nuffnang

Thursday, November 10, 2011

DIA 1 .....=(

Assalamualaikum w.b.t...

Pagi jumaat nan indah ni tetiba aku teringat DIA. Dah lama tak dengar khabar berita, aku harap dia sihat dan dalam keadaan baik. Kalau dia sudah berkahwin, dia menjadi suami dan ayah yang baik. Tadi aku baca blog lulu pages, seorang budak di tinggalkan kat tepi tandas lelaki. Kesian budak tu kan. Budak tu tak paham bahasa melayu, agak-agaknye die orang ape? Mak ayah dia islam ke?

Tiba-tiba aku teringat kat DIA. DIA pun senasib dengan budak perempuan tu. Aku ingat lagi masa dia cerita asal-usul dia. Aku pun hampir-hampir menangis. DIA tanya aku kenapa mak dia buat dia macam tu? Masa tu DIA betul-betul hilang pertimbangan sampai menyalahkan takdir. Apa yang mampu aku cakap, takdir tak salah, itu ujian untuk dia. Kalau dia masih bersama mak dia sekarang mungkin dia bukan beragama islam. Allah s.w.t dah bagi kelebihan pada DIA dari sudut lain. Tapi DIA tak nampak. DIA cuma marah kenapa mak DIA tinggalkan DIA.

Sedihnya aku waktu tu tuhan je yang tahu. DIA cakap aku tak faham perasaan dia, tapi tahu ke DIA aku nak sangat jadi orang yang sentiasa berada disisi DIA bila DIA sedih, bila DIA susah.

DIA tak pernah tahu semua tu, cuma yang DIA tahu aku bersalah, aku mengkhianati DIA, tapi pernah ke DIA tanya kenapa aku buat macam tu? Tak pernah. DIA tak pernah faham perasaan aku.

Dulu DIA pernah kata aku perempuan pertama yang DIA cinta, tapi mungkin sekarang aku perempuan yang paling DIA benci. Aku redha. Aku kat sini cuma mampu berdoa DIA maafkan aku. Aku harap dia kat sana dapat jaga diri dia dari terjebak dengan perkara yang tak baik. Aku harap pintu hati dia terbuka untuk tanya aku Kenapa Aku Buat Semua Tu Dulu.


6 comments:

msredcheesecake said...

Harap DIA bersabar jugak....

IntaNBerliaN said...

sabarlah yer oligo.. harap nanti dia tahu apa yg oligo rasa sbnrnya..

p/s : ok.. kalau nk jupe akak gtau la yer..

Ros said...

Salam,

Sabar banyak2,mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang terjadi...

QASEHNYA RANIA said...

hai...datang n follow u..jom singgah belog saya pulok..hehehhe

Pondok Usang said...

Dia - Fauziah Latiff

Zul Fattah said...

sabor je la.. harap2 lpas ni ada org lain pengganti tempat si DIa tu

anda mungkin meminati: