut. Emmmm..nama tempat tu aku tak tau. Tapi dia berdekatan dengan Petronas dan Tesco baru. Yang paling aku ingat kat situ ada kedai keranda. Hehehehehe.. Area situ ada banyak hardware, kami selalu pergi ke sana untuk beli barang-barang assignment. Lepas tu pekena cendol pulut. Memang terbaik la cendol pulut kat situ. Selain cendol pulut, ada laksa, mee sup, bihun sup, mee tom yam, cendol jagung dan banyak lagi. Sape-sape yang teringin cendol pulut boleh la pergi ke sana ye. Gerai dia kat tepi jalan je.
Lepas mengenyangkan perut dan di belanja oleh wawa (thanks wawa) kami bergerak masuk ke highway untuk balik ke Puchong. Maka berakhir sudah percutian singkat kami yang memenatkan. Tapi aku rasa driver mesti lagi penat. Aku duduk kat belakang makan tido je. Sebab aku tak ada lesen kereta. Hehehehehe..
Comments
akak slalu lalu dpn uitm tu.. sbb g mkn ikan bakr dkt tg dawai.. hehhe