nuffnang

Monday, November 7, 2011

Mesti Ke Kena Bagi Peluang Kat Orang Tu?

Assalamualaikum..

Kenapa sekarang aku jarang update entri? Sebab aku malas..Hehehehehehe..Aku suka baca blog orang je skarang ni, ditambah pulak nak menyettlekan semua kerja di hari-hari terakhir aku bekerja kat agency ni. So lepas ni gudbye general insurans. Tapi kalau sesape yang ade nak tanya pasal insurans boleh je tanye. Aku jawab mana yang mampu. 1 Disember 2011 aku dah start keje lain.

Aku bukan nak cite pasal kerja baru sebenarnye. Sabtu minggu lepas, sehari sebelum raya aidiladha, aku pergi ipoh. Jumpe kawan lama masa kat PLKN dulu. Ni la baru jumpe balik. Lepas rindu, gosip-gosip sikit. Bese la kan kalau dah lama tak jumpa mesti banyak story mory..

Salah satu topik yang kite orang sembangkan pasal pakwe. Seronok dengar cite kawan aku ni. Dah ada pak we. Dah plan nak kawin. Alhamdulillah. Aku doakan korang sampai ke jinjang pelamin. Bila dia tanya aku balik, aku sengih je la. Dah memang tak de pakwe, buat apa nak menipu. Tanpa aku mintak dia bagi kaunseling kat aku pasal cintan cintun neh. Hahahaha. Aku gelak-gelak je la kan..Dengar boleh, tapi ati ni mana boleh di paksa.

Dia suruh aku bagi peluang kat orang yang suka aku. Aku gelak lagi. Mampu ke aku buat? Dia cakap umo dah dua ploh lebih, memang dah kena cari calon suami. Hehehehehehehe.. Sape kate tak nak kawin. Cuma aku belum sedia je lagi. Banyak benda yang kena bereskan dulu. Baru boleh pikir pasal kawin. Sejujurnye sape yang tak nak bercinta, tapi aku tak berani la nak bercinta sekarang ni. Sebab aku tak nak bercinta separuh jalan. Bercinta sampai kawin, sampai mati. Ha, boleh ke? Kang bercinta lama-lama mesti banyak dosa yang aku buat. Cukup la dengan dosa yang sedia ada. Tak tertanggung azab kat sana nanti. Ceh, macam baik sangat pulak aku ni.

Masa balik tu aku terpikir jugak apa yang dia cakap. Bagi peluang pada orang yang nak kat aku. Actually ada orang ajak kawin. Ngeri pulak masa aku dengar dia cakap kawin dengan dia. Macam senang je kawin tu kan. Mesti ke aku bagi peluang kat lelaki yang ajak aku kawin tu? Demi Allah aku tak ada perasaan cinta kat dia. Yang ada cuma perasaan sayang sebagai kawan. Bagi aku dia memang baik, tapi aku ni baik ke untuk dia? Banyak yang kurang pada aku ni, aku takut dia tak dapat terima semua kekurangan aku. Aku pun macam tu jugak. Takut tak dapat terima kekurangan yang ada pada dia, sebab perasaan cinta dan sayang tu tak ada. Buat apa aku kawin dengan dia kalau perkahwinan tu menjadi tiket untuk aku ke neraka? Bukan la maksud aku, bile kahwin je masuk neraka. Aku takut aku jadi isteri derhaka. Sebab aku tau diri aku siapa.

Aku senang macam ni, aku percaya pada jodoh. Ni mesti ada yang nak kata aku memilih. Terpulang apa orang nak cakap sebab yang tau tentang diri aku cuma aku dan Allah s.w.t. Andai ditakdirkan aku menyandang title andartu..jeng jeng jeng..macam gempak je kan..aku REDHA...akan ku habiskan sisa hidup ini untuk menjadi muslimah solehah dan anak mithali. Aminnnnn..Korang doakan la untuk aku sekali ye.

Kesimpulannya aku tak boleh nak bagi peluang dekat orang yang sayang kat aku. Sebab aku tak nak buat dia kecewa dan aku pun tak nak jadi orang yang berdosa. Sekian.....


p/s: taip entri mcm ni sebab ramai member yg dh kawen, lepas tu tanya turn aku bila pulak...payah nak jawab tu wei..














1 comment:

IntaNBerliaN said...

akak pernah couple setahun 7 setahun lebih tapi 2 2 clash.. dgn takdir Tuhan, akak kenal hubby akak bln 4 2009 bln 5 2009 dia merisik, bln 7 2009 kami bertunang, bln 12 2009 kami kawen... hihii

semua nye jodoh kan... akak xpnh kenal pun hubby akak tu sblm ni.. hanya 30 minit je kitaorg jumpa lps sbln terus dtg merisik.. hahhah

Bg akak, jodoh akan datang bila tiba waktunya..

anda mungkin meminati: