Skip to main content

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t


Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair. Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan tesco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex. Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii....


Di Pintu Masuk Fun Fair


Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada dalam ni. Jarang Fun Fair yang ada sediakan mainan macam ni. Bincang punya bincang, kami setuju nak tukar token RM20 seorang. Banyak jugak. Satu token RM2. Jadi kami ada sepuluh token untuk di habis kan. Permainan yang pertama kite naik adalah ini:-




Aku tak tau apa namanya. Nampak bese je kan..





Ini adalah permaian pertama yang kite orang naik. Nak naik benda alah ni kena bayar dua token. Makananya RM4 lah.




Nampak aku pegang token yang berwarna ungu tu???


Kami dah ready nak naik. Satu buai tu naik dua orang. Aku dengan Dayang, Wawa pulak dengan Laila. Masa mula-mula naik benda alah ni, kami rilek je lagi. Bukannya dia laju sangat pun. Gerak slow emotion. Aku pulun amik gambar.


Oppssss..mat bangla ni pun termasuk jugak. Ni la orang yang jaga mainan neh.


Buat peace kau ye Dayang


Jangan tertipu dengan Dayang  ni ye. Buat peace konon. Lepas je benda alah ni bergerak, elok je sampai kat atas, kami semua pulun menjerit sebab gayat. Tinggi pulak tu. Lepas tu boleh pulak die berhenti betol-betol kat atas. Aduhai..nak luruh jantung aku di buatnye. Lama kau tau, bila buai yang kami naik ni bergoyang lagi la ngeri. Dalam kepala otak aku mula la terpikir benda yang bukan-bukan. Nak naik tapi bile dah naik menggelupur. Tensen je mat bangla tu dengan kite sebab asik menjerit. Lebih kurang dua pusingan barulah kami turun dari permainan neh.


Mainan yang kedua yang kami naik. Yang ni pun aku tak tau apa namanya. Yang aku tau benda alah ni ada kat Sunway Lagoon. Last aku main benda alah neh masa form one. Dah berzaman tok adam kan. Dorang pun eksited nak naik benda alah tu. Dorang tak tau benda alah tu boleh buat jantung kau gugur...hahahhaha



Tarrraaaaaa!!!!!Memang terbaik dari fun fair lah mainan neh..


Yang ini kena bayar 3 token bersamaan RM6. Mula-mula naik siap mengucap semua. Berdebar jugak. Ahakkssss..Tapi dah kami yang nak naik sangatkan, terimalah padahnya. Masa mula-mula benda alah ni hayun ke depan ok lagi. Anak tekak rilek je. Bila dia dah start laju, amekaw!!! Nak terkencing, terberak, termuntah, semua ada. Anak tekak ni boleh terkeluar dari kerongkong. Aku apa lagi, menjerit tak ingat dunia. Perut rasa geli bila kena hayun kuat-kuat macam tu. Orang belakang aku siap gelak gila-gila. Ok ke tak ok tu???


Ada satu part, benda alah ni berhenti kat atas, bagi kite orang tertonggeng. Hampeh betol. Dayang cakap kepala dia terhenyok. Hahahaha..Kesian budak tu, Di sebabkan aku pernah men benda alah tu, aku dah ready awal-awal. Time kite orang tergantung kat atas, aku sangkut kaki aku kat seat depan. So tak de la terhenyok macam Dayang. Habis terpeleot tudung dia dah macam makcik makcik katenye.



Keluar je lemah longlai kepala lutut. Muka masing-masing pucat tak berdarah. Aku ajak dorang main buai yang macam kat Genting Highland tu. Tapi semua dah surrender. Katenye semangat dah tertinggal kat atas sebab men benda alah ni. Hahahahha..Aku nak naik sorang-sorang memang tak la kan. Kak Poja cakap suara aku paling kuat menjerit. Sampai orang kat tepi tu gelak. Ah, lantak la...Aku jerit sebab nak ilangkan takut. Dengan kegelian kat perut yang amat dasat. (ayat cover) Dorang ajak pegi men benda baling-baling tu. Kalau menang dapat hadiah. Sah-sah la tak menang kan. Ingat senang nak menang???


Acara baling gelung

Hampeh. aku main benda ni tak dapat apa pun. Rugi RM4 aku. Berangan nak dapat bear besar, sekali habuk pun tarak.



Dapat keychain..

Wawa menayang hadiah yang dia dapat. Aku dapat ape? Dapat sakit hati. Memang sakit hati gila pun. Susah sangat nak memang. At least dapat keychain ok jugak la kan. Berapa la dorang untung bukak Fun Fair ni ye....



Kami student DIDE UiTM Merbok, batch ke 7 & 8


Lepas tu posing, ambil gambar kenangan sebab masing-msing duduk jauh. Kak Poja duk kat Melaka, Dayang Tinggal kat seremban, aku, Wawa dan Laila kat Puchong. Bukan selalu dapat jumpa macam ni ye tak.


Dengan Che Zaire



Kak Poja dengan Che Zaire...korang bila lagi nak makan nasi minyak?????


Ada banyak lagi token lebih. Semuanya di habiskan dengan game baling-baling ni. Ada point dapat hadiah. Bila aku nak main game yang lain, tengok token aku tinggal tiga je. Dua lagi dah hilang. Frust aku. Bila token dah tak da, kerja aku snap gambar dorang-dorang ni je la.



Dorang ni aku tak tau la datang buat apa, Aku tengok tak main pape pun



Tengok!!!Wawa dapat hadiah lagi


Aku sorang je yang tak dapat hadiah. Pukul 12 Fun Fair ni dah nak tutup. Kite orang kena balik sebab rumah yang kite orang tumpang tu ada orang tua. Nanti apa pulak dorang cakap, anak dara keluar balik lewat malam. Hehehehehe.. Sorry ye pak cik dan mak cik. Kami balik lewat.


Lepas peluk cium dengan Kak Poja kite orang pun berpisah. Keesokan paginya kami ingin ke destinasi yang seterusnya sebelum balik. Nanti aku bagi tau mana kite orang pergi eyh. Babai..



p/s: Rupa-rupanya dua token aku ade kat dalam wallet, terselit kat celah duit. Dah sampai Puchong baru nampak. Hampehhh!!!!

Comments

aReLaN said…
fuiyoo...adik2 kecik kat rmh mmg suka sgt g funfair smpikan kitorang kdg2 nek fedup dibuatnya nk g tiap kli ade funfair.hahaha
fizafantagiro said…
wahhh bestnyer..dah lame tak g fun fair.. =( dlu masa berchenta ngan hubby..slalu dating kt fun fair..hihihi meriah.
dah lama x pergi fun fair,rindunya :)
rasa2nya.. sepanjang wa hidup ni.. tak pernah lah jejak fun fair.. hahaha.. ketinggalan pulak rasanya..
IntaNBerliaN said…
wah bestnya.. akak x g pun lg walau dekat.. hihi

buai pusing tu btakut akak tgk.. xnk naiklah.. sbb akak ni jnis gayat.. hahhaha
msredcheesecake said…
Kali terakhir g fun fair masa kecik...kat sini tatau mana adafun fair...
Dinas Aldi said…
Waahhh syoknya! Dah lama akak tak pi fun fair camni.
Unknown said…
hihi....terselit dalam beg? meh meh kasik atok...nak naik boyan lak... :P
nini said…
hahaha...tapelah ada gak kenangan wat balik kat puchong....token funfair...=p

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)