Skip to main content

Hari-hari nak emo..Menyampah!!!!!

Assalamualaikum =)

Hari ni nak emo sikit. Tah pape entri emo-emo ni kan. Tak dela emo sangat, cuma teringat kat kawan-kawan lama. Terasa rindu plak kat dorang. Tambah-tambah bila dengar lagu yang kite orang selalu melalak sama-sama. Siap cari lirik kat google gune PC bos lagi. Tapi nak buat macam mana, tak kan la selamanya dorang ada dengan aku ye tak. Hidup pun akhirnya mati.

Masing-masing ada perjalanan hidup sendiri, tapi aku ni pulak susah sangat nak melepaskan orang-orang yang aku sayang jauh dari aku. Kalau aku yang jauh dari dorang tak pe.. Hahahaha.. Kuang asam kan. Sebab aku tak sanggup nak tanggung rasa sedih bila dorang tinggal kan aku. Nampak sangat aku ni "JUAL IKAN"

Dah la macam tu, aku tak suka jugak orang lain amik kawan-kawan aku. Apatah lagi orang yang pernah cari pasal dengan aku. Tau le aku tak lawa, tapi jangan le sebab muka aku ni tak lawa, senang-senang je nak benci aku. Agaknye perangai aku pun tak lawa jugak kot. Oke, aku admit. Hahahahhahahaha

Tadi saje je terjah bestfriend aku punye facebook. Aku tengok ex-classmate aku ni post kat wall dia. Waaaaa..tau la ko ada kereta, anytime boleh datang kat tempat keje kawan aku tu. Bila tak ada teman lepak baru la cari dia dia. Pesal ko tak jadi kawan baik die dari sekolah dulu? Bila mengingatkan apa yang dia dah buat kat aku, memang rasa macam tak boleh di maafkan. Kenapa mesti aku? kenapa tak orang lain. Tapi berdosa kalau aku tak maafkan dia. Oke la aku maafkan tapi hati aku ni, tuhan je yang tau. Biar la orang nak kata aku pendendam ke ape. Aku yang tanggung kesan perbuatan dia tu. Tapi Allah tu Maha Adil. setahun je aku rasa akibat tu, mungkin sebab aku redha dan bersabar.

Aku harap dia dah berubah dan tak macam dulu lagi. Tapi kalau dia still nak cari pasal dengan aku, redha je la. Aku harap aku boleh maafkan dia. Mintak-mintak hati aku ni lembut lagi le nak maapkan orang. Payah jadi insan yang bernama NORLIA neh.....



p/s tu name penuh aku..hahahhaha

Comments

IntaNBerliaN said…
ooo nama oligo ni NORLIA rupanya... dah tahu.. hihii
msredcheesecake said…
cerita lama tu... maafkan dia dan lupakan aje..

Popular posts from this blog

Drama "Selagi Masih Ada..."

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Isnin yang indah. Mudah-mudahan semuanya ceria hari ni...macam aku..Di sebabkan terlampau eksited nak buat entri, pagi ni aku menaip sambil mencekik roti telur. Habis berminyak key board =) Sape tengok drama "Selagi Masih Ada" malam tadi? Kat Astro..Tak silap aku kat Astro Citra...Lepas maghrib aku iron baju depan tv, mula-mula aku tengok drama "Cinta Satay" lepas drama tu habis aku tukar channel. Tapi macam tak da pulak cite yang best..Yang ade cite "Selagi Masih Ada" ni je. Layan kan je la sementara nak tunggu aku siap habiskan seterika baju untuk seminggu. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Lame-lame tengok aku dah tersengih sorang-sorang. Best la ceritu tu. Nampak logik. Watak utama adalah BETO KUSYAIRI & TUNKU NORHANIS . Sebenarnye sebelum ni aku tak pernah pun berminat untuk tengok lakonan Beto Kusyairi neh. Tapi semalam, tetibe aku rasa jatuh cinta suka kat lakonan dia. Watak yang dia bawak agak menarik

Sungai Petani - Part 3: Fun Fair Wehhh!!!

Assalamualaikum w.b.t Semalam dah janji nak bagi tau kemana aku pegi lepas kite orang makan kat Tanjung Dawai kan. Lepas membuncitkan perut masing-masing dengan lauk pauk yang sangat sangat enak, Che Zaire ajak kami semua pergi Fun Fair . Memang masa kami on the way nak ke tanjung dawai, ada nampak fun fair kat tepi jalan. Fun Fair kali ni aku tengok lain dari yang lain. Dah macam kat genting highland pulak aku rasa. Kalau Fun Fair kat tempat aku, sign board masuk dengan sign board rumah hantu dah lebih kurang je rupanya. Dari luar pun dah nampak meriah. Fun fair tersebut terletak berdekatan dengan t esco lama Sungai Petani, belakang stesen minyak caltex . Orang Sungai Petani yang belum pegi, hangpa pi la noh. Best weiiiiiii.... Di Pintu Masuk Fun Fair Gambar tak nampak muka sebab kat luar cuma ada lampu jalan. Tak ada hal janji nampak sign board fun fair tu. Masuk je kat dalam tu, memang aku teruja habis. Tak sangka mainan yang ada kat genting dan sunway ada da

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JE

Assalamualaikum.... Aku dah stress nak buat keje, skang  ni aku nak mengerjakan segmen ABG BEN Santai Bersama BEN ASHAARI Korang moh le join segmen ni (loghat perak) buleh dapat ramai kawan... Buleh share pendapat, buleh bergaduh or bertumbuk , buleh mengeratkan hubungan silaturrahim..raye buleh datang umah pastu makan kuih raye banyak-banyak..Tak gituuu??? =D If nak share problem dengan aku pun buleh. Insyaallah aku akan menjadi pendengar yang baik dan membantu mengikut kemampuan aku (nada serius). So, welcome to my life ...welcome to my blog =)