nuffnang

Tuesday, November 22, 2011

Jantan Durjana Sungguh Dia ni, Dah tak mau, blah je la, nak belasah-belasah orang pulak...

Assalamualaikum w.b.t

Pagi-pagi hari dah buat aku panas hati. Aku jalan-jalan kat blog ajeyyrawk tadi. Nampak le entri beliau yang bertajuk Tanya Punca Mahu Diceraikan, Suri Rumah di seterika muka. Sape yang beli harian metro, kat muka depan sekali dah terpampang tajuk dia. Aku ni memang jarang beli paper, bace online sudah...JIMATTT...



Balik kat cerita dalam paper tu, ape la kejam sangat si suami tu sampai sanggup seterika muka bini dia, lepas tu belasah pulak, lepas tu lagi boleh pulak dia gantung isteri dia kat kipas, lepas tu on suis. (banyak lepas tu) Gila ke hape mamat tu? Kena rasuk setan gamaknya. Memang tak ada perikemanusiaan sungguh dia ni. Meh sini aku buat kat kau macam tu. Kesian kat isteri dia tu. Aku baca aku pulak yang terasa sedih. Dah la nak di ceraikan tanpa sebab, lepas tu kena belasah teruk-teruk pulak. 



Wahai kaum Adam, yang mana ada isteri tu, layan la isteri tu dengan baik selagi mereka taat kat korang. Kalau jenis isteri tak makan saman, tak pe la kalau korang nak balun pun. Kalau dah tak ada perasaan sayang kat isteri sekali pun, lepaskan la dorang cara baik, jangan la nak pukul-pukul. Kena ceraikan tu pun dah cukup sakit jiwanya. Jangan la di tambah lagi sakit yang di tanggung.




Walaupun aku belum kahwin, tapi bab perasaan ni aku memang expert..pirrrraaaaahhhhh..Expert la sangat. Tak da, aku cuma bersimpati pada golongan-golongan yang teraniaya ni. Baik lelaki mahupun perempuan. Aku terfikir, bagaimana agaknya kalau aku berada di tempat dorang??????Macam mana kalau korang pulak yang berada ditempat mereka-meraka yang teraniaya ni????




p/s masa besday aku minggu lepas, aku mimpi pegi umrah..apa makna???ada orang nak sponsor aku pegi umrah ke??

6 comments:

aReLaN said...

gila pnye laki.tu bkn spesis manusia nmenya.tulah jd ble dh stat hilang sifat manusia dlm dri.lg binatang drp binatang jdnya.ish3

IntaNBerliaN said...

MasyaAllah.. perangai apa lah cam gitu...

c t w a w a said...

cik noly...happy besh day..wahahahah...ape la teman ni bufday kamu pun lupe nak wish=) xpe nanti org belanje kamu ea=)

Pondok Usang said...

ape nak jadi..

Asmara said...

Kurang didikan agama dan moral, mcm tu la jadinya manusia nih. Nauzubillah..

msredcheesecake said...

Lelaki sekarang stress melampau sebab masalah kerja dan duit... Lepaskan dekat bini.... Akal tak panjang...

anda mungkin meminati: