Skip to main content

Sungai Petani - Part 4 : Melawat UiTM dan Makan Cendol Pulut

Assalamualaikum w.b.t

Akhirnya sampai la episod terakhir entri aku pasal Sungai Petani. Sape yang belum baca part 1, part 2, dan part 3, sila lah baca. Jangan malu-malu. =D

Hari Ahad adalah hari terakhir kami kat Sungai Petani. Memang letih gila, dengan tak cukup tidurnya, dengan kurang rehat tapi masih ada hati nak menjelajah satu Sungai Petani. Pagi-pagi lagi (pukul 10 pagi sangat ke?) kami dah bangun untuk melaksanakan plan yang terakhir sebelum balik semula ke Puchong. Sebelum bergerak pergi UiTM tempat kami study dulu, kami pergi rumah pengantin untuk breakfast dan salam peluk cium sebelum balik. Ada nasi lemak, ada roti canai dan pengantin bagi kami makan kek yang tak sempat di potong semalamnya. Kenyang jugak la. Sebab masa tu pun dah pukul sepuluh lebih. Dah nak masuk makan tengah hari. Lepas makan kami bertolak pergi UiTM lalu jalan Sungai Lalang. 

Aku la manusia paling excited sekali bila masuk UiTM. Kami risau guard tak bagi kami masuk sebab UiTM Kedah tak sama dengan UiTM Shah Alam. Dia akan tanya nak masuk ke kawasan kampus untuk apa, tapi guard kali ni ok. Die bagi je kami masuk. Kami pusing seluruh kawasan UiTM, naik kereta la. kalau jalan kaki memang basah ketiak di buatnya. Ada banyak  bangunan-bangunan baru dan jalan berbumbung untuk pelajar. Masa aku dulu tak ada pun semua ni. Kalau hujan, kau tunggu la sampai hujan berhenti tak pun basah kuyup la kau sampai ke bilik. Lepas tu ada tambah lagi satu hostel untuk pelajar perempuan. Dewan makan melampau sungguh. Bak kata Laila macam R&R. Tapi kat ceruk. Hahahaha.. Belakang tu masih ada banyak lagi pokok getah dan haruslah bau getah yang dahulunya selalu buat aku sakit kepala setiap pagi masih ada.

Fakulti aku pun nampaknya makin meriah. Che Zaire cakap lecturer pun dah ramai. Masa aku study dulu ada belas-belas orang je. Sekarang dah ada 40 orang lecturer. Sebab dah ada course lain dalam fakulti tu. Belakang fakulti dah ada masjid dan jugak bangunan baru. Tapi tak sempat nak jenguk lebih-lebih sebab nak kejar masa. Aku jumpa Kak Zila pun kejap je. Kak Zila tu coach netball aku. Menggila men net ball dengan dia. Suara dia satu UiTM tu boleh dengar kalau dia menjerit. HEP pun dah berpindah ke bangunan baru bersebelahan dengan dewan makan pelajar lelaki. Pendek kata UiTM Kedah dah makin lawo...

Kali ni tak dapat nak ambil gambar sebab bateri kamera low, charger pun tak ada. So tengok dan simpan dalam kepala je la. Sedih. huhuhuhu..Keluar je dari UiTM, kami bergerak ke destinasi seterusnya. Gedai Cendol Pulut. Emmmm..nama tempat tu aku tak tau. Tapi dia berdekatan dengan Petronas dan Tesco baru. Yang paling aku ingat kat situ ada kedai keranda. Hehehehehe.. Area situ ada banyak hardware, kami selalu pergi ke sana untuk beli barang-barang assignment. Lepas tu pekena cendol pulut. Memang terbaik la cendol pulut kat situ. Selain cendol pulut, ada laksa, mee sup, bihun sup, mee tom yam, cendol jagung dan banyak lagi. Sape-sape yang teringin cendol pulut boleh la pergi ke sana ye. Gerai dia kat tepi jalan je.

Lepas mengenyangkan perut dan di belanja oleh wawa (thanks wawa) kami bergerak masuk ke highway untuk balik ke Puchong. Maka berakhir sudah percutian singkat kami yang memenatkan. Tapi aku rasa driver mesti lagi penat. Aku duduk kat belakang makan tido je. Sebab aku tak ada lesen kereta. Hehehehehe..




Comments

nini said…
kenangan tu best kan...=D
IntaNBerliaN said…
Alang2 dah sampai sini.. mestilah nak kene g ulit kenangan semula kan.. hihii

akak slalu lalu dpn uitm tu.. sbb g mkn ikan bakr dkt tg dawai.. hehhe
anumuchan said…
terkenang zaman study dlu pulak.huhuu
Asmara said…
teringin jugak nak melawat tmpt belajar dulu. :D

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)